Wrote by on Ahad, 31 Julai 2011

Assalamualaikum guys...
Dengan ini aku sekeluarga ingin mengucapkan
selamat menjalani ibadah puasa esok.
Semoga ibadah dan amalan2 kita tahun ini
diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.. AMIN

Aku kat Brunei tak puasa esok..
Selasa baru start puasa
Maka ada masa lagi
untuk makan2. Hehehehe.. 'gurau'..

Ok guys... Puasa jangan tak puasa..
Karang ada plak nanti yang semangat nak RAYA
tapi puasa tak cukup....
Salam Ramadhan untuk semua...

Love u guys... love nurmisnan@nora .. xoxoxo


Wrote by on Jumaat, 29 Julai 2011


Kalau nak otak yang sihat menguaplah.. itu ungkapan dari Andrew Newberg Pengarah The Centre for Spirituality and the Mind, Universiti Pennsylvania AS.

Andrew adalah ahli neurosains menjelaskan menguap adalah rahsia kesihatan. Anda perlu menguap sekurang-kurang sepuluh kali sehari kerana menguap akan merangsangkan saraf di bahagian otak seterusnya mengatur suhu otak dan metabolisme. Seluruh fungsi ini akan meningkatkan daya kawalan otot, menambah daya seksualiti bahkan mengatasi jetlag. Menguap juga merupakan loceng bagi jam biologis tubuh manusia, Ketika letih, menguap menjadi petanda bahawa tubuh kita perlu berehat. Paling istimewa, menguap juga merangsang bahagian otak yang berfungsi pada rasa empati dan tanggungjawab sosial...

Jadi pesan nur haruslah sentiasa menguap.. mana yang tak langsung selalu menguap buat-buatlah menguap. Macam naik kapal terbang. Telinga selalu jadi pekak gara-gara ini. Jadi nak pulihkan balik rasa pekak tuh kita minum air atau telan air liur atau buat-buat menguap... nanti hilanglah rasa pekak di telinga.

kalau kucing nguap.. jadi apa ya? ohhh lagi lincah lah..

Wrote by

Assalamualaikum guys dan selamat menjalani solat Jumaat pada brothers kita. Alhamdulilah.. puasa dah semakin hampir pada kita. Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak dan lakukanlah sunnah2 Rasulullah SAW dan tarawikh yang sangat besar hadiahnya dari Allah SWT... Sama2 kita kejar yer...

Hari ni tak banyak aku nak kongsi pada korang. Cuma Ada beberapa hikmah Surah Al Fatihah yang menjadi penawar dan penyembuh segala penyakit. Pada bulan lepas aku ada kongsikan petua penawar racun berbisa.Tapi kali nih kita ikhtiar dengan membaca surah Al Fatihah sahaja. 

Jika terkena gigitan binatang berbisa, cepat2 ambil segelas air dan campurkan dengan garam jantan atau garam kasar besar kedalam gelas. Bacakanlah surah Al Fatihah sekali dan hembuskan kedalam gelas tersebut. Beri minum pada mangsa terkena bisa binatang. InsyaAllah sembuh dengan izin-Nya..

P.S. Kita cuma ikhtiar.. Cubalah juga dengan petua yang telah aku berikan...


Wrote by on Rabu, 27 Julai 2011
Assalamualaikum guys.. Khasiat kulit kentang. Hari nih nak kongsi cerita tentang lunch aku + korang semua dan khasiat vitamin c dan kentang. Sedikit info walaupun korang boring nak baca, namun kena baca jugak agar masing2 tahu apa itu KENTANG dan vitamin C.


Wrote by



Wrote by on Selasa, 26 Julai 2011

Assalamualaikum guys... 
Aku rasa ramai antara kita sudah mengetahui kebaikan khasiat madu dan kayu manis. Tidak kira dari segi masakan atau minuman pasti akan ada rempah2 yang di masukkan untuk rasa yang lebih lazat. Kita di Malaysia juga tidak akan terlepas dari rempah2 ini termasuklah kayu manis. Setiap rempah ratus yang diciptakan oleh-Nya ada khasiat tersendiri dan rasa kelazatannya. Begitu juga dengan Madu. Sudah terbukti di dalam kitab Quran Surah An-Nahl Ayat '69' bermaksud :

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir"

Kayu manis dan madu jika kita satukan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti merawat sakit perut, selesama, sakit jantung, keguguran rambut, sakit gigi, penghadaman, menghilangkan kolestrol dalam darah, penyakit Artristis (radang sendi yang boleh mempengaruhi pergelangan tangan, lutut dan tulang belakang), penyakit kesuburan, bau nafas dan sebagainya. Mr. hubby juga mengamalkan makan madu dengan serbuk kayu manis untuk mengubati penyakitnya walaupun tidak serious. Sekarang beliau masih lagi mengamalkan daun belalai gajah, diet, sayur2 hijau, buah2, senaman dan madu untuk menggantikan gula dalam minuman dan makanan. Alhamdulillah nampak banyak perubahan. Baca penyakit APAITUARTHRISTIS selanjutnya...

