U-Cafe Wangsa Walk menyajikan hidangan enak pelbagai citarasa

U-Cafe Wangsa walk
Assalamualaikum. Kemana sahaja kita berada pasti akan mencari makanan yang sedap untuk dialas perutnya. Bukan sahaja sedap tetapi harga juga menjadi carian utama kita. Jika sudah murah dan ditambah pula sedap dan berbaloi2, pasti kita akan terjah lagi ke tempat restoran tersebut. Di U-Cafe Wangsa Walk yang terletak di Wangsa Evenu Wangsa Maju menyajikan makanan dengan pelbagai rasa. Terbaru menu yang disajikan adalah Nasi Kukus Ayam Berempah. Apa yang bestnya Nasi Kukus Ayam Berempah ni?

U-Cafe Wangsa Walk adalah satu2nya cafe yang menyajikan Nasi Kukus Ayam Berempah yang bagi saya paling murah harganya. Berbaloi dengan isian yang dihidangkan dengan seketul daging ayam bersaiz sederhana + sambal belacan yang sedap + sayur2an mentimun dan nasi kukus yang lembut dan sedap. Dimana saja ada jualan nasi kukus, saya akan menjamah dahulu nasinya. Memang terbaiklah nasi yang U-Cafe sajikan. Sangat lembut dan sebiji2. Dengan harga yang dikenakan sebanyak RM3 mampu membuatkan ramai yang akan datang selalu untuk makan tengahari. Promosi Nasi Kukus Ayam Berempah bermula dari jam 12pm - 2pm. Siapa cepat dia kenyang. Haaaaaaa....

U-Cafe Wangsa Walk juga menyajikan sajian dari menu2 lain seperti pasta western food dan thai food. Nak tengok apa yang U-Cafe sajikan dari menu2 terbaru mereka? Jom kita


Alhamdulillah.. Makanan2 yang disajikan oleh U-Cafe boleh tahan rasanya. Tapi banyak2 menu yang dihidangkan jujur saya suka Nasi Kukus Ayam Berempah tu. Simple but sedap. Kena cuba tau.


Sebelum balik kami sempat bergambar bersama. Dengan saya Madam Rachel yang cute. Comey jer orangnya. Peramah dan sabar melayan kerenah kami blogger2 kuat makan. Kuat makan ker?? Hehehehe

U-Cafe Wangsa Walk - Kami semua sudah kenyang. Terima kasih U-Cafe. Jemput kami datang lagi ya. Terima kasih pada abam Jamar kerana jemput kami semua. 

Banyak lagi menu2 yang boleh anda cuba. Ini semua adalah menu2 terbaru yang disajikan untuk anda. U-Cafe juga turut menyediakan servis untuk pelbagai majis seperti majlis hari jadi atau apa juga majlis yang sesuai dilakukan di U-Cafe Wangsa Walk. Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi Madam Rachel atau 


U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Hubungi Rachel - +6019-3133668 .



0 comment... add one now