Buah manjakani penawar luka luar dan dalam

Buah manjakani yang rasanya memang sangat pahit tetapi besar khasiatnya. Kredit gambar untuk mr. google

Assalamualaikum guys.. Korang mesti tahu apa itu buah manjakani bukan. Kalau bagi cik perempuan2 semestinya mereka kenal dan tahu khasiat buah manjakani ini. Memang banyak sangat kelebihannya terutama untuk mengecutkan peranakan wanita yang baru lepas bersalin, untuk penjagaan hak perempuan dan banyak lagi. 

Tetapi tahu tidak sebenarnya buah manjakani juga boleh merawat luka luaran seperti terkena pisau, luka2 biasa yang terkoyak dan berdarah atau luka2 kecil. Caranya mudah saja. 

Ambil sebiji buah manjakani yang telah dibasahkan dan asah dengan batu tumbuk lesung. Asah sampai kelihatan seperti bedak sejuk. Ambil cairan itu dan sapukan di tempat luka. Biarkan kering dan ulangi sapuan ini hingga luka kelihatan kering dan licin. InsyaAllah akan pulih dalam masa yang singkatdan kulit menjadi licin dan cantik.

P.S. Buah mankani sangat bagus direbus dan diminum setiap pagi sebelum makan. Ianya dapat menguatkan rahim dan memberi kekuatan kepada hak2 asasi perempuan2.. Faham2 sajalah.. heeeeeee...

4 comments.. read them below or add one

puanbee puanbee Isnin, Jun 06, 2011
betul , tapi susah pulak nk dapat stok ni
nurmisnan nurmisnan Isnin, Julai 25, 2011
susah ke sis... ada kat kedai2 runcit
cari di kedai cina pun ada
NanaNana Selasa, Oktober 18, 2011
Susahla nk cari buah ni.. Ada tak mane2 tempat yg boleh order buah ni?
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 25, 2011
Nana.. cari di kedai2 india atau runcit ada..