Kulit kentang kaya dengan vitamin dan serat

Wedges fries atau kentang wedges yang simple tapi sedap 

Assalamualaikum guys... Khasiat kulit kentang. 
Sudah makan lunch? Tengahari nih aku just ambik kentang dengan kulit2nya yang di goreng dengan minyak zaitun + pepper + salt. Memang sedap, berkhasiat dan bagus untuk diet yang seimbang. Namun jika kita memasak sayur kentang jangan sesekali dibuang kulitnya kerana kulit kentang mempunyai serat yang tinggi dan baik sekali untuk diet seimbang, penghadaman, dan mengurangkan risiko masalah jantung dan kencing manis... Hahhhhh.. bestkan kulit kentang.

Kenapa kita harus memasak kentang dengan kulit2nya sekali? Kulit kentang mengandung 13% daripada jumlah harian vitamin C yang harus kita ambil setiap hari. Vitamin dalam kentang yang dimasak tanpa kulit akan hilang begitu saja. Kentang menyediakan 45% daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk vitamin C jika dimasak bersama2 dengan kulitnya.

Selain vitamin C dan serat, kulit kentang juga mempunyai zat kalium, besi dan tembaga. 

Zat Kalium dalam kulit kentang akan membantu mengekalkan zat kalium dalam sayur kentang. Sebiji kentang dengan kulitnya mengandungi 620mg kalium iaitu sebesar jumlah buah pisang, bayam atau brokoli.

Zat Besi pula mengandungi 23% daripada jumlah harian yang syorkan untuk pengambilan setiap hari. Za besi bertindak meyalurkan oksigen ke seluruh badan dan berfungsi dengan baik untuk imunisasi.

Zat tembaga pula mengandungi 24% daripada tembaga pengambilan harian yang disyorkan. Tembaga memainkan peranan yang penting juga untuk pengangkutan oksigen pengeluaran hormon.

Nota: 
Kita dah tahu sendiri bahawa kulit kentang sangat2 penting dan berkhasiat untuk kita. Jadi jangan sekali2 membuang kulit kentang kerana buang kulitnya sama seperti kita membuang vitamin dan zat2 yang ada dalam kulit itu. Basuh dengan bersih dan masak. Simplekan. Tak perlu susah2 nak kopek atau buang kulit yang berkhasiat itu. Selamat memasak... 

Kredit info untuk Livestrong

0 comment... add one now