Cara2 bagaimana mahu menyimpan serbuk kayu manis untuk tahan lebih lama. Pastikan kayu manis yang dibeli perlu dicuci dahulu untuk membuang kekotoran. Tidak perlu cuci lama. Keringkan beberapa jam dan pastikan kayu manis sudah betul2 kering2. Blend atau kisar halus dan simpan dalam bekas kedap udara. Bila2 pun boleh makan dengan roti atau minuman.


Cara2 mengamalkan madu dengan kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 sudu kecil madu
  • 1 cawan air suam atau air teh - campur kesemuanya
  • Selawat 3 kali dan surah Al Fatihah sekali dan amalkan minum setiap pagi...

ataupun
  • makan terus 2 sudu teh madu dengan 1 sudu teh serbuk kayu tanpa air
  • Amalkan dengan perlahan2. Jika sudah biasa boleh tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis untuk keputusan yang lebih cepat. 
  • Sertakan dengan yakin bahawa Allah SWT itu Maha Penyayang dan Penyembuh segala penyakit.Nota

Nota
Di India mereka memanggil teh susu dengan nama CHAI. Susu segar dari lembu + serbuk teh dan dimasak diatas dapur sehingga mendidih. Kemudian dihidangkan bersama2 dengan gula dan serbuk kayu manis ditabur diatasnya. Memang sedap dan rasanya lebih segar. Sahabat aku yang ajar cara membuat teh herba nih. Tengo dia pun segar bugar orangnya. Jika mereka sakit seperti demam atau selsema mereka tidak pernah memakan ubat dari hospital atau pharmacy. Sebaliknya mereka amalkan cara2 tradisional seperti herba2 daun dan rempah2 untuk meredakan penyakit. Memang sangat mujarab. Ada beberapa petua dari INDIA yang ingin aku kongsikan nanti. InsyaAllah masih dalam simpanan dan akan di update soon... Selamat mencuba dan YAKIN serta USAHA itu satu sikap yang baik dari terus menyerah kalah....

P.S. INGAT!! Pesakit kanser dilarang sama sekali memakan planta atau butter. Elakkan diri dari bahan ini untuk melihat keputusan yang lebih baik sewaktu memakan daun belalai gajah @ SGG.. Makan buah durian belanda, nenas, betik atau apa saja jenis buah yang kaya dengan vitamin C..


Wrote by on Ahad, 24 Julai 2011
Gambar kredit mr. google

Assalamualaikum guys... Semalam korang mesti tengok bola Malaysia kalah 2 gol jer lagi. Takpelah.. yang penting Harimau Malaya kita dah buat yang terbaik walaupun ada banyak kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan. Takper2.. balas dendam balik masa lawan di Stadium Bukit Jalil 28 Julai nanti ok.. Gd luck 

Berbalik pada tajuk utama kita "Gel tangan atau sanitizer tangan sangat berisiko tinggi sebenarnya terutama kepada kanak2. Ramai rakyat Malaysia mahupun seluruh dunia akan membawa sebotol kecil sanitizer tangan ke dalam beg untuk perlindungan diri dari wabak kuman terutamanya semasa kes penyakit H1N1 berlaku. Namun bagi aku adalah lebih baik jika kita amalkan membasuh tangan dengan air dan sabun dengan betul kerana kotoran atau kuman yang berada dicelah2 kuku tangan kita tidak akan mati dengan hanya menggunakan gel sanitizer tangan.

Jika kita lihat bahan2 yang terdapat dalam gel sanitizer tangan berasaskan air mempunya kandungan alkohol pelbagai jenis seperti Isopropyl Myristate, Propylene Glikol, Acetate Tocopheryl, Aminomethyl Propanol dan Acetate Tocopheryl. Namun kebanyakkan sanitizer tangan pelbagai jenama menggunakan 60% atau lebih bahan alkohol yang tinggi untuk menyingkirkan kuman pada tangan. Jika terdapat sanitizer tangan yang kurang dari 60% kandungan alkohol maka sanitizer tersebut tidak boleh menghapuskan kuman tetapi kandungan bahan ETHYL alcohol lebih mudah terbakar berbanding GLISERIN atau GLISEROL. Jadi pastikan gel sanitizer ini tidak di simpan di dalam kereta, tempat2 yang panas atau berdekatan dengan bahan eletrik yang panas.

