Siti Syarah.....

Assalamualaikum guys... Semalam adalah hari bapa sedunia. Tetapi di Brunei mereka tidak menyambut hari bapa. Jadinya aku menyambut hari bapa untuk mr. hubby dengan memasak makanan yang palin simple untuknya iaitu ikan goreng salut tepung ubi dengan nasi goreng kerabu kegemarannya. Walaupun memang terlebih simple macam masakan bujang namun itu ler yang dia paling suka. 

Ok sebenarnya ini bukan nak bercerita pasal makanan kegemaran mr. hubby tetapi cerita tentang disebalik kesedihan seorang lelaki yang bergelar ABAH kepada anak perempuan yang dicintai dan dikasihinya bernama Siti Syarah. Kasih abah kepada anaknya tidak ternilai harganya jika hendak dibandingkan dengan harga setinggi bangunan pencakar langit KLCC. Jauh disudut hati kerinduannya semakin menjadi2. Tidakkah Siti Syarah rindu dan kasih kepada abah disini?? 

Siti Syarah... sejak kecil lagi Siti Syarah dijaga baik dan beri kasih sayang sejati oleh abah. Menyalinkan pampers, masakan makanan kegemaran, bermain bersama sehingga terkadang Siti Syarah tertidur dalam dakapan abah. Dimana jua berada abah selalu menemankan Siti Syarah. Sampaikan hendak mandi dan poo poo pun Siti Syarah mahu abah temankan dan bersihkan. Paling indah sekali semasa Siti Syarah masih bayi lagi abah sekali sekala membawa Siti Syarah ke pejabat. Betapa besarnya kasih sayang abah kepada anaknya dan betapa besarnya sayang Siti Syarah kepada abah. Ummi tahu itu

Siti Syarah... Kasih sayang itu tidak harus diucapkan setiap hari. Kepercayaan, keikhlasan, kejujuran dan ketaatan anak untuk abah sudah cukup buatnya. Sekarang Siti Syarah sudah membesar dan lebih memahami kehidupan sebenar. Abah sentiasa doakan agar Siti Syarah mencapai kejayaan yang sebenarnya dan taat kepada suruhan Allah SWT agar hidup kita tidak terpesong dari ajaran ISLAM. Ingatlah selalu kepada-Nya jika ditimpa kesusahan. InsyaAllah semuanya akan baik.

Siti Syarah... Satu ayat yang harus Siti Syarah tahu "ABAH LOVE U SO MUCH"... Kita akan bersama semula dengan izin-Nya. InsyaAllah.. Semoga Allah SWT dapat menemukan Siti Syarah kembali kepada abah. Itu DOA ummi setiap hari....


Siti Syarah.....

0 comment... add one now