Coklat Royce free liquor dan superb



Royce telah ditubuhkan di Sapporo pada tahun 1983. Dengan secara terperinci memperolehi teknik yang lebih baik dan meluaskan pengalaman, mereka telah membuktikan membuat coklat yang mempunyai kualiti yang baik di Hokkaido. Prinsip asas 'Royce' akan sentiasa memastikan bahan yang digunakan berkualiti tinggi dan menjual produk pada harga yang pelanggan mampu beli walaupun untuk setiap hari.
PERMULAAN MEMBUKA KEDAI
Apabila mereka mula membakar cookies di sebuah kilang kecil, bau dari kilang sangat menggoda dan menarik perhatian jiran2. Mereka mula membuka sebuah meja yang diletakkan di depan kilang dan cookies telah dijual dengan sangat laris. Dari situ permulaan kedai pengurusan berlangsung.
Mengimbas kembali sejarah Royce berkembang membesar berdasarkan dari sokongan orang ramai.. Syabas..


Coklat Royce yang dijual di Brunei tidak mempunyai bahan LIQUOR.. INI BEST


Pertama kali Mr. Hubby membeli Nama Coklat Royce ini, aku rasa was2 nak makan coz risau ada bahan Liquor. Tapi bila BRUNEI dah kata tak der bahan tuh maka aku pun makan... Tau tak  apa rasanya selepas masuk kedalam mulut?????.... Yummmmmmmmm...... Superb.. D best coklat cair dalam mulut tapi harga pun best.. Sekotak harganya 15 ringgit Brunei..


Liha saja isi dalam coklat Royce ini.. Diluar hanyalah serbuk koko yang sangat sedap dirasa dan isi coklat didalamnya memang mengasyikkan... Asyikkkkk gituh.. Tak caya? U guys boleh cuba beli dan rasakan sendiri kemudian korang kongsikan kat sini. Dan jangan lupa beri berapa bintang yang korang rasa sesuai dengan rasa coklat yang dimakan.. Amacam ok? Malam ni atau esok atau weekend ker kalau free korang cari coklat Royce di alamat yang aku berikan dibawah nih..

Nota
Jangan risau, semua bahan2 cokelat ini diperbuat dari bahan2 yang tiada mengandungi DNA BA' + Liquor. Di Malaysia aku tidak pasti ada bahan liquor atau tidak kerana tidak pernah membelinya. Tetapi Royce luar negara mempunyai bahan liquor. Make sure korang tengok dan tanya dulu sebelum beli yer..

P.S. Guys.. Akan datang akan ada satu contest untuk korang join. Sangat simple dan senang. Salah satu hadiahnya kemungkinan cokelat ini + more.. InsyaAllah.. Jika dah ada teka teki teku tuh aku hin2 nanti.. Wokey... Enjoy ler tengok ceklat tuh... melelehhhhh jer.. har3

COKLAT ROYCE BOLEH DIDAPATI DSINI

ROYCE' ISETAN Kuala Lumpur Shop
ISETAN of Japan Sdn. Bhd. 3rd Level SURIA KLCC
50088 Kuala Lumpur, Malaysia

ROYCE' Tropicana City Mall Shop
G-45,Tropicana City Mall,NO.3 Jalan SS 20/27,
47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

ROYCE' Bangsar Village Shop
G3A & G3B, Ground Floor,Bangsar Village 1,No.1,
Jalan Telawi Satu,Bangsar Baru,59100 Kuala Lumpur, Malaysia

ROYCE' 1Mont Kiara Shop
L1-02, Level 1, 1 Mont Kiara,
No.1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia


0 comment... add one now