Pantau/awasi anak2 semasa penggunaan sanitizer
  • Sanitizer tangan berunsurkan gel air. Jika tangan kita kotor semestinya akan menyapu sanitizer tangan untuk menghilangkan kuman sebelum memegang makanan atau sebagainya. Pastikan tangan korang tidak sekotor seperti biasa. Jika terdapat kekotoran hitam pada celahan kuku atau terlalu kotor, sebaiknya basuh tangan dengan air dan sabun sehingga bersih. Penggunaan sanitizer tidak dapat membantu menghapuskan kuman. 
  • Pastikan semasa anak2 menggunakan sanitizer tangan dengan cara penyapuan yang betul sehingga kering atau gosok tangan selama 30 saat atau lebih, barulah selamat untuk memegang makanan. 
  • Sebaiknya kurangkan penggunaan gel sanitizer tangan kerana boleh membawa keracunan jika anak2 atau kita menjilat2 jari kerana kesedapan makanan semasa membersihkan jari. Bahan alkohol yang terdapat pada jari kita akan terus masuk ke perut dan boleh menyebabkan sakit kepala, muntah2 dan sebagainya. Sebab itu sebaiknya basuh tangan dengan air dan sabun adalah lebih selamat.
Pentingnya membasuh tangan atau menggunakan gel sanitizer tangan :
  • Sebelum atau semasa atau selepas menyediakan makanan
  • Sebelum makan
  • Sebelum dan selepas membawa orang yang sakit
  • Selepas menggunakan bilik air
  • Selepas menyalin diapers atau membersihkan anak di dalam bilik air
  • Bersin atau batuk atau selesema
  • Selepas memegang binatang
  • Selepas membuang sampah
  • Dan sebagainya berkaitan dengan kekotoran tangan
Pastikan jika membeli gel sanitizer tangan lihat kandungan dibelakang botol terdahulu. Jika kandungan gel mempunyai ETHIL Alcohol melebihi 60% - 95% maka elakkan dari disimpan di tempat yang panas atau dalam kereta kerana ianya memamg mudah terbakar dan pastikan penggunaan untuk anak2 hanyalah setitik sahaja. Sebaiknya bersihkan tangan anak2 dengan menggunakan tisu bayi untuk keselamatan. 

Nota 
Sebenarnya banyak lagi yang hendak dikongsikan tentang kebaikan sentiasa membasuh tangan dan penggunaan gel sanitizer tangan dengan betul tetapi cukuplah sekadar asas yang penting untuk peringatan dan keselamatan kita seharian terutama anak2. Ingat! Amalan membasuh tangan selalu adalah sangat baik dengan cara yang betul. Pastikan penggunaan GEL SANITIZER TANGAN dengan kandungan yang sikit dan kering agar tidak terkena keracunan dari bahan kimia tersebut. 

P.S. Penting untuk mengajar anak2 kita bagaimana cara penggunaan GEL sanitizer tangan dengan betul. Yang penting ajar mereka membasuh tangan setiap kali mereka keluar dari bilik air atau apa saja aktiviti lasak mereka. Harap sedikit info ini sangat berguna untuk kita semua.


Wrote by on Jumaat, 22 Julai 2011
Assalamualaikum guys.. will up date soon tentang pentingnya selalu membasuh tangan dan bahayanya gel sanitizer kepada anak2 kita... InsyaAllah... Mata dah tersangat ngantuk. Tak larat nak update... Jangan mara aaaahhh... Good nite and good sleep guys... Mimpi indah2. Tak lama nak posa dah. ZZZZzzzzzzzzzzz

Wrote by

Daun belalai gajah atau sabah snake grass.
Assalamualaikum guys. Rasanya sekarang ramai dikalangan kita atau keluarga mendapat penyakit kanser. Adakah ini berpunca dari keturunan atau penyakit itu datang dari pemakanan kita?? Terlalu banyak memakan makanan segera dalam tin juga boleh membawa kepada gejala penyakit. Begitu juga air atau makanan yang disimpan dalam bekas plastik dan bekas polystyrene yang tidak selamat juga boleh membawa kepada kanser.

