Maliqa Mediterranean Cuisine @ Plaza Damansara pelbagai citarasa


Assalamualaikum guys. Maliqa Mediterranean Cuisine adalah restoran makanan berkonsepkan mediterranean pelbagai negara dari French dan Itali. Pertama kali menjejakkan kaki ke restoran Maliqa ini sudah merasa kagum dengan hiasan dalamannya yang penuh dengan cermin dan kerusi meja yang sangat unik.

Maliqa Mediterranean Cuisine Plaza Damansara


Jom aku bawa jalan2 di bahagian tingkat dua dahulu. Tempat khas disediakan untuk mereka yang ingin meraikan majlis2 keramaian + majlis harijadi + Majlis syarikat dan sebagainya. Package majlis terpulang mengikut bajet pelanggan. Kek hari jadi juga disedikan jika meraikan majlis harijadi.

Ruangan atas A dan B


Ruangan dari bahagian kedua melangkah menggunakan jambatan yang unik.


Ruangan A inilah sesuai digunakan untuk sambutan majlis2 seperti majlis harijadi + majlis syarikat + perjumpaan dan sebagainya yang boleh memuatkan seramai lima puluh hingga enam puluh orang. 


Dari ruangan B menghala ke ruangan A

Bahagian bawah







Maliqa Mediterranean Cuisine ada menyediakan hidangan ala cart + set lunch yang menyelerakan. Pilih saja mana yang mahu. Setiap set lunch termasuk sop dan minuman. 


Maliqa Mediterranean Cuisine set lunch. Menarik dengan penyediaan ser linchbini. Kedua2 set A dan B membuka selera pelanggan. Aku gemar dengan Set B. Ada Spaghetti Aglio Olio. Alamak.. Terbaek...

 

 

Atas = Hidangan Pizza Hawaiian + Pizza Turkey Ham. bagi saya isian pizza oklah. Aku cuma sukakan rasa rotinya yang fresh dan tipis. Memang sedap dikunyah atau dicicah dengan sos kambing dan sebagainya.

Bawah = Princli Yogurt & Carbasi + Moussaka (hidangan paling TOP dan recommaded). memang sedap. Ini tak tipu. Korang kena cuba.


Hidangan Risotto Paella Mista. Dengan isian risotto + sotong + kupang + pedas sedikit memang shahdu bila masuk ke mulut. Nyaman bahh..

Maliqa Mediterranean Restaurant
No 49, Jalan Medan Setia 1
Plaza Damansara
50490 Damasara Heights, KL
Tel: +603 2095 0002
Business Hours:
Mon – Sun: 11.00 am – 3.00 pm, 6.00 pm – 10.30pm

Website: http://www.maliqa.my
Facebook: Maliqa Mediterranean Restaurant

Komen saya tentang review Maliqa Mediterranean Cuisine =

  1. Harus perbaiki dari segi minuman jus buah2an yang segar dan wajib terasa buahnya. Bukan seperti minuman kordial buah2an. 
  2. Nak komen tentang pasta atau spaghetti tapi tiada disediakan. So tak tahu rasanya macam mana.
  3. Nak komen tentang dessert pun tak dapat sebab tiada pencuci mulut disediakan
  4. Nak komen tentang MAIN menu plak sama juga tiada disediakan.
  5. Paling tidak pun akhir2 penutupan sepatutnya sediakanlah air panas seperti kopi dan sebagainya. Sekurang2nya ada juga dessert atau manisan sebagai penutup.
  6. Website Maliqa di update. Sekurang2nya update menu terbaru agar customer tau ada produk baru. Kami terima voucer RM25. Potongan RM25 jika berbelanja lebih RM100 keatas. 
  7. Majoriti saya bagi 3 bintang. 
SEKIAN. Wassalam.. 



0 comment... add one now