JAKIM mengesahkan tiada serbuan ke atas Kilang Munchy's


Assalamualaikum guys... Semalam aku ada post tentang memo yang aku dapat dari adk aku melalui sesawang FB menyatakan isu pihak JAKIM menjumpai stor arak di Kilang Munchy's Batu Pahat Johor. Sejak isu ini tersebar ramai umat islam cukup marah dengan apa yang berlaku. 

Namun pihak JAKIM telahpun mengeluarkan statement menyatakan bahawa mereka tidak pernah membuat sebarang serbuan ke atas Kilang Munchy's di Batu Pahat Johor. Dan JAKIM mengesahkan Munchy's mempunyai sijil Halal sehingga 31 Julai 2013..

Jadi penyebaran sms ini sebenarnya tidak soheh. Sebarang kekeliruan boleh korang klik DISINI.

Nota
Bab makanan dan product2 yang mengandungi bahan2 yang haram mestilah umat ISLAM kena hati2 kerana sejak dua menjak nih banyak sangat product yang dah masuk kat Malaysia tiba2 keluar statement HARAM. Ini boleh menjadi kekeliruan kepada para pengguna ISLAM. Jadi jangan pandang remeh walaupun kita mendapat sms seterusnya atau memo dan pihak JAKIM atau pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan segera agar isu tidak berlarutan dan umat ISLAM selamat dari termakan benda yang HARAM... Tidak gitu??

P.S. Adalah lebih baik kalau kita buat biskut sendiri.. 100 persen halal dan lebih sedap.. Ada masa ke nak buat?? Hik5
JAKIM mengesahkan tiada serbuan ke atas Kilang Munchy's

0 comment... add one now