Bengkel Fotografi Pelancongan Visit Malaysia 2014


Assalamualaikum semua. Bengkel Fotografi Pelancongan yang berlangsung pada tarikh 30 Disember 2013 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman MATIC, memang sangat bagus untuk blogger seperti aku yang masih mempelajari aspek2 dan teknik2 peting dalam menghasilkan fotografi tidak kira dari segi pelancongan + kehidupan dan sebagainya untuk lebih berkualiti + berinfomasi + menarik + terbaik.

OBJEKTIF PROGRAM BENGKEL PELANCONGAN FOTOGRAFI


  • Kita dapat mempelajari teknik mengambil visual pelancongan yang baik dan tepat khususnya dalam konteks pelancongan
  • Memberikan impak yang berkesan kepada pembaca dan pelancong disamping mempromosikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan PutraJaya sebagai salah sebuah destinasi pelancongan dunia
  • Menyokong insiatif2 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti MTTP2020:36:168 + Tahun Melawat Malaysia 2014 + Think & Act Tourism + NBOS Volontourism - Volontutoring dan Volunsharing


Encik Azli Halim - Pengenalan Fotografi Pelancongan Semangat dan Gambar ( Pengarah Editor Majalah Santai Travel + Encik Izahar Atan - Teknik dan Tip Fotografi Pelancongan ( Master Photographer Creative Studio Innovation Kumpulan Media KarangKraft



PERKARA ASAS


  • Tidak semestinya kamera yang mahal
  • Periksa fungsi camera
  • Ambil gambar sebanyak mungkin
  • Cari sudut gambar yang terbaik
  • Pastikan saiz gambar - berkualiti tinggi
  • Simpan gambar dengan baik

PRAKTIKAL MENGAMBIL GAMBAR DENGAN 3H


  • Head - Melalui fikiran atau berfikir
  • Heart - Terus sentuh ke hati jika itu pilihan kita
  • Hand - Dan terus ke tangan menyentuh butang bersedia untuk mengambil gambar


Dalam banyak2 yang dipelajari, aku suka bab tektik cara mengambil gambar dengan betul. Kata brother Izhar kena pasang kuda2. Step foward ke depan sikit kaki supaya semasa mengambil gambar tersebut pergerakan pada kamera tidak akan berlaku dan bergoyang. Pernafasan penting. Kena kontrol kalau nak dapat gambar yang cantik.


Beberapa keping gambar yang diambil semasa dalam praktikal. Banyak gambar sebenarnya yang ingin dikongsikan pada masa bengkel kelmarin tetapi kerana rushing perkara lain pilih sajalah yang terlintas. Kata brother Izahar semuanya bagus2 cuma dia memilih 10 keping gambar yang terbaik saja. Salah satunya sahabat blogger aku iaitu MARIA. Tahniah gambar beliau pun ditayang dalam MHI baru2 ini.

 

Bloggers yang hadir - sedang membidik kamera masing2. Klik gambar untuk lihat lebih besar

Seronok hadir ke bengkel seperti ini. Selain dapat mempelajari teknik2 dan ilmu2 tentang fotografi, aku bersama peserta2 lain juga dapat berkenalan dan melebarkan network. Rugi pada sesiapa yang tidak dapat turut serta. Mudah2an tahun 2014 ini masih ada lagi kelas2 bengkel yang berguna untuk blogger2 + jurugambar2 sambilan atau sepenuh masa.

P.S. Dengarnya bulan April ini bakal diadakan bengkel full version. Jangan lupakan aku ya Tuan Azlie Halim. Hehehe... Ok guys.. Ini sajalah sedikit basic untuk kita pelajari hari ini. Nak lebih terbaik pergi kelas ya. Wassalam.


0 comment... add one now