Blogger DiPenjara Bersama Konsep Penjara Sejahtera


Penjara Sejahtera
Assalamualaikum. Kelmarin aku kongsikan tentang lawatan Blogger di penjara. Hari ini kita sambung dengan tajuk yang sama tetapi diisi dengan dengan konten2 dan info2 yang berguna untuk dikongsikan bersama apa itu PENJARA SEJAHTERA. Mari kita lihat dan tahu bagaimana penjara ini bermula untuk mereka yang diberi hukuman + dikawal + dipulihkan + diberi aktiviti2 yang baik sehinggalah tarikh pembebasan berlaku.

PENJARA SEJAHTERA: PENJARA RPD DAN PENJARA WANITA


Lawatan BloggerDiPenjara ke penjara RPD lelaki dan wanita sangat selamat. Sebelum memulakan langkah memasuki penjara RPD, kami diperiksa terlebih dahulu. Gadget2 seperti kamera + smartphone dan lain2 tidak dibenarkan kecuali buku nota dan pen sahaja. Kami diwakili jurugambar pegawai penjara.


PenjaraSejahtera. Pemeriksaan yang terkawal rapi. Jika ada terbawa gadget2 didalam poket korang sila simpan di dalam bilik kawalan. Ini bertujuan agar pelawat tidak sewenang2nya mengambil gambar terutama wajah penghuni penjara dengan jelas dan berkongsi kepada pembaca. 


PenjaraSejahtera. Blogger sebelum memasuki PENJARA HALAQAH. Difahamkan ramai penghuni2 penjara UTAMA berebut untuk memasuki Penjara Halaqah ini kerana banyak aktiviti2 yang sangat menarik disediakan untuk penghuni penjara yang memasuki fasa kedua didalam pemulihan Penjara Rawatan Pemulihan Dadah - RPD. Penghuni Penjara Utama akan dipindahkan ke pusat Halaqah untuk pemulihan fasa kedua akan ditapis dan dilihat menerusi sikap kecemerlangan mereka. Seterusnya ke peringkat fasa ketiga dan keempat sehinggalah tarikh pembebasan berlaku. Difahamkan penghuni penjara yang hampir tarikh pembebasan akan berpakaian bewarna hijau muda dan diberi kebebasan bekerja disekitar kawasan penjara.


PenjaraSejahtera. Salah satu bilik penghuni penjara yang kami kongsikan untuk semua. Setiap bilik memiliki tiga buah katil bertingkat untuk enam penghuni penjara. Bilik air juga disediakan sekali untuk kemudahan penghuni ini. Perkara yang menarik perhatian kami adalah setiap dinding didalam penjara Halaqah ini dilukis dan diberi kata2 azimat hasil dari lakaran penghuni penjara itu sendiri. Setiap kata2 yang dikongsikan memberi makna yang sangat mendalam agar setiap penghuni penjara yang membacanya menyimpan hasrat untuk pulang dan memulakan kehidupan baru dengan lebih baik.


PenjaraSejahtera. Gambar dari atas sebelah kiri sekali. Seorang penghuni penjara dan juga ketua ahli penghuni penjara memberi sedikit infomasi mengenai beliau akan hukuman dan kenapa beliau dimasukkan kedalam. Hampir dua tahun beliau dipulihkan di pusat RPD. Kita semua boleh lihat bagaimana penghuni penjara Halaqah melakukan aktiviti2  harian mereka. Gambar bawah dari kiri dan kekanan adalah penghuni Islam yang sedang mengaji bersama. 

Yang hebatnya ada antara mereka yang langsung tidak pandai mengaji dan bertajuwid akan menjadi fasih membaca selepas mengikuti kelas mengaji bersama2. Alhamdulillah.. Perubahan ini cukup baik untuk penghuni semua. Gambar disebelah kanan bawah berbaju merah pula adalah penghuni penjara pelbagai agama. Mereka diberikan kelas motivasi + berinteraksi  + mengenali diri + masalah keluarga dan banyak lagi untuk mereka sama2 kongsikan.

PENJARA SEJAHTERA BERSAMA 10 CIRI PENTING


Penjara Sejahtera adalah satu visi untuk menjadikan organisasi koreksional bertaraf dunia. Misinya adalah memastikan penghuni penjara selamat untuk semua penahanan. Selain itu disediakan program pemulihan yang efektif kepada penghuni penjara agar setiap penghuni dapat diberikan panduan dan bantuan untuk mereka.

