Atasi perasaan cemburu iri hati hasad dengki dengan doa


Atasi perasaan cemburu iri hati hasad dengki dengan doa
Assalamualaikum guys... Setiap manusia yang dijadikan Allah SWT mempunyai perangai yang berbeza2. Namun sifat yang sentiasa ada pada diri kita tentunya sifat hasad dengki + iri hati + cemburu. Itu adalah lumrah manusia. Hanya kekuatan iman + kawalan diri sahaja yang dapat mengatasi perasaan2 yang dicintai iblis. 

Kadang kala kita lihat perangai2 buruk ini selalunya berlaku disekeliling kita terutama  sahabat2 + rajan sekerja + isteri2 yang dimadukan + keluarga kita. Bila sudah semakin tidak terkawal maka timbullah hobi bergosip + mengumpat + memburukkan seseorang hingga jatuh maruah sipulan tersebut. Jika sifat ini tidak dibuang maka KERASLAH hati kita dan TERGOLONG DALAM MANUSIA YANG PALING JAUH DISISI ALLAH SWT. 

Cubalah atasi masalah perangai2 buruk ini dengan membaca doa dari surah (AL Hijr : 47).
Dan kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadapan2 di atas pelamin masing2.. 
Nota
Cubalah wahai sahabat2 aku semua agar buang jauh2 sifat cemburu + dengki + iri hati kepada orang lain terutama adik beradik kita sendiri. Jika mereka berjaya kita tumpang gembira. Jika mereka jatuh kita sama2 membantu selagi termampu.. Sesungguhnya besar pahala kita menyatukan keluarga dari berpecah belah...

P.S. Memisahkan silaturahim sesama kita memang dibenci Allah SWT terutama hubungan keluarga adik beradik + anak dan ibubapa. Antara mereka berhak mendapat kasih sayang. 

0 comment... add one now