Light Graffiti dari EOS

Assalamualaikum guys... Hari i kecoh pasal topik web Malaysia kena HACK dengan si anony atau orang gelarkan si lanun tuh apa namanya ekkk hmmmmmm.. ahhh Adam Oscar Dimarco.. Haishhhh!!!! nama baik2 guna nama terpilih NABI ADAM tapi sikap + perangai menyusahkan semua orang. Aku dah tak boleh nak layan pasal kes HACK nih.. Aku serahkan pada pakar + bodyguard aku Mr. Hubby yang terlebih pakar pasal IT. Arigato gozaimas telur asinnn my darling. Tapi apa2 pun kena jaga2 jugak pasal hari tuh aku kena virus pengkhinat MALWARE pun aku settle sendiri.. Hmmmmm.... Oklah.. tak mahu pk sangat nanti lagi sakit hati + kepala + dalam. Jom kita layan kejap kasi relax2 tengok hasil keja yang dah memang tak ada keja masa nih. Ini semua hasil kerja rumah adik aku pipit, angah latah, abang chik (anak sedara aku) dan paling last aku ler interframe. Adik aku pipit memang pakar dalam photo shoot nih. So kasi ler kamera jenis apa.. Memang dia godeh habis kasi shoot itu barang.. Layannnnnn!!!!!

Pengetahuan semua
kejadian ini semua berlaku di dapur yang tengah kegelapan. Segala barang2 yang digunakan adalah hak orang dapur itu sendiri termasuklah tudung saji untuk dibuat tayar basikal. Hahahahaha.... memang brilliant angah latah.. Cayooooo.... 


Ini hasil lukisan dari seorang pakar yang tak berapa pakar tapi seorang Graphic Design dari sebuah syarikat yang terpopular di KL.. Mr. Sany.. Amacam.. cantik bukan WAU bulan dia.. Macam zzzzzzzzzzzz....


Yang ini hasil lukisan abang chik. Cantik tapi blur.. Apa yang kau lukis tuh hahhh... Yang aku paham cuma huruf M... 


Ini pula lulisan graffiti berbentuk layang2.. Hasil lukisan dari seorang yang pakar bawak keta laju2. Angah latah. ekor layang2 tuh besor bebenor...


Ini ler orangnya Cik Sany tuh... Tulis nama sendiri.. Hampeh....


Yang ini wajah abang chik. Masa nih dah kuyu mata dia tapi still layan lagi dengan kitorang. Kecok bendul... hu3


Hasil lukisan Graffiti dari 2 orang pelukis yang tak famous pun. Angah latah guna touch light dan pipit guna light pen (betul ker aku sebut)


Yang ini aku tak tahu apa ker benda diorang lukis. Nampak macam meja tapi macam piano. Rangka keta kot..




Dan yang ini lukisan graffiti berbentuk basikal racing atau basikal tua yang orag zaman dulu guna. Aku suka der kayuh basikal hitam tuh. Laju giler.. Kalau balik kampung confirm basikal nih aku cari. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan... Basikal itu sudahpun di beli orang... Itu yang aku marah. Sepatutnya basikal itu disimpan tapi.... panjang ceritanya... (ngeluh)

Ok guys... itu jer cerita untuk pagi khamis ini. Tapi hati tak dapat membendung kesedihan kerana tidak dapat melihat bulan gerhana malam tadi. Puas menunggu di perantauan orang namun tidak juga muncul. Jika di Malaysia kemungkinan dapat juga snap beberapa gambar bulan untuk tatapan semua.... (sedih lagi).. Takpelah... as long kita lakukan apa yang sepatutnya kita harus buat.. Perbanyakkan bertasbih... Salam

0 comment... add one now