Konsep Penjara Sejahtera perlu diterapkan dalam pengurusan kepenjaraan dengan membuat penambahbaikan dalam tiga elemen penting iaitu keselamatan + pemulihan + pengurusan. Konsep ini bukan bermaksud memberi layanan yang istimewa kepada penghuni penjara tetapi mengawal + memulihkan mereka serta melaksanakan integrasi semula ke dalam masyarakat secara berperaturan agar penghuni penjara diberi layanan yang baik tanpa merendahkan maruah mereka sama ada di dalam atau di luar penjara.



10 CIRI2 YANG PERLU DITEKANKAN
  1. Perundangan
  2. Keselamatan
  3. Pemulihan
  4. Peluang Akademik
  5. Peluang Kemahiran
  6. Rawatan / Kesihatan
  7. Kemudahan-kemudahan
  8. Best Practices, kesetiaan, disiplin, integriti
  9. Masyarakat Tempatan
  10. Penggunaan IT

Kesemua ciri2 ini perlu kita kongsikan bersama agar konsep PENJARA SEJAHTERA ini lebih memperkasakan pengurusan kepenjaraan dengan mematuhi standard antarabangsa + undang2 + peraturan bagi mengekalkan keselamatan + kesejahteraan + hak2 asasi kakitangan + penghuni di Jabatan Penjara Malaysia. Dari 10 tajuk ciri2 ini, saya memilih dua tajuk untuk pembaca kongsibersamanora bincangkan dan kongsikan kepada semua dan memberikan idea2 yang baik dan bernas untuk PENJARA SEJAHTERA.

CIRI PELUANG KEMAHIRAN


Institusi menawarkan pelbagai kursus kemahiran didalam penjara. Seperti yang telah sedia ada iaitu bengkel2 kemahiran menjahit + membuat roti dan makanan sejuk beku jenama MY PRIDE + perusahaan batik + kraft tangan + membuat kasut + SPA kecantikan + Ukiran kayu dan tangan  serta banyak lagi. Dan akan datang untuk projek tahun hadapan adalah industri kecil membuat pelbagai jenis roti. Dibawah ini adalah sedikit gambaran yang dikongsikan agar kita dapat melihat sendiri penghuni penjara dipenuhi dengan aktiviti2 yang berguna.



PenjaraSejahtera. Bengkel Kraft Batik Chanting yang dilukis oleh penghuni penjara wanita dari pelbagai bangsa dan negara. Salah satunya adalah dari negara Algeria Afrika

Bengkel Kraft Tangan Rotan - Pasu2 diperbuat dari surat khabar dan majalah2 

Setiap penghuni penjara akan diberi pilihan untuk mereka memilih bengkel2 atau kursus2 yang telah disediakan oleh pihak penjara. Dari situ mereka memulakan langkah pertama sehinggalah mereka mahir membuatnya. Saya sendiri melihat hasil kerja tangan yang telah mereka hasilkan. Sangat cantik dan kemas. Begitu juga hasil tangan dari bengkel2 pembuatan ukiran kayu perabot dan sebagainya. Memang memuaskan. Harganya juga berpatutan dan murah.


Bengkel Menjahit - baju kurung + cadar dan banyak lagi koleksi yang dihasilkan. Kita juga dibolehkan membuat tempahan menjahit baju + jahitan batu permata dan sebagainya.


PenjaraSejahtera. Bengkel Taylor atau menjahit pakaian beragam uniform + kemeja + seluar panjang. Difahamkan pakaian beragam Kakitangan Penjara Malaysia juga dijahit sendiri oleh penghuni penjara. Sangat menjimatkan. Ini yang saya suka sekali. Syabas Jabatan Penjara Malaysia.

PenjaraSejahtera. Semua barangan2 yang dihasilkan dari bengkel2 penghuni penjara seluruh Malaysia akan dipamerkan di Galeri Dewan Pameran Produk Penjara termasuk makanan sejuk beku. Harganya juga sangat berpatutan dan berkualiti.


Penjara Sejahtera. The best produk - Makanan sejuk beku jenama MYPRIDE buata tangan Penghuni Penjara. Sangat sedap dan lazat. Boleh didapati dipasaraya2 Mydin. Rugi kalau tidak mencuba terutama kuih Cucur Badak + Mini Murtabak + Donat. Sedap tak terkata.

Hasil tangan kerja2 penghuni penjara ini wajib diterapkan lagi bukan sahaja dari segi kemahiran mereka tetapi juga harus diberi penyediaan pelan pembangunan kerjaya. Ini bertujuan untuk memberi lebih kebaikan dan manfaat kepada penghuni penjara memulakan perniagaan sendiri tatkala mereka keluar dari penjara kelak.