Wrote by on Khamis, 21 Julai 2011
P

Assalamualaikum guys.... 
Hari ini free time. Tak bz dan bila masa free time datang mula sudah tangan ini memegang PS3 joystick sambung main game yang setahun lepas tak dihabiskan lagi DEAD SPACE. Part 2 tak beli daaaa. Sambil main game sambil kunyah dried cranberry. Nak cari yang raw punya tak jumpa. Maka beli ler yang yang kering. Nak beli jus plak semua dah bercampur dengan buah2an yang lain dah tak sedap. Susah nak dapat yang pure cranberry jus kat sini (Brunei). Maybe tak jumpa lagi kot. Di Afrika melambak2 jus 100% cranberry jus ada dijual. Even kat Malaysia pun susah nak dapat kecuali di stall kecil di shopping complex.

Suka makan buah cranberry? Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tidak kerana buah cranberry rasanya sedikit masam seperti buah delima. Selain khasiat yang tinggi ia bagus untuk melawaskan dan mencuci air kencing kita. Buah Cranberry salah satu buah berry yang paling tinggi kandungan ORAC's (Oxigen Radical Absorbance Capacity) selain blueberry, strawberry, rasberry, blackberry dan lagi satu buah berry yang paling2 tinggi ORAC's dari cranberry iaitu Purple berry atau Maqui berry. Buah Maqui berry sangat2 baik dan berkesan untuk sesiapa yang sedang berdiet. Susah nak dapat kat negara kita tetapi kemungkinan sudah ada dijual.

Maqui berry atau purple berry... Lebih kurang macam blue berry bukan.. kredit gambar Maquiberryguide Baca selanjutnya dalam web tersebut.. Bagus untuk pengetahuan khasiat dan diet kita.

Ini salah satu di web site 'kanser service' Julie Lanford tentang khasiat buah cranberry. Baca selanjutnya SINI
'Anti-oxidants — processes within humans require oxygen and there is a byproduct or oxidants of those processes which cause cell damage. Theses oxidants are also known as "free radicals" which are also caused by stress, the environment, unhealthy foods and habits. The cell damage caused by free radicals weakens the immune system, is linked to several diseases such as cancer and heart disease and speeds up the aging process. Antioxidants reduce the effect of these free radical oxidants by binding with them and decreasing their destructive power and repairing damage'

Buah2an yang mengandungi ORAC (Oxigen Radical Absorbance Capacity), USDA 2007
  • Cranberry : 9584 
  • Blueberry : 6552
  • Blackberry : 5347
  • Raspberry  : 4882
  • Strawberry : 3577
  • Plum : 6259
  • Cherry : 3365
  • Orange, navel : 1819
  • Apple : 3082
  • Kiwifruit : 1210
  • Mango : 1002
  • Banana : 879
  • Pear : 2941
  • Grapefruit : 1238
  • Tangerine : 1620
  • Avocado : 1933
  • Grape, red : 1260
  • Pineapple : 562
  • Peach : 1814 
  • Grape, green : 1118
  • Apricot : 1115
  • Nectarine : 750 
  • Honeydew : 241
  • Watermelon : 142


Nota:
Julie Landford kata pesakit KANSER sangat baik mengambil buah cranberry/maqui berry kerana tinggi kandungan Anti oxidants iaitu bagus untuk diet. Pesakit kanser wajib berdiet dan teruskan pengambilan buah2an yang tinggi vitamin c seperti nenas, betik, kiwi dan sebagainya tetapi jauhkan dari memakan buah tembikai. Apa2pun buah kurma mentah adalah buah yang paling baik dan sedap ... 

Wrote by on Rabu, 20 Julai 2011

Wrote by on Selasa, 19 Julai 2011
Uncle Yip di ladang Pekan Pantai Seremban.. Lebat dan banyak betul daun Belalai Gajah nih.. 

Assalamualaikum guys... Finally alhamdulillah... Berkat pertolongan dan info dari sahabat kita Raja Sakdah  akhirnya bertemu juga dengan herba yang boleh merawat penyakit KANSER iaitu daun Belalai Gajah @ Sabah Snake Grass ini. Memang sangat susah untuk mendapatkan bekalan ini namun tidak dijangka ada juga yang menanamnya dengan banyak sekali. 

