UFO berlegar2 di Sunway

Assalamualaikum dan salam ramadan. Hari ini terbaca di MStar tentang fenomena UFO berlegar2 di kawasan Sunway pada 15 Julai 2012. Fenomenan ini tidak dapat disahkan dengan sebenar kerana masing2 tiada jawapan. Mereka yang merakamkan kejadian yang hampir 1 jam juga tidak dapat memastikan adakah ini UFO. Mereka juga cuba menjejaki dari mana datang arah lampu tersebut namun hampa.


Menurut perakam youtube video tersebut Mr. John Tan :
John Tan : "Cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami pertama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam".
Seorang pengulas membalas youtube John Tan menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung.
Kata John : "Adalah mustahil jika ia satu permainan kerana mana ada bateri normal dapat bertahan lama seperti itu," katanya.
Menurut Ketua Pengarah Angkasa Dr. Mustafa Din Subar : "Orang tidak akan bermain layang-layang pada waktu malam kerana tidak ada angin".

Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor : Sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku. "Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya".

Nota
Semua kejadian ini kebesaran Allah SWT dan dia sahaja yang lebih mengetahui. Tiada yang mustahil akan berlaku dengan izin-Nya. Percaya atau tidak itu UFO itu terpulang pada kepercayaan masing2. 

P.S. Kalau tidak silap aku juga ada terlihat 2 cahaya bersinar2 diatas langit pada waktu malam. Tidak pasti adakah tarikh itu sama pada 15 Julai atau pada minggu lepas. Sangat bersinar2.. Adakah objek itu sama seperti yang terlihat oleh Mr. John atau sebaliknya. Wallahualam.. 

0 comment... add one now