Pelan Pembangunan Kerjaya

Pembangunan kerjaya melibatkan urusan kerjaya atau perniagaan sama ada di dalam atau di antara organisasi. Ia juga termasuk pembelajaran kemahiran baru dan membuat penambahbaikan untuk membantu penghuni penjara dalam kerjaya dan bidang mereka. Pembangunan kerjaya adalah berterusan dan proses sepanjang hayat untuk membantu penghuni penjara belajar dan mencapai lebih sukses dalam kerjaya.

Tidak kira samada membuat perubahan kerjaya sendiri atau bersama syarikat, perancangan pembangunan kerjaya akan membantu untuk lebih berjaya + mecapai matlamat + objektif demi kejayaan peribadi penghuni penjara.

Menganjurkan Job Fairs atau Pameran pekerjaan kepada Penghuni Penjara

Selalunya kita diluar akan mencari pekerjaan dengan menggunakan khidmat job street + paper dan sebagainya untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dengan imbuhan tinggi yang disediakan. Begitu juga dengan penghuni penjara. Mereka juga diberi pendidikan pelajaran baik dari peringkat PMR hingga ke peringkat IJAZAH. Mereka juga diberi peluang memilih sendiri jurusan2 yang mereka gemar. Peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dimasa hadapan lebih cerah dengan adanya pameran pekerjaan bersesuaian dengan kelayakan masing2.


PenjaraSejahtera. Bilik internet yang dikawal rapi disediakan untuk penghuni penjara yang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Ijazah dibawah naungan Open Universiti Malaysia. Salah seorang blogger beramah mesra dengan pelajar penghuni penjara.

AKTIVITI PROG HAL EHWAL PELAJAR PENGHUNI PENJARA

Olahraga + sukan + kesenian + kebudayaan + ko Akademik + Kadet Putra + Program Kemahiran (tangan emas) + Pembentukan sekolah berwatak + Perkhidmatan bimbingan kaunseling + Program pendidikan pencegah penyalahgunaan dadah.

Aktiviti Program Akedemik
  • Program Gerak Gempur SPM dan PMR
  • Kemahiran dan Teknik Menjawab Soalan Peperiksan
  • Program Motivasi
  • Kelas Tambahan
  • Solat Hajat Bacaaan Yassin dan Restu IbuBapa (MCPF telah memberi peruntukan sebanyak RM6200 kepada semua SI + SHG bagi program ini)
  • Mentor Mentee
  • Latih tubi
  • Ujian dan Latihan Berkala
  • Ulangkaji berterusan
Program Akademik kemahiran dan Pendidikan Tinggi
  • Prog Kelas Pemulihan 3M
  • Program Pra PMR
  • PMR
  • Pra SPM 
  • SPM
  • Penubuhan Pusat Latihan Kecemerlangan Penghuni PLKP di penjara Kajang bagi menempatkan penghuni yang belajar di pusat pengajian tinggi. Pihak OUM telah menyediakan program 
  • DiPloma 4
  • Ijazah pertama 14
  • Sarjana 2
  • PhD
Program Kemahiran SKM 1 iaitu Bengkel Kemahiran
  • Dobi
  • keriakayu / Perabut
  • Besi kimpalan
  • Kecantikan SPA
  • Kahitan
  • Refleksologi
Kemudahan dana perniagaan bagi penghuni penjara yang layak

Kemudahan dana perniagaan iaitu PROGRAM TEKUN akan diberikan kepada yang layak sebaik sahaja penghuni penjara bebas dari penjara dan memulakan karier perniagaan masing2. Ini bertujuan agar nasib bekas penghuni penjara mendapat keistimewaan yang sama seperti kita masyarakat diluar sana. Pihak Penjara haruslah memantau sebulan sekali kepada setiap bekas penghuni penjara yang mendapat kelayakan TEKUN. Ini juga untuk kebaikan bersama agar bekas penghuni penjara tidak menyalah guna wang yang telah diberikan.

Saya menyokong penuh dengan kemudahan dana perniagaan ini. Semoga Mereka berjaya dengan cemerlang.

CIRI MASYARAKAT TEMPATAN


Masyarakat Tempatan sekarang lebih bijak dan berwawasan. Begitu juga Penghuni Penjara. Hanya nasib tidak menyebelahi kesilapan mereka lakukan baik dari sekecil kesilapan mahupun besar. Bila mereka dipenjara, disiplin + agama + ilmu + kaunseling + kemahiran + silaturahim semuanya mereka pelajari dan miliki.

