Mangkuk ganja kegilaan Kopi
Kalau Kopi sudah kemaruk
Assalamualaikum blogger sedunia. Mangkuk ganja Kopi adalah sejenis ganja (panggilan aku ler) herba yang diperbuat dari 100% natural catnip. Setiap kali hendak bermain pasti mulutnya bising mahukan ganja ini. Tapi tahukah korang bahawa ganja bukan sebarang ganja. Ini ganja datang hasilan 100% natural herba Catnip yang diberi nama Krazee Kitty. kih3.. Terkono den.
Semalam dalam entry Wordless Wednesday #73 aku telah buat entry tentang gambar Kopi + lidah + topi mangkuk plastik. Kenapa? Kerana ini ganja punca semua itu berlaku. Diusung kesana sini dengan memasukkan mukanya dalam mangkuk untuk dijilat habis ganja Krazee Kitty. Malangnya bersih sudah di telan + dibuat main Kopi. Tak percaya?? Tunggu video pendek yang akan menyusul nanti. Sebelum itu korang layan ler apa itu Ganja Krazee Kitty dan catnip..
Pokok herba = Catnip, Cataire, Catmint, Catnep, Catswort, Field Balm, Herbe à Chat, Hierba Gatera, Menta De Gato, Menthe des Chats = Krazee Kitty (Ganja Kopi) |
Selepas diproses beginilsh hasilnya. Ganja Kopi. Hari2 mau.. |
|
Lihat saja budak demuk ini. Dari kecil hingga sekarang tidak pernah tidur dalam couch dia. Selepas ditaburkan Ganja Krazee Kitty, tidur lena tak sedar2. Diguling sana sini sampaikan.... |
Nota
Dah seminggu ganja Kopi habis. Setiap kali dia gian pasti dia mencari mangkuk kosong bekas isian krazee Kitty. Itulah sedikit cerita tentang krazee kitty mangkuk ganja Kopi
P.S. Esok petang kena juga mencari. Kalau tidak mulut dia bising bagai. Tak larat nak pujuk. Paling tidak pun pujuk urut badan dia. Pastu siaplah dia dah mula menguap and ngorok. hik3.. OK guys.. Selamat membeli krazee kitty untuk simanja. Si comel pasti gian.. Weeeee.... xoxo.. Pssttt.. video Kopi tak dapat disiarkan. Kena tunggu aku edit..



