Golden Churn Pure Creamery Butter HALAL di Brunei

Assalamualaikum dan salam ramadan... Sekarang nih masih panas lagi tentang HALAL atau HARAM akan produk yang mempunyai bahan2 campuran DNA babi. Terlalu banyak produk yang masuk ke Malaysia mempunyai tanda halal baik logo HALAL dari luar negara mahupun Malaysia tetapi tiba2 HARAM pula untuk digunakan. Apa dah jadi. Dah penuh perut jadi darah daging umat ISLAM menelan kuih2 yang enak2 diperbuat dari GCPCB nih... Akhirnya ini yang kita temui...


Namun apa pula kes yang berlaku di negara Brunei? Kalau tidak silap ada keratan akhbar Brunei mengumumkan bahawa GCPCB ini HARAM untuk dimakan. Tetapi apa pula yang berlaku di sebuah pasaraya Supa Save? Dah berminggu2 aku masuk nak snap satu dua gambar tentang memo "HALAL GCPCB untuk dimakan" namun kamera dan handphone tidak dibawa. Sekarang berkesempatan untuk berkongsi pada semua. Adakah umat ISLAM di Brunei masih mempercayai GCPCB ini HALAL untuk dimakan? Fikir2kanlah.. Lihat memo ini yang telah ditemui di sebuah pasaraya Supa Save.... Seperti satu salinan dari keratan akhbar...


Seingat aku, pernah terbaca akhbar Brunei membuat liputan tentang isu HARAM GCPCB ini namun masih ada lagi memo HALAL ini ditemui... Sebaiknya jika umat ISLAM negara Brunei mushkil atau sangsi dengan HARAM atau HALAL GCPCB ini, adalah lebih baik diberhentikan dahulu. Serahkan perkara ini kepada pihak Jabatan Agama Brunei untuk pemerikasaan agar umat ISLAM di Brunei tidak termakan bahan2 yang sudah di labelkan HARAM di Malaysia..


Sedikit keliru dengan statement akhbar yang diberikan salinan copy untuk pembeli2 membacanya... Macam mana yer... Sendiri fikirkan


Baik dari dalam tin mahupun bungkusan aluminium produk GCPCB dari Australian yang mempunyai tanda HALAL lagi dari ICCV. Kredit mr. google

Nota
Aku tak pernah pula menggunakan GCBCP ini tetapi mana tahu kuih2 yang kita pernah beli dengan kawan2 atau di kedai2 atau di pasaraya2 terkemuka ada menggunakan GCPCB ini. Mana kita tahukan.. Berhati2 sajalah... 

P.S. Sepatutnya kuih2 yang dijual di pasaraya2 sekarang walaupun buatan tangan dari orang2 melayu kita atau made by home ker harus ada Label HALAL dari JAKIM. Baru kita tak sangsi.. Namun perkara boleh berlaku sebab kita tidak tahu adakah butter yag mereka gunakan itu HALAL atau sudah di HARAMkan... Wallahualam... 

0 comment... add one now