Akhirnya SOMALIA mendapat bekalan makanan

Kredit gambar untuk BBC News

Assalamualaikum dan salam ramadhan.... Alhamdulilah3.. Bersyukur kehadrat ILAHI sesungguhnya DIA mendengar doa2 kita semua. Semoga mereka juga akan bergembira dan menikmati juadah makanan yang berkhasiat seperti kita semua...

UTUSAN : MOGADISHU 7 Ogos - Kerajaan Somalia mengalu-alukan kemasukan bekalan makanan oleh agensi badan kemanusiaan ke negara ini yang berdepan krisis kemarau dan kebuluran selepas rangkaian kumpulan al-Qaeda, al-Shabab berundur dari kebanyakan pangkalannya malam tadi.

Kumpulan militan itu yang sebelum ini menghalang usaha pengagihan makanan di Somalia sehingga mengakibatkan 3.2 juta penduduk negara ini berlapar, dipercayai berundur bagi menukar taktik serangan mereka.

Jurucakap al-Shabab, Ali Mohamed Rage berkata kepada radio tempatan bahawa pengunduran mereka hanya bersifat taktikal dan akan melancarkan serangan pada bila-bila masa.

Nota
Shahdu melihat keadaan fizikal mereka. Mental mereka kuat untuk menerima takdir ILAHI. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan penderma2 dan Agensi Badan Kemanusian untuk membawa masuk bekalan makan kepada mereka2 yang memerlukan seperti di GHAZA dan SOMALIA.. AMIN... InsyaAllah...

0 comment... add one now