Dari KL Tower Press Conference Mother's Day Miracle Night With Dato Siti Nurhaliza

Mother's ay Miracle Night With Dato Siti Nurhaliza
Assalamualaikum. 15 May 2015 adalah tarikh paling gembira buat para ibu2 untuk bergembira dan meraikan hari mereka bersama Mother's Day Miracle Night With Dato Siti Nurhaliza di Kristal Hall TM COnvention Centre Kuala Lumpur. Acara gilang gemilang itu yang dianjurkan oleh OMGFest yang merupakan sebuah organisasi yang bermula dengan menganjurkan karnival usahawan

Majlis makan malam amal ini akan meraikan sekali 30 anak2 yatim dari Pusat Jagaan Budaya Harapan serta mengumpulkan sumbangan untuk tabung kebajikan mereka


Kata Puan Rita Dato' Sosilawati , Pengarah Urusan Nouvelles Visages
Ini adalah merupakan tanggunjawab kemasyarakat buat Nouvelles Visages di mana dengan sumbangan ini, ianya akan dapat memberi peluang anak2 ini untuk menyaksikan persembahan artis tersohor Dato Siti Nurhaliza, disamping berhibur, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti persembahan fesyen + cabutan bertuah dan macam2 lagi.
Di Samping itu juga inilah masanya kita bersama2 meraikan ibu2 tersayang di malam yang penuh bermakna nanti"
Persembahan selama 1 jam ini akan diacarakan oleh Nabil dan Angah Raja Lawak yang akan menggamatkan lagi suasana pada malam itu. Dato Siti Nurhaliza akan menyampaikan lebih 8 buah lagu2 popular beliau termasuk lagu2 yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi2 tersohor negara yang berkaitan dengan IBU.

Dato Siti Nurhaliza
Tak sabar rasanya saya hendak mendengar Tok Ti nyanyi lagu2 berkaitan IBU yang pernah dsampaikan oleh penyanyi2 terkenal negara. Nak tahu lagu apa yang disampaikan? Mestilah kena tunggu atau booking meja untuk ibu anda.


Direktor bersama Penganjur OMGFest Venture iaitu Puan Liza Baharom berkata 
"Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi menaja Makan Malam Amal ini seperti dekorasi pentas adalah hasil kreatif dari Laurea Home Furnishing. Terima kasih juga kepada Que Tres Hermanos yang sudi menaja 30 pakaian anak2 yatim Pusat Jagaan Budaya Harapan Terima kasih juga kepada penaja2 hadiah untuk cabutan bertuah seperti cool hijab + Simpy Siti + Pak John Steamboat dan penaja utama iaitu Nouvelles Visages"

Sila ambil perhatian. Untuk mendapatkan 2 tiket khas VVIP bersama2 pada Malam Makan Amal dengan Dato Siti Nurhaliza, anda hanya perlu berselfie bersama ibu anda dengaan produk Nouvelles Visages. Buat sebaik mungkin dan post ke instagram masing2 dengan menggunakan hashtag #NVMothersDay dan #NouvelleVisages. Pastikan akaun IG anda tidak private.

Tarikh tutup berselfie pada 11 May 2015. Siapa yang menang 2 tiket VVIP tu memang bestlah sebab anda bukan saja duduk sebaris meja bersama2 Puan Rita dan Dato Siti malahan dapat berjumpa dan berbual dengan mereka. Macam2 ada nanti. Tunggu jer..

hubungi ditalian 01126261656 / 0192796275
Email booking@omgfest.my
Tempahan onlline www.redtix.airasia.com
Akaun OMGFest Ventures Alliance Bank 120880010083811
IG @omgfest2014



0 comment... add one now