Khasiat Kayu Manis dan madu


Assalamualaikum guys... 
Aku rasa ramai antara kita sudah mengetahui kebaikan khasiat madu dan kayu manis. Tidak kira dari segi masakan atau minuman pasti akan ada rempah2 yang di masukkan untuk rasa yang lebih lazat. Kita di Malaysia juga tidak akan terlepas dari rempah2 ini termasuklah kayu manis. Setiap rempah ratus yang diciptakan oleh-Nya ada khasiat tersendiri dan rasa kelazatannya. Begitu juga dengan Madu. Sudah terbukti di dalam kitab Quran Surah An-Nahl Ayat '69' bermaksud :

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir"

Kayu manis dan madu jika kita satukan boleh mengubati pelbagai penyakit seperti merawat sakit perut, selesama, sakit jantung, keguguran rambut, sakit gigi, penghadaman, menghilangkan kolestrol dalam darah, penyakit Artristis (radang sendi yang boleh mempengaruhi pergelangan tangan, lutut dan tulang belakang), penyakit kesuburan, bau nafas dan sebagainya. Mr. hubby juga mengamalkan makan madu dengan serbuk kayu manis untuk mengubati penyakitnya walaupun tidak serious. Sekarang beliau masih lagi mengamalkan daun belalai gajah, diet, sayur2 hijau, buah2, senaman dan madu untuk menggantikan gula dalam minuman dan makanan. Alhamdulillah nampak banyak perubahan. Baca penyakit APAITUARTHRISTIS selanjutnya...

Cara2 bagaimana mahu menyimpan serbuk kayu manis untuk tahan lebih lama. Pastikan kayu manis yang dibeli perlu dicuci dahulu untuk membuang kekotoran. Tidak perlu cuci lama. Keringkan beberapa jam dan pastikan kayu manis sudah betul2 kering2. Blend atau kisar halus dan simpan dalam bekas kedap udara. Bila2 pun boleh makan dengan roti atau minuman.


Cara2 mengamalkan madu dengan kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 sudu kecil madu
  • 1 cawan air suam atau air teh - campur kesemuanya
  • Selawat 3 kali dan surah Al Fatihah sekali dan amalkan minum setiap pagi...

ataupun
  • makan terus 2 sudu teh madu dengan 1 sudu teh serbuk kayu tanpa air
  • Amalkan dengan perlahan2. Jika sudah biasa boleh tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis untuk keputusan yang lebih cepat. 
  • Sertakan dengan yakin bahawa Allah SWT itu Maha Penyayang dan Penyembuh segala penyakit.Nota

Nota
Di India mereka memanggil teh susu dengan nama CHAI. Susu segar dari lembu + serbuk teh dan dimasak diatas dapur sehingga mendidih. Kemudian dihidangkan bersama2 dengan gula dan serbuk kayu manis ditabur diatasnya. Memang sedap dan rasanya lebih segar. Sahabat aku yang ajar cara membuat teh herba nih. Tengo dia pun segar bugar orangnya. Jika mereka sakit seperti demam atau selsema mereka tidak pernah memakan ubat dari hospital atau pharmacy. Sebaliknya mereka amalkan cara2 tradisional seperti herba2 daun dan rempah2 untuk meredakan penyakit. Memang sangat mujarab. Ada beberapa petua dari INDIA yang ingin aku kongsikan nanti. InsyaAllah masih dalam simpanan dan akan di update soon... Selamat mencuba dan YAKIN serta USAHA itu satu sikap yang baik dari terus menyerah kalah....

P.S. INGAT!! Pesakit kanser dilarang sama sekali memakan planta atau butter. Elakkan diri dari bahan ini untuk melihat keputusan yang lebih baik sewaktu memakan daun belalai gajah @ SGG.. Makan buah durian belanda, nenas, betik atau apa saja jenis buah yang kaya dengan vitamin C..

0 comment... add one now