Imbas kembali sejarah Kevin Caster

Assalamualaikum guys... Sejarah Kevin Caster.
Petang tadi lepas balik shopping beli barang2 dapur terus masing2 mengadap komputer. Duk belek2 gambar2 raya baru2 nih untuk di update dan di edit kasi cuci Mr. Hubby tiba2 tercerita tentang lelaki yang bernama Kevin Caster yang penuh dengan ceritanya tersendiri. Beliau seorang photographer terbaik dunia yang telah memenangi beberapa anugerah termasuk menang anugerah "Pulitzer prize" semasa kejadian kebuluran di Sudan, Afrika. Keunikan gambar yang dimenangi Kevin Caster telah menjadi persoalan dan mengejutkan seluruh dunia. 

Di pendekkan cerita pada tahun 1993 Kevin dan Silva telah turun padang untuk mengambil gambar pergerakan pemberontakan di Sudan yang dilanda kebuluran. Sampai saja di Kampung Ayod, Kevin mula menjalankan photographernya dan mengambil gambar mangsa2 kebuluran yang meragut ramai nyawa. Dan disitulah Kevin menjumpai seorang kanak kecil yang sedang mencari makanan dalam keadaan yang sungguh lemah. Seekor burung hering hanya menunggu kanak perempuan ini mati sebelum menyambar dan memakannya. Kevin bangun dan menghalau mengejar burung itu kemudian pergi tanpa membantu kanak itu. Kevin sedih + menangis dan tertekan dengan apa yang berlaku. Seperti ingin memeluk kanak perempuan itu.


Inilah gambar yang telah Kevin Caster menangi "Pulitzer Prize" di Universiti Columbia dan menjadi tanda tanya dan tangisan seluruh dunia. Persoalan mereka "Apa telah terjadi kepada kanak perempuan itu?" Adakah dia selamat dari dimakan oleh burung hering? dan bermacam2 lagi persoalan. Itu membuatkan satu dunia menangis menatap gambar sedih kanak perempuan ini. 


Selepas anugerah yang dimenangi beliau, Kevin Caster sangat2 terganggu dan stress. Selepas 3 bulan penerimaan anugerah "Pulitzer Prize" beliau telah membunuh diri dengan menghidu racun Karbon monoksida dari keretanya. Kejadian berlaku di Jo'berg South Africa. Beliau meninggalkan sekeping nota berbunyi " Saya benar benar, benar maaf, kesakitan hidup mengatasi kegembiraan ke nota bahawa kegembiraan sebenarnya tidak wujud"


Kevin Caster telah menyertai kumpulan Bang Bang Club bersama photographer muda yang lain ; Greg Marinovich (Ryan Philippe), Kecin Caster (Taylor Kitsch), Ken Oosterbroek dan Joan Silva, iaitu photographs captured The Final Bloody Days Of White Rule In South Africa.

Nota
Banyak memori pahit manis seram kejam yang mereka tempuhi. Terkadang mereka hampir2 stress dan gila kerana situasi kejadian pembunuhan, kekejaman, kebuluran dan kematian yang mereka lihat dan alami. Mr. Hubby pun ada juga tercerita semasa beliau tinggal di Afrika. Masa itu tahun 1996. Biskut yang Mr. Hubby makan terjatuh dan dibiarkan kerana sudah kotor. Mr. Hubby meneruskan perjalanan dan terdengar ada orang dibelakangnya lalu menoleh dan  mendapati seorang wanita mengandung sedang mengutip biskut yang terjatuh tadi. Saban hari Mr. Hubby menjumpai mereka yang kebuluran dan menjadikan Mr. Hubby juga stress dengan keadaan itu. Kalau dia stress dengan keadaan itu apatah lagi aku yang tidak boleh melihat penderitaan dan kesengsaraan manusia yang susah di depan mata.. Hanya menangis...

Nota dari Kevin Caster sebelum beliau mati.. "Dear God, I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be I pray that He will protect this little boy, guide and deliver him away from his misery. I pray that we will be more sensitive towards the world around us and not be blinded be our own selfish nature and interests." Korang boleh baca ceritanya lebih lanjut disini. Kredit gambar dan story  untuk MUKTO

P.S. Semasa melihat gambar ini aku jadi termenung sebentar. Teringat semasa tinggal di Tanzania. Melihat mereka yang kesusahan menjual air teh dan makanan di tepi jalan dan bekerja keras dengan hanya bergaji kecil yang tidak setimpal dengan kerja yang mereka lakukan..... May Allah meringankan bebanan mereka dan Moga2 SOMALIA juga dapat diselamatkan dari kebuluran dan kesejukan...

0 comment... add one now