Dinding diri, keluarga dan harta dengan surah Yaasin



Assalamualaikum guys.... Sekarang nih banyak sangat kes2 ecah masuk rumah, keselamatan keluarga tidak selamat dan macam2 hal lagi. Bukan setiap hari kita kena berjaga untuk memastikan keselamatan rumah terjamin selamat dari dicerobohi terutama pada malam hari... InsyaAllah semua perkara itu ada jalan penyelesaiannya... Kita ambil pendinding untuk memagar diri, keluarga dan harta benda rumah dari Dato Harun Din.. Ayat Quran penawar segala masalah...

Cara2nya :
Berdiri di satu penjuru rumah (katakan di hadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu di kiri rumah. Baca surah Al Fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1 ~ 9. Sambil baca, sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu lagi (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula2. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali iaitu bacaan yang kelima, membaca sambil mengisyaratkan mendinding keseluruhan bumbung rumah (gerakkan kepala dan mata ke arah bumbung).. lebih kurang begitulah...

InsyaAllah dengan cara ini dan ayat Surah Yaasin yang telah dibacakan maka terhindarlah kita sekeluarga dari kecurian dan lain2...

Nota
Pernah dengar dari sahabat bercerita semasa membina rumah setiap penjuru harus ditabur atau diletakkan serbuk besi agar masalah kecurian, rompakan dan jin tidak akan berlaku.. Namun itu semua teori mereka sahaja... Lebih baik kita amalkan dengan Ayat Quran yang suci dan lebih selamat...

0 comment... add one now