WIFKL2013 World Innovation Forum Kuala Lumour 2013


Assalamualaikum guys. WIFKL2013 telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada tarikh 12 November - 14 November 2013 minggu yang lepas. Hadirin yang hadir dari luar negara dan dalam negara berarak penuh masuk ke dewan Plenarry Hall KLCC untuk sama2 mendengar perbincangan dan perkongsian dari jemputan2 dalam dan luar negara.

WORLD INNOVATION FORUM KUALA LUMPUR


Bermula dengan Malaysia Inovatif pada tahun 2010, kesinambungan Dekad Inovasi diteruskan dengan Program Penggalakan Sains dan Matematik pada tahun 2011. Tahun Sains dan Gerakan inovasi pada 2012 dan Inovasi Inklusif pada tahun ini. Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan pulangan pelaburan Kerajaan dalam R&D + MOSTI pada tahun hadapan, akan memberi fokus kepada pengkormesilan produk R&D.

WIFKL2013 berlangsung bersama mereka calon2 peserta yang terpilih di seluruh dunia akan berkongsikan dan bertukar idea serta membandingkan kepada yang lebih inovatif. Sewajarnya tema "Masa Depan kita ingini" forum tahun ini akan membincangkan mengenai cabaran yang kita hadapi dalam perunding untuk masa depan.

APA SEBENARNYA INOVASI


Inovasi memberikan penyelesaian kepada banyak cabaran dan masalah global. Bagaimana kita menilai sama ada kita adalah inovatif atau sebaliknya. Banyak kajian telah menunjukkan bukti bahawa kejayaan inovasi membawa kepada titik kebaikan di mana pelaburan semakin baik + bakat + inovasi.

Banyak perkara yang boleh kita kongsikan disini jika kita memiliki idea2 yang bernas untuk masa depan kita dan negara.

PROGRAM WIFKL2013 SESSION 1 dan II


Pembukaan ceremony WIFFKL2013 di rasmikan oleh YB Datuk Dr. ewon Ebin


Speakers session I RISE OF ASIA dari kiri ke kanan sedang berucap = En. Teguh Rahardjo INDONESIA + Tan Sri Rafidah Aziz MALAYSIA + Mr. Jason Lo MALAYSIA + Mr. Bruno Lanvin. Menarik perbincangan tajuk RISE OF ASIA atau KEBANGKITAN ASIA ini.

  

Dari kiri Mr. Morinosuke Kawaguchi dari JAPAN + Prof. Sugata Mitra dari INDIA. Saya sangat berminat dengan penyampaian speaker dua orang ini. Mr. Morinosuke menerangkan tentang teknologi dulu dan sekarang hingga terciptanya produk2 dan gadget2 dari negara Jepun. Prof. Sugata pula berkongsikan tentang teknologi pelajaran + komunikasi + sains bahasa. Bagaimana kanak2 di ceruk kampung juga dapat belajar dengan menggunakan komputer.



Speaker session II MORE FOR LESS dari atas kiri ke kanan = Ms. Runo Okiomah from Nigeria + Mr. Mark Lenkester CEO TUNE TALK + Prof. Dr. Holger Kohl BERLIN GERMAN + Dr. Rashid Al Leem UAE. Perbincangan kali ini sedikit menarik dengan kehadiran speaker dari Nigeria Ms. Runo Okiomah tentang dimana beliau mencipta tempat penanaman sayuran yang diperbuat dari kayu. Malangnya saya tidak ada gambar dalam simpanan untuk dikongsikan. Sangat menarik untuk mereka yang miskin maju kehadapan dengan bertani.


Salah seorang pengacara dari ASTRO AWANI En. Kamarul Bahrin Haron bersama seorang peserta dengan soalan yang dikemukakan.



Ais Krim Nitrogen. Hanya masukkan cecair coklat kedalam mesin dan masukkan liquid nitrogen. tunggu 3 minit. siap dimakan. Saya dapat rasa air krim Coklat + mangga + Durian. Susah betul nak dapatkan durian sebab dia buat khas untuk VIP saja. Magik word saya.. akhirnya saya pun dapat rasa. Weeee


Mesin penyedut air. Macam generator tetapi dicipta khas dengan menggunakan vakium.


Saya tertarik dengan design ini dari ciptaan anak melayu kita sendiri. Maaf saya hilang nota yang tertulis nama pencipta basikal ini. Cuma disini saya hanya cadangkan agar material digunakan dari bahan alloy dan rim basikal ini janganlah terlalu tebal kerana pengayuh akan cepat rasa letih membawa basikal yang sangat berat. Saya nak angkat pun tak kuat. Minima basikal MTB adalah 15kg. Itu pun bagi saya sudah berat sangat.


Trafik light penting untuk kita. Tapi kalau time dia rosak macam mana. Teruk nak kena tunggu satu2 kereta lalu. Jadi teknologi ciptaan dari Kuantan ini telah mencapat resolutionnya. Kalau rosak automatik dia akan resolve. Tidak perlu cal pejabat trafik untuk pantau dan datang ke tempat lampu isyarat yang rosak. Senang bukan. Di Kuatan sudah guna. Di seluruh Malaysia bila lagi. 


Satu lagi inovasi untuk mereka kaum wanita yang gemar dengan sukan lasak seperti berbasikal + berlari marathon + berenang dan sebagainya. Tudung yang digunakan untuk menutup aurat tidak sesuai dan panas bila memakainya terutama cuaca panas. Tudung scarfit sangat2 sejuk dan melekat pada kepala. Sesuai untuk semua aktiviti sukan lasak dan senang dipakai.


Last tapi tak habis pun.. Inilah muka2 kacak + comel2 yang sempat hadir ke WIFKL2013. Kami semua dapat bag serbaguna lagi + macam2 ada. Paling best saya suka dengan pen drive WIFKL2013. Awesome. heeeee.. Boleh tengok Ms. Jingy kita pegang bag. Cantik bukan. Boleh buka panjang bag ni. Macam2 boleh letak...Thanks WIFKL2013.. TQ Jingy untuk jemputan ini. I lap u lah.. heeee

IDEA INOVASI SAYA


  1. Untuk inovatif produk saya hanya cadangkan air tapisan yang terbaik yang disalurkan untuk semua rakyat. Air tapisan yang dapat memberi PH8 sudah memadai dari mendapat air paip yang kotor dan wajib ditapis sebelum diminum. Minum terus dari paip.
  2. Mencari solution kepada mereka yang miskin dan tidak berpelajaran mendapatkan pekerjaan yang boleh memberi mereka masa depan yang baik serta diberi peluang untuk sambung belajar.
  3. Tiada lagi kemiskinan seperti yang berlaku di dunia terutama di Afrika Somalia + Palestin yang musnah dan sebagainya. Di kuala lumpur juga terdapat manusia2 yang tidur di kaki lima tanpa tilam dan bantal dan tiada pekerjaan. Apakah tindakan yang perlu diambil untuk ini.



0 comment... add one now