Duit raya


Assalamualaikum dan salam ramadan semua.. Pejam celik bangun sahur petang berbuka dah masuk 25 hari kita berpuasa. Ehhhhh.. kita?? Korang jer ler.. Orang Brunei baru 24 hari berpuasa dan 25 malam ramadan Alhamdulillah.. seronok bersolat terawikh kat Masjid Sultan Al Bolkiah.

Bulan Syawal semakin hampir untuk kita raikan. Kalau malam raya for sure masing2 sibuk menggantung langsir baru, sarung kusyen baru, alas meja baru, mangkuk kuih baru, gosok baju baru. Pendek kata semua ler baru. Setiap rumah pasti terang benderang dengan lampu lap lip + pelita minyak tanah. Hohohoho.. meriahnya malam raya.

Teringat plak masa zaman aku kanak2 lagi, malam raya sibuk main bunga api dengan mercun das. Best giler masa tuh. Memang terasa suasana raya. Abah kalau bab bunga api dengan mercun memang tak kedekut sebab dia selalu dapat FREE.. hahahaha.. Kalau dah free mestilah orang tuh tak kedekut keluar duitkan. Terkono aku..

Raya yang di tunggu2 telah tiba. Masing2 dah bersiap dengan baju baru dan kasut baru + bag baru. Tapi ini bukan kes baju gaun kuning kembang tuh yer.. Hahahaha.. Ini bab raya sebelum kejadian tersalah saiz. 

Kalau dah namanya HARI RAYA for surelah kena ziarah jiran2 dan sedara marakan. Ahhhhhh.. bab ini ler yang ditunggu2 pasal dapat duit raya. Aku kalau beraya rumah orang memang kuih muih yang sesedap manapun dihidangkan memang tak pandang. Lagi2 bila tuan rumah asik hidang air sirappppp jer. Adussss.... tensen ler. (Berlagak betul budak nih..) Hahahaha.. memang pun. 

Tapi bila tuan rumah dah perasan tengok kerenah kitorang dah macam cacing kepanasan, baru ler dia menyelok saku bajunya yang dah melayut tuh. Aku tengok masing2 beratur berbaris dengan muka tersengeh2. Aku dengan baik hati bagi diorang beratur dulu sebab masa tu ler aku akan tahu diorang dapat lebih 50 sen atau kurang. Kalau muka senyum lebar sampai telinga kira besor ler nilainya. Tapi kalau dah macam asham jawa tempe goreng confirm kecik ler tuh. Ok tak tektik aku.. Kilat macam garam bukitkan. huhuhuhu....

Masa zaman aku kalau dapat duit raya 50 sen sudah kira besar sangat nilainya. Malam sebelum tidur aku, along, angah dan adik2 mesti kira duit raya. Along dan angah ada target. Selagi tak capai nombor tuh selagi tu ler diorang beraya. Duit raya kitorang mak abah simpankan dalam bank. Kitorang bagi sendiri tau duit tuh kat kounter kasi dia tengok. Lepas tuh mak bagi buku bank tuh suruh kitorang ingat dalam kepala berapa jumlah yang dah di simpan. Itu yang semangat berkobar2 nak tunggu raya tahun depan plak.

Korang pula macam mana cerita duit raya?? Kongsi2 ler kat sini..

Nota
Mak abah ada ajar kat kitorang. Kalau nak beraya jangan tengok rumah dan duit raya tuh besar ke kecik. Apa yang penting ziarah menziarahi dan bermaafan sesama tuan rumah walaupun kita tak der salah dengan mereka. Kalau didik anak2 dari kecik tentang perkara ini insyaAllah mereka akan ingat dan melatih diri agar menghormati sesama kita.... Betul tak ibu2 bapak2 semua... 

P.S. Di kesempatan ini sekali lagi kongsibersamanora sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF PADA ZAHIR. BATIN ADA KER?? Hikhikhikhik... bergurau lagi kita.. Ok2 serious nih. Jika korang ada terasa hati atau aku terasa hati kita sama2 bermaafan sesama kita.. Semoga selepas semangat beraya nih sama2lah hidupkan kembali berblogger.. Wokehhh.. Kalau makan ketupat rendang tuh ingat2 ler aku yer. Kalau bunyi burrppppp tuh maknanya korang memang ingat aku.. Hahahaha... Ok guys.. Boboi..

0 comment... add one now