Seperti contoh yang perlu kita terapkan disini adalah Aktiviti melibatkan masyarakat tempatan. Bagi saya aktiviti sukan adalah yang terbaik. Mereka penghuni penjara terutama lelaki gemar dengan sukan. Semua orang sukakan sukan.

Aktviti bersukan seperti FUTSAL + BOLA SEPAK + BADMINTON adalaha aktiviti sukan yang paling diminati rakyat Malaysia. Lakukan perlawanan persahabatan bersama masyarakat diluar sana agar mereka penghuni penjara merasa dihargai + dihormati kerana diberi peluang mengetengahkan bakat2 kemahiran dan kehebatan permainan mereka. Lakukan pertandingan sukan ini setiap seminggu sekali agar mereka diisi dengan aktiviti2 yang lebih sihat + beriadah + santai.


Selain itu pertandingan berfesyen hasilan kain batik + pertandingan masak memasak antara Chef2 terkemuka di Malaysia + bersama Master Chef Malaysia. Saya percaya selebriti2 Master Chef Malaysia atau chef terkemuka Malaysia berfikiran positif dan memberi tunjuk ajar + ilmu + kata2 perangsang kepada Penghuni Penjara agar mereka lebih bersemangat untuk menjadi yang lebih baik sebagai impian mereka.

Selain dari Aktiviti harian Pelan Pembangunan Insan diadakan, aktiviti2 baru yang tidak akan mencemarkan enviroment atau tempat sekeliling boleh cuba diketengahkan seperti

  • MASAK BERJEMAAH. Dengan cara ini dapat memupuk semangat kemasyarakatan dan positif dalam diri mereka. Lantik dua orang penghuni penjara yang berminat untuk menjadi ketua masakan dan mencadangkan lauk pauk yang mereka gemari menggunakan hasil usaha bercucuk tanam sayur2an dan buah2an.
  • TAHFIZ QURAN untuk penghuni penjara yang beragama islam. Aktiviti kelas penghafalan quran setiap hari. Setiap bulan menjemput para Ustaz2 atau Imam Muda Oasis Astro agar diterapkan sekali panduan agama + jati diri + motivasi.
  • QUIZ MINDA dilakukan setiap hari dengan memperluaskan lagi minda mereka dengan isian2 info dalam dan luar negara
  • DRAMA PENULISAN SKRIP DAN LIRIK LAGU untuk semua bangsa. Ketengahkan bakat2 mereka untuk menulis skrip drama dan lagu. Penghuni Penjara akan bercerita dan berkongsi skrip dan lagu untuk masyarakat mendengar cerita disebalik tirai besi + kisah silam dan sebagainya. Dari penulisan ini juga penghuni penjara sedikit sebanyak dapat mempelajari sesuatu yang baru dan mendapat imbuhan yang besar tatkala mereka keluar dari penjara.

Apa yang saya lihat, Jabatan Penjara Malaysia  telah melakukan yang terbaik untuk kaki tangan dan penghuni penjara. Setiap perancangan + cadangan + perubahan untuk PENJARA SEJAHTERA ini akan disokong 111% oleh saya dan juga blogger2 + pembaca2 yang lain. Semoga perubahan untuk Penjara Sejahtera ini lebih sukses dengan jayanya.


P.S. Peringatan untuk kita semua masyarakat. Simpan dalam otak fikiran dan hati agar sentiasa ingat sebelum menunding jari kearah penghuni penjara. Kesilapan yang mereka lakukan telah pun mereka terima hukumannya. Tetapi kita masyarakat diluar, jangan sekali2 menghukum mereka yang telah dibebaskan. Kita tidak ada hak. Positifkan minda dan sayangilah mereka. Mereka juga perlukan kasih sayang dari kita semua. KITA KITA KITA SEMUA INI SAMA SAJA. YANG MEMBEZAKAN KITA ADALAH BELUM PERNAH MASUK TIRAI BESI.


KongsiBersamaNora mengharapkan komen2 yang bernas + idea2 yang baik atau apa saja komen dari semua pembaca untuk kita semua kongsikan tentang konsep PENJARA SEJAHTERA ini. Segala komen2 dan idea2 akan dikongsikan dan dibentangkan pada 11 Januari 2014 dan pada seminar Penjara Sejahtera 25 Januari 2014 nanti. Semoga kita dapat membantu mereka untuk lebih menjadi yang terbaik. InsyaAllah


0 comment... add one now