Gaddafi mula mengebom dengan pesawat gempur

Assalamualaikum sahabat semua dan selamat hari khamis.. Alhamdulillah bersyukur pada-Nya kita semua hidup dalam keadaan aman damai di Malaysia jika dibandingkan dari negara2 luar seperti Oman, Liyba dan terbaru pula dengarnya dah nak merebak ke negara Arab Saudi.. MasyaAllah.. Apa nak jadi dengan nasib mereka. Hidup dalam keadaan kekacauan kerana ingin menjatuhkan si Kepala Naga Gaddafi. Sampai begitu sekali..

Dari sumber satUmat mengatakan ada saksi mata memberitahu sebuah kota di wilayah timur Libya yang dikuasai pemberontak menerima serangan udara dari pasukan yang setia kepada pemimpin Muammar Gaddafi dan berhasil merampas kembali fasiliti minyak