Jom kita kenal dengan Uncle Yik Poh Ling dari Pekan Pantai Seremban. Beliau adalah salah seorang penanam daun belalai gajah. Ladang herba ini terletak berhampiran bandar Pantai kira2 10km dari Seremban. Ladang seluas 12 hektar ini bukan saja mempunyai herba daun belalai gajah tetapi juga ditanam lebih 500 herba yang lain dan sebilangannya berasal dari negara Asia. Meh baca selanjutnya di blog beliau Uncle Yik PohHubungi atau datang terus ke ladang beliau di Pekan Seremban 012-6773693

Nota:
Semoga apa yang korang tercari2 sekarang ini sudah dapat diatasi. Pergilah kesana dan bantulah kepada mereka yang memerlukan. Dan cubalah cara yang aku pernah berikan sebelum ini. Baca sini dan sini untuk mengetahui cara membuat jus serta pantang2nya semasa pengambilan daun herba ini.

P.S. Doa dan mohon pada-Nya adalah jalan terbaik. Semoga dengan amalan memakan daun herba ini dan sedikit diet serta pantang akan membantu.. InsyaAllah

Wrote by on Khamis, 14 Julai 2011
Assalamualaikum guys... Khasiat dan rahsia bismillah 7 dan 5.
Kelmarin sudah berkongsi akan kelebihan Bismillah 7 boleh mengubati atau menjadi penawar racun berbisa. Namun jika amalan Bismillah 7 ini disalah gunakan boleh membawa kepada kemudaratan atau menyusahkan orang yang membuat kuih seperti roti, donat, tapai atau apa jua yang menggunakan yis. Jika seseorang yang pengamal doa Bismillah 7 berlalu atau menghampiri tempat orang yang sedang membuat kuih yang menggunakan bahan penaik seperti YIS atau PENAIK ROTI boleh menyebabkan kuih yang menggunakan YIS tersebut tidak menjadi dan keras.


Wrote by on Rabu, 13 Julai 2011



Wrote by on Selasa, 12 Julai 2011
Assalamualaikum guys... Hari tuh aku kongsi dengan korang tentang besarnya hikmah Bismillah 7. Jika sentiasa diamalkan ianya sangat baik dan melindungi diri dari terkena sengatan berbisa namun kerana besarnya hikmah Bismillah ini juga boleh membawa padah bukan padah tapi kesian kepada pembuat roti... Soon akan aku update nanti.. Sekarang tengah bz sikit.. InsyaAllah akan update. Tapi sebelum tuh meri kita nikmati keindahan masjid suasana malam Masjid Omar Ali Saifuddien Brunei DarulSalam. layannnnn.....




Wrote by on Jumaat, 8 Julai 2011
Bismillah 7 penawar racun berbisa
Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat... Semalam aku kongsikan petua untuk menghalang atau penawar racun berbisa dari gigitan ular, kala jengking atau serangga2 yang berbisa. Hari ni kita bercerita tentang penawar racun berbisa DAN untuk sakit2 sendi dalam badan. InsyaAllah ini semua atas izin-Nya dan juga ikhtiar serta yakin bahawa DIA lebih mengetahui dan Penyembuh segala penyakit.

Wrote by on Khamis, 7 Julai 2011
Assalamualaikum guys... Rasanya ada dikalangan kita pernah terkena sengatan atau gigitan binatang berbisa seperti ular, jengking, lipan dan lain2 binatang berbisa. Nak kejarkan ke hospital kemungkinan agak sedikit memakan masa atau lambat. Actually ada beberapa petua lain yang boleh menjadi penawar racun berbisa ini tapi buat masa ini aku kongsikan kepada semua salah satu dua cara penawar racun ini.

Sebaiknya sebelum terjadi sesuatu perkara sebegini, lebih baik dapatkan dahulu minyak sapi lembu atau kambing dan disimpan untuk persediaan berlakunya perkara2 seperti ini. Jika terkena sengatan atau gigitan cepat2 ambil minyak sapi kambing/lembu dan dicampurkan dengan sedikit madu asli. Minum dengan segera. 

Dan selepas itu usulkan pesakit terus ke hospital untuk rawatan selanjutnya... InsyaAllah penawar madu dan minyak sapi itu dapat menghalang dari racun menjalar ke bahagian2 lain... Selawat dan bacakan surah Al Fatihah 7 kali dan niatkanlah bahawa DIA lebih mengetahui dan Maha Penyembuh segala penyakit....

Atau

Ambil cacing merah yang lembut serta besar. Bakar cacing sehingga hangus kemudian ditumbuk hancur. Kemudian campurkan dengan segelas air suam dan terus minum. Selawat 3 kali dan bacakan surah Al Fatihah 7 kali. Jika tidak boleh di minum terus masukkan serbuk cacing merah tadi kedalam kapsul kosong dan telan.

