Hina ker jadi anak felda

Assalamualaikum guys...
Dalam zaman sekarang nih masih ada lagi mentality manusia yang terlalu negatif terhadap orang lain yer. Adakah kerana sikap cemburu tidak boleh melihat kegembiraan atau kesenangan orang lain maka mereka atau dia sanggup menabur fitnah dan memandang rendah sesama manusia.. Kenapa harus begitu?? Haruskah memandang rendah pada mereka yang berasal dari KAMPUNG atau FELDA atau ditempat yang jauh dari bandar? Contoh seperti anak FELDA, ramai yang telah berjaya dan mempunyai cita2 yang tinggi hingga mereka mendapat kerjaya yang amat membanggakan. Tetapi kenapa aku masih dengar lagi cerita2 bodoh manusia2 di luar sana yang masih berfikiran kolot memandang rendah pada orang yang asal dari KAMPUNG. 

Honestly aku juga orang FELDA. Abah aku beli tanah lepas pencen askar dan duduk FELDA jaga kelapa sawit. Sekurang2nya mereka ada juga harta sendiri dan tidak merempat dan berteduh di tempat orang. Mereka ada income sendiri hasil dari jualan kelapa sawit atau getah.  Mereka juga ada duit pencen hasil dari titik peluh dari keberanian mereka berjuang untuk negara. Apa yang membuat aku bangga kerana mereka berusaha dan memiliki tanah kelapa sawit seluas 10 ekar. Aku bangga dengan usaha abah aku dan usaha mak aku membesarkan anak2nya walaupun merantau seluruh negara.. Itu sebab aku dilahirkan jauh dari semenanjung.. Kau manusia yang mengutuk ADA?? 

Nota:
Sedarlah diri ASAL dari mana?? Kita semua sama jer. Allah ciptakan kita semua dari tanah. Mati pun balik ke tanah. Tak perlu nak hina dan pandang rendah pada orag sedangkan diri sendiri pun tidak sehebat mana. Ingat!! kita hidup didunia nih hanya pinjaman semata2. Yang berkekalan hanya DIA yang SATU.

P.S. Aku menaip n3 baru nih dengan keadaan yang tidak marah tetapi sedikit emo kerana aku adalah manusia yang paling tidak suka pada manusia perasan bagus atau suka look down people.. Pleaselah.. kita ni manusia dan terlalu kerdil di mata DIA. Soalan aku pada korang "Hina ker jadi anak FELDA?"
Hina ker jadi anak felda

0 comment... add one now