Pelik tapi benar

Assalamualaikum guys.. Dari dulu hingga sekarang macam2 kita dengar dan nampak benda pelik2 atau amalan yang pelik dari keturunan mereka. Cerita dan gambar2 ini aku petik dan ambil dari majalan SELEKSI

Gambar unik no. 1. Rebus telur dengan air kencing
Contohnya amalan dari masyarakat Dongyang China. Setiap musim menuai mereka akan mengadakan masakan merebus telur dengan air kencing kanak2 lelaki. Masyarakat mereka menggelarkan telur ini sebagai amalan traditional mereka yang dinamakan TONG ZI atau EGG BOY. 


Tong Zi atau Engg boy yang menjadi santapan istimewa lazat dan berkhasiat. Pakar kesihatan traditional China berkata kandungan air kencing akan meningkatkan nilai gizi telur... (korang jangan cuba2 pula yer kerana air kencing adalah najis dan kotor) 


Telur tong zi atau egg boy yang telah di kupas... (erkkkk... berfikir 100 kali kalau nak makan.. choiiiiii!!!! never say never)

Gambar unik no. 2. Makan surat khabar


Yang ini pula dari metro.co.uk mengenai surat khabar atau paper yang sudah di baca dan boleh dimakan. Wowww... pelik bukan tapi itulah kenyataan. Rupa2nya akhbar ini diperbuat dari tepung maizana (tepung jagung) minyak sayur, gula arab, air dan asid sitrik yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi helaian kertas besar kemudian diberi aroma vanilla yang lembut.. Hmmmm... kalau kat Msia ada buat paper seperti ini confirm semua kekenyangan tak makan nasi. hu3... Dan kalau tak larat nak makan mesti jual kat apek surat khabar lama dan harganya pun ada up sikit mahal. Betulkan apek??? 'APEK berdialog' wahhhhh manyak mutut woooo.... wa kaya wa kaya.. hahahaha


Macam nampak berselera jer diorang kunyah paper nikan. Agak2nya ada rasa kulit popia kot.. hu3

Gambar unik no. 3. Kuda terkecil sebesar kucing


Di Amerika Syarikat : Seekor kuda terkecil bernama Einstein dengan ketinggian yang hanya 35.5cm seberatt 2.5kg adalah kuda paling terkecil didunia. Besarnya berbeza daripada kuda2 lain. Einstein dijaga oleh penternak Judy Smith dai Tiz A Miniatur Horse Farm Barnstead New Hampshire. 


Perbezaan yang sangat ketara. Terlalu kecil dan cute Einstein. Wish dapat bela dia. He so cute n cuittt.. hu3

Gambar unik no. 4. Minyak pengasih atau senyonyong

Gambar sekadar hiasan....

Ohhh no... Masih adakah lagi manusia2 diluar sana yang mengamalkan minyak senyonyong atau minyak buluh perindu ini. Minyak ini sangat popular di batu cave dan kata pawang tersebut minyak ini sangat terbukti kehebatannya dan banyak khasiatnya... Haimeeeee??? 

Nota: 
Guys...  jika kita ingin seseorang cinta dan sayang pada kita buarlah dengan hati yg tulus dan kasih yang seikhlas2nya. Bukan dengan minyak seperti ini. Perbanyakkan berdoa dan amalkan bacaan Quran adalah penawar segala masalah.... Ingat pada-Nya dan mintalah pada-Nya agar segala doa kita di tunaikan.. Amin

P.S. Selalunya minyak seperti ini tidak kekal lama. Manusia yang kena calit minyak ini atau terkena minyak ini akan sedar akhirnya... Takut woooo..

0 comment... add one now