Kebaikan dan keburukan gel sanitizer tangan

Gambar kredit mr. google

Assalamualaikum guys... Semalam korang mesti tengok bola Malaysia kalah 2 gol jer lagi. Takpelah.. yang penting Harimau Malaya kita dah buat yang terbaik walaupun ada banyak kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan. Takper2.. balas dendam balik masa lawan di Stadium Bukit Jalil 28 Julai nanti ok.. Gd luck 

Berbalik pada tajuk utama kita "Gel tangan atau sanitizer tangan sangat berisiko tinggi sebenarnya terutama kepada kanak2. Ramai rakyat Malaysia mahupun seluruh dunia akan membawa sebotol kecil sanitizer tangan ke dalam beg untuk perlindungan diri dari wabak kuman terutamanya semasa kes penyakit H1N1 berlaku. Namun bagi aku adalah lebih baik jika kita amalkan membasuh tangan dengan air dan sabun dengan betul kerana kotoran atau kuman yang berada dicelah2 kuku tangan kita tidak akan mati dengan hanya menggunakan gel sanitizer tangan.

Jika kita lihat bahan2 yang terdapat dalam gel sanitizer tangan berasaskan air mempunya kandungan alkohol pelbagai jenis seperti Isopropyl Myristate, Propylene Glikol, Acetate Tocopheryl, Aminomethyl Propanol dan Acetate Tocopheryl. Namun kebanyakkan sanitizer tangan pelbagai jenama menggunakan 60% atau lebih bahan alkohol yang tinggi untuk menyingkirkan kuman pada tangan. Jika terdapat sanitizer tangan yang kurang dari 60% kandungan alkohol maka sanitizer tersebut tidak boleh menghapuskan kuman tetapi kandungan bahan ETHYL alcohol lebih mudah terbakar berbanding GLISERIN atau GLISEROL. Jadi pastikan gel sanitizer ini tidak di simpan di dalam kereta, tempat2 yang panas atau berdekatan dengan bahan eletrik yang panas.

Pantau/awasi anak2 semasa penggunaan sanitizer
  • Sanitizer tangan berunsurkan gel air. Jika tangan kita kotor semestinya akan menyapu sanitizer tangan untuk menghilangkan kuman sebelum memegang makanan atau sebagainya. Pastikan tangan korang tidak sekotor seperti biasa. Jika terdapat kekotoran hitam pada celahan kuku atau terlalu kotor, sebaiknya basuh tangan dengan air dan sabun sehingga bersih. Penggunaan sanitizer tidak dapat membantu menghapuskan kuman. 
  • Pastikan semasa anak2 menggunakan sanitizer tangan dengan cara penyapuan yang betul sehingga kering atau gosok tangan selama 30 saat atau lebih, barulah selamat untuk memegang makanan. 
  • Sebaiknya kurangkan penggunaan gel sanitizer tangan kerana boleh membawa keracunan jika anak2 atau kita menjilat2 jari kerana kesedapan makanan semasa membersihkan jari. Bahan alkohol yang terdapat pada jari kita akan terus masuk ke perut dan boleh menyebabkan sakit kepala, muntah2 dan sebagainya. Sebab itu sebaiknya basuh tangan dengan air dan sabun adalah lebih selamat.
Pentingnya membasuh tangan atau menggunakan gel sanitizer tangan :
  • Sebelum atau semasa atau selepas menyediakan makanan
  • Sebelum makan
  • Sebelum dan selepas membawa orang yang sakit
  • Selepas menggunakan bilik air
  • Selepas menyalin diapers atau membersihkan anak di dalam bilik air
  • Bersin atau batuk atau selesema
  • Selepas memegang binatang
  • Selepas membuang sampah
  • Dan sebagainya berkaitan dengan kekotoran tangan
Pastikan jika membeli gel sanitizer tangan lihat kandungan dibelakang botol terdahulu. Jika kandungan gel mempunyai ETHIL Alcohol melebihi 60% - 95% maka elakkan dari disimpan di tempat yang panas atau dalam kereta kerana ianya memamg mudah terbakar dan pastikan penggunaan untuk anak2 hanyalah setitik sahaja. Sebaiknya bersihkan tangan anak2 dengan menggunakan tisu bayi untuk keselamatan. 

Nota 
Sebenarnya banyak lagi yang hendak dikongsikan tentang kebaikan sentiasa membasuh tangan dan penggunaan gel sanitizer tangan dengan betul tetapi cukuplah sekadar asas yang penting untuk peringatan dan keselamatan kita seharian terutama anak2. Ingat! Amalan membasuh tangan selalu adalah sangat baik dengan cara yang betul. Pastikan penggunaan GEL SANITIZER TANGAN dengan kandungan yang sikit dan kering agar tidak terkena keracunan dari bahan kimia tersebut. 

P.S. Penting untuk mengajar anak2 kita bagaimana cara penggunaan GEL sanitizer tangan dengan betul. Yang penting ajar mereka membasuh tangan setiap kali mereka keluar dari bilik air atau apa saja aktiviti lasak mereka. Harap sedikit info ini sangat berguna untuk kita semua.

0 comment... add one now