Isteri curang dalam BERKALONG NODA

"Siapa cakap kami bersekedudukan? Kami adalah suami isteri yang sah!" Itulah antara dialog menarik Karina dalam telefilem BERKALONG NODA. Namun, kemunculan Azrai yang menjadi saksi perbuatan sumbangnya itu berjaya membuktikan segalanya.

Masa bab ni ler aku paling suspen sekali kerana si suami dengan sabar dan bijak berjaya menangkap si isteri yang curang di hadapan matanya sendiri dan terus melafazkan cerai talak 3 dan selepas insiden itu Karina terus menjadi tidak siuman. Suspen bukan. Hmmm.. mesti korang dah tengok ceta cerekarama tadi bukan? Cerita Berkalong Noda ini memang banyak memberi pengajaran dan mesej yang tajam untuk semua manusia yang bergelar suami isteri. Sekarang banyak kes seperti ini berlaku.  

Cerita Berkalong Noda ini  mengisahkan Karina (lakonan Fasha Sandha) mempunyai 2 orang anak yang sering ditinggalkan suami Azrai (lakonan Roy Azman) yang sentiasa sibuk menguruskan bisnes diluar negera. Kerana itu hidup Karina kosong hinggalah muncul lelaki yang bernama Jay (lakonan Riz Ainudin) seorang kaki perempuan yang mempunyai isteri (lakonan Elyana) telah mengisi hidupnya. Sepanjang ketiadaan Azrai, Karina dan Jay menjadikan rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang tempat bersekedudukan dan melepaskan nafsu buas mereka. 

Bagi mengaburi mata orang ramai, hiasan dinding rumah itu dihiasi beberapa bingkai gambar romantik, Jay dan Karina, seolah-olah mereka seperti sepasang suami isteri lain yang tinggal di kawasan perumahan itu.


P.S. Dalam kes ini kita tidak boleh menyalahkan 100% kesilapan Karina. Berkemungkinan dia berkelakuan begitu kerana hauskan kasih sayang seorang suami yang sentiasa sibuk bekerja dan berurusan di luar negara. Namun dalam islam apa yang Karina lakukan terhadap suaminya itu memang sangat memalukan dan menjatuhkan maruah suaminya. Hidup manusia tidak selalunya sempurna. Hanya keimanan yang kuat dan setia kepada suami adalah hadiah yang sangat2 tinggi nilainya di mata masyarakat dan disisi ALLAH SWT...
Isteri curang dalam BERKALONG NODA

6 comments.. read them below or add one

white rose white rose Ahad, Mac 13, 2011
ASSALAMUALAIKUM kaknora...

sy smpt tgk iklan,
dorang tgk cite lain...

tak dapat tgk...
pulangkani pulangkani Ahad, Mac 13, 2011
saya tgk semalam... satu pengajaran... realiti kehidupan kita masa kini... http://pulangkani.blogspot.com
papabear papabear Ahad, Mac 13, 2011
apakah ada yg mahu ambil tauladan dari cerita2 seperti ini atau ramai yg masih buat tak kisah?
Nur Misnan Nur Misnan Isnin, Mac 14, 2011
Waalaikumsalam cik putih..
esok dapat gaji beli tv lagi satu
letak dapur atau bilik tdo
tak der yg mengacau nanti...
Nur Misnan Nur Misnan Isnin, Mac 14, 2011
cik pulangkani.. cantik nama
jalan ceta oklah not bad
cuma msg ceta nih bagus utk
diteladani dan ingat pada diri sendiri
agar menjaga maruah diri dan maruah
keluarga...
Nur Misnan Nur Misnan Isnin, Mac 14, 2011
papabear.. terkadang manusia mudah
lupa dan mengikut hawa nafsu
hingga lupa sape diri mereka
pada mata masyarakat dan pada-Nya

insyaAllah.. jika msg cerita ini
boleh membentuk dan menyedarkan
manusia2 seperti dalam cerita ini
itu sudah baik..