Penawar terbaik diabetis dan obesiti dengan GC Tea



Assalamualaikum. Penyakit diabetis kencing manis bukan sebarang penyakit yang boleh dipandang ringan dan dibiarkan. Silap haribulan mampu membawa risiko yang lebih merbahaya. Diabetes adalah keadaan jangka panjang yang menyebabkan tahap gula darah tinggi. Pada tahun 2013, dianggarkan lebih daripada 382 juta orang di seluruh dunia mempunyai diabetes.

Jenis Diabetis

Jenis Diabetes pertama - Badan tidak menghasilkan insulin (hormon pengatur gula darah). Kira-kira 10% daripada semua kes penyakit kencing manis adalah jenis ini. Pesakit kena lakukan senaman yang mencukupi dan mengambil insulin.

Jenis Diabetes kedua - Badan tidak menghasilkan insulin yang cukup untuk berfungsi dengan normal. Kira-kira 90% daripada semua kes2 kencing manis di seluruh dunia adalah jenis ini.

Diabetes Gestasi - Jenis ini memberi kesan kepada wanita semasa mengandung. 

Tanda2 diabetis atau kencing manis
Tanda-tanda kencing manis yang paling biasa termasuk 

  • Kerap membuang air kecil
  • Dahaga 
  • Sengit dan kelaparan
  • Berat badan + penurunan berat badan yang luar biasa
  • Keletihan
  • Luka dan lebam yang tidak sembuh
  • Disfungsi seksual lelaki
  • Rasa kebas di tangan dan kaki

Kepada mereka yang mempuunyai keturunan berpenyakit diabetis, ada kemungkinan besar anda juga mendapat penyakit tersebut namun boleh diatasi dengan pelbagai cara. Penyakit ini juga boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan kerana kolestrol yang tinggi. Mereka yang berusia lebih dari 40 tahun disertai dengan kegemukan akan semakin meningkatkan risiko untuk menderita diabetes.


Inilah salah satu sebab2 yang penting mengapa pesakit perlu mengawal gula darahnya kerana dengan kawalan gula darah yang rendah, pesakit akan mengalami komplikasi jangka panjang seperti stroke + penyakit jantung + buta + kegagalan buah pinggang + penyakit pada pembuluh darah dan kerosakan saraf sehingga boleh menyebabkan amputation (pemotongan) pada anggota badan dan pada lelaki boleh berlaku gangguan erection.

Daripada kajian selama 10 tahun yang pernah dilakukan menunjukkan bahawa pesakit yang menjaga gula darahnya terkawal, akan menurunkan risiko komplikasi2 tersebut hingga lebih 50 %.

Bagaimana cara merawat diabetis

Banyak cara dan penawar diabetis yang boleh kita cuba dan amalkan. Namun dengan serba canggih dan moden ini tidak sukar untuk kita mendapatkan produk yang mampu memberi penawarnya. GC Tea adalah salah satu jalan penyelesaian.

GC Tea penawar hebat untuk Diabetis

Apa itu GC Tea? GC Tea atau Teh GC adalah sejenis herba dari daun2 terpilih yang juga mengandungi Teh Hijau dan campuran herba tambahan yang membantu meningkatkan metabolisma gula dan mengawal pengambilan gula. Selain dari itu 
  • Tiada kalori - tiada masalah jika diambil dalam masa yang panjang.
  • Tiada kandungan gula.
  • Mengandungi pemanis secara semulajadi.
  • Tiada bahan kimia, pewarna, perasa dan pengawet.
  • Tiada kesan sampingan atau dadah.

Teh hijau

  • mengandungi EGCG yang kaya antiokisda. Blok tindakan enzim yang dikenali sebagai alfa-amilase berupaya memecah karbohidrat kepada gula ringkas yang membentuk tenaga untuk digunakan oleh tubuh badan. Selain itu, teh hijau juga terkenal dengan kelebihannya untuk meningkatkan metabolisme badan serta mempercepatkan proses penghadaman supaya lemak-lemak tidak dapat terkumpul. Juga berupaya mengawal dan merendahkan tahap kolesterol dan anti-kanser.

Gymnema sylvestre

  • Herba yang amat dikenali sebagai "Wonder Herb For Diabetics" atau pemusnah gula.  Asid Gymnemic mengisi lokasi reseptor pada selera kita dengan menghalang rasa manis makanan sekali gus membendung keinginan 'ketagihan' gula dan selera makan. Membantu menghalang pengaktifan dan penyerapan molekul gula berlebihan dalam makanan. Selain itu, ia juga didapati mampu menggalakkan perembesan insulin dari kalenjar pankreas serta menghalang penyerapan gula di usus. Ini akan merendahkah paras gula/ glukos dalam darah. 

Mulberry

  • berupaya mengimbangi kandungan gula dalam darah serta sebagai penyerap karbohidrat yang baik serta membantu mengurangkan berat badan. Juga kaya sebagai ejen antioksida.

Rooibos

  • Aspalathin senyawa aktif merangsang pankreas beta-sel merembeskan insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga.

Glucos Cut Sweetened dengan pemanis stevia. Menurut beberapa kajian, stevia sangat bermanfaat dalam mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan fungsi pankreas. Teh Hijau Sekat Gula GC TEA mengandungi jumlah yang tinggi EGCG yang mempunyai keupayaan untuk merangsang metabolisma dan pembakaran lemak. Glucos CUT telah mengambil manfaat daripada khasiat teh hijau ke peringkat seterusnya dengan menggunakan ramuan tambahan yang berupaya meningkatkan metabolisme gula dan kawalan daripada ketagihan gula. 

Kehebatan GC Tea
  • Mengurangkan risiko penyakit kronik
  • Menggelakkan pengambilan gula yang berlebihan
  • Mengawal berat badan
  • Mengurangkan risiko diabetes
  • Mengawal selia tahap glukosa dalam darah
  • 100% semulajadi.

Mudah saja penyediaannya.
Hanya masukkan satu uncang GC Tea kedalam secawan air yang panas. Biarkan sekejap dalam 5 minit. Minum semasa masih panas. Disarankan kepada pengguna Glucos Cut or GC Tea untuk mengamalkan pengambilan G Tea semasa air masih panas atau suam untuk mendapatkan kesan yang lebih baik

Jika anda mengamalkan GC Tea secara individu, kami menyarankan anda membancuh 1 uncang GC Tea di dalam satu botol thermos dan diminum bila perlu. Boleh ulangi uncang GC Tea uncang sebanyak 3 kali. Pastikan GC Tea senantiasa panas dan suam.

Untuk mendapatkan dan menjadi pengedar
Product GC Tea sila hubungi/whatsapp no
Puan Hanny 0192172162
Lawati Page GCTea Official 

sedikit info dari medicalnewstoday



0 comment... add one now