Supermoon 19 Mac 2011

Assalamualaikum guys.. Malam tadi tunggu punya tunggu punya tunggu bulan tak timbul2. Sliding door bilik aku tuh dah macam nak tercabut ada ler. Harharharh... mana tidaknya asik keluar masuk keluar masuk nak tunggu itu supermoon muncul. Finally aku punya hati sungguh gumbira kerana itu bulan sudah muncul dan sangat terang. Cantik der.. Apa lagi Canon Kiss aku pun kiss ler si bulan terang tuh.. Jom kita tengok kejadian Alam yang cantik ciptaan Allah SWT ini.. Oppss... klik disini jika mahu mendengar pandangan orang luar tentang fenomena supermoon malam tadi.



Cantikkkkk.. Oppppsyy.. gurau. ini gambar dari NASA Astronomy Picture of the Day : 20, Mar 2011. Jangan mara aaaah..


Ini gambar sebenar aku snap. Dah paling dekat aku zoom guna Canon Kiss x 4.. Cantik bukan ciptaan Ilahi...


Ini gambar yang sama cuma aku edit size guna picasa. Jadi boleh nampak lebih jelas peta2 kat bulan tuh tanpa ada kekacauan awan2 yang jeles...



Dan yang ini aku edit size lagi guna picasa. Nampak lagi dekat dan lebih jelas walaupun tidak ler sejelas macam teropong ajaib tuh hu3...


Dan yang ini aku edit size gambar lagi satu.. Masa nih awan2 sedang menutupi supermoon tersebut.. Tak berapa clear tapi kira boleh ler nak tengok.. Layannn!!!

P.S.  Masa gembira kita gembira, masa berduka kita berduka tetapi bila kita terlebih gembira dan leka hingga lalai kepada-Nya, kita akan tersesat lagi dan tercari2 siapakah diri kita sebenar di mata Allah SWT.. 

{ 14 comments.. read them below or add one }

white rose white rose Ahad, Mac 20, 2011
subhanallah...cantiknye...
sy tak sempat nak tengok la kak...

tak sedar masa berlalu...

rugi betul...
transformed housewife transformed housewife Ahad, Mac 20, 2011
ada juga tengok kejap mlm tadi. cuma tak ambil gambar.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o b.r.u.t.a.l.s.o.l.o Ahad, Mac 20, 2011
salam kak
nice pic... keindahan cipataan tuhan sama sama kita nikmatinya
Solihin Zubir Solihin Zubir Ahad, Mac 20, 2011
subhanallah.... cantik kan... kagum dgn kebesaran Allah..
Mohamadazhan.com Mohamadazhan.com Ahad, Mac 20, 2011
subhanallah

cantik sungguh....nice entri!

kisah bulan:-
nabi pernah belah bulan menjadi dua, tetapi orang yang tidak menerima hidayah tetap menafikan mukjizat baginda ('',)
kulanz kulanz Ahad, Mac 20, 2011
Alhamdulillah, dapat juga tengok..
tempat kami susah nak tengok bulan.. cuaca hujan.. tapi cahaya dia memang lebih terang daripada biasa..
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mac 20, 2011
hai cik putih...
alhamdulillah... memang cantik dan indah
ciptaan-Nya.. MasyaAllah

takpe.. malam ni ada lagi supermoon
sempat pegi keluar rumah snap...
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mac 20, 2011
mam Transform.. naper tak snap
boleh simpan buat koleksi sendiri
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mac 20, 2011
hai brutal.. keindahan ciptaan-Nya
memang tiada tandingan...

semoga kita sebagai manusia dan
hamba yang hina lagi kerdil
disisi Allah ini sentiasa beringat
dan dekatkan diri pada-Nya selagi
nyawa masih ada....
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mac 20, 2011
hai solihin... memang cantik dan
indah bukan.. Tiada tandinganya.

Bersyukur kita dilahirkan dengan
ajaran islam dan sunnah Rasulullah SAW.. alhamdulillah
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mac 20, 2011
hai azhan... thanks brother
Keindahan ciptaan Allah SWT
memang paling terkagum sekali
itu belum lagi kita dapat melihat ciptaan Allah
iaitu SYURGA.. sememangnya impian
dan permintaan hamba2nya yg layak
untuk masuk ke sana...

semoga kita semua tergolong
dalam org2 yang beruntung dan soleh/ha
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mac 20, 2011
hai kulanz.. Alhamdulillah2
berkat kesabaran dapat juga snap
walaupun asik keluar masuk banyak kali
menunggu kedatangan supermoon...

InsyaAllah nanti adalah tuh
kemunculan bulan di tempat kamu.. Amin
darkbatman darkbatman Isnin, Mac 21, 2011
cantik gile.. insaf ngn kejadianNya..
nurmisnan nurmisnan Isnin, Mac 21, 2011
hai bro batman.. lama tak nampak..

Tiaa yg lebih indah melainkan
datangnya dari Allah SWT