Sabda Rasulullah SAW bersabda didalam hadis riwayat Al Hakim Abu Nu'im :
عَلَيْكُمْ بِأَلْبَانِ اْلبَقَرِ فَإِنَّهَا دَوَاءٌ وَأَسْمَانِهَا فَإِنَّهَا شِفَاءٌ وَإِيَّاكُمْ وَلُحُوْمَهَا فَإِنَّ لُحُوْمَهَا دَاءٌ

"Hendaklah kamu meminum susu lembu kerana sesungguhnya ia adalah ubat, hendaklah kamu memakan minyak sapi kerana sesungguhnya ia penyembuh penyakit dan hendaklah kamu jauhi dari memakan daging lembu kerana sesungguhnya ia mendatangkan penyakit" info hadis dari Ustaz Ibrahim

Nota
Jangan pula guna minyak sapi Ghee yang buat nasi baryani tuh plak. Kebanyakkan minyak Ghee yang dijual di pasaran diperbuat dari lemak kelapa sawit. Cuba dapatkan dari seseorang yang menyembelih lembu/kambing. Masaklah terdahulu minyak tersebut dan simpan.


Wrote by on Rabu, 6 Julai 2011



Wrote by on Selasa, 5 Julai 2011
Assalamualaikum guys.... Semalam sedang duduk berborak dengan sahabat baru, dia tercerita tentang travel naik bot atau kapal. Beliau gemar naik speed boat atau kapal laut tapi satu jer masalah beliau, MABUK LAUT. Lagi2 masa naik boat laut dalam keadaan bergelora membuatkan boat bergoyang2 kiri kanan.. Itu yang nak Uweeekkkkkk tuh.. So aku bagi tip kat dia, lain kali kalau nak naik boat atau kapal makan panadol sebelum setengah jam nak berlepas. Tapi itu tip lama yang aku selalu amalkan lagipun aku tak mabuk laut. Huhuhuhu... 

Tapi jangan amalkan makan panadol kerana tidak elok untuk kesihatan. Ini ada petua paling senang dan mudah.
  • Ambil 3 sudu madu lebah asli (atau madu biasa juga boleh) kemudian bubuh sedikit garam. Minum terus macam makan ubat batuk. ATAUPUN
  • Ambil ubi keledek (yang sudah direbus) dan makanlah ketika mula menaiki boat atau kapal atau darat.
Nota
Banyak juga khasiat madu itu bukan. Selain membuat kulit cantik dan merawat penyakit, madu juga bagus diamalkan untuk minuman seharian seperti minum teh O halia dgn madu. Rasa lebih nyaman dan segar. Selamat mencuba... 


Wrote by on Jumaat, 1 Julai 2011
Assalamualaikum guys... Pejam celik pejam celik dah masuk bulan JULAI. Cepat sungguh masa berlari. Kalau suruh berjalan mesti lambat sikitkan masa tuhkan.. Hu3... Ok sambung tentang kelebihan surah ini.

Ada tidak antara kita yang gemar berkelah atau champing atau mengembara? Kebanyakkan manusia didunia ini memang suka mengembara panjant gunung, bukit atau sesuatu yang mencabar. Bekalan makanan dan minuman serta ubat2an haruslah mesti cukup untuk beberapa hari atau berminggu2 atau berbulan2 agar tidak menimbulkan masalah nanti. Walaupun begitu sebagai manusia kita hanya merancang. Yang menentukan semua adalah DIA kerana DIA lebih tahu apa yang berlaku sewaktu dalam pengembaraan korang.

Terkadang bekalan makanan dan minuman tiba2 habis kerana sesuatu perkara tanpa diluar dugaan. Lagi2 bila  mengembara di tempat2 yang jauh dari perkampungan. Kalau sudah sesat di atas pergunungan atau dalam hutan belantara mana mungkin hendak dapatkan makanan atau minuman... InsyaAllah semua itu ada jalan penyelesaiannya dengan izin-Nya

Bacalah surah Al Fatihah sekali di atas tapak tangan kemudian tiupkan ke atasnya lalu sapukan ke muka dan perut. InsyaAllah perut tidak akan terasa lapar dan dahaga pada hari itu...

Nota
Sebelum keluar rumah bacalah doa dan  Al Fatihah 7 kali lalu keluar dengan langkah kanan..


Dikuasakan oleh Blogger.
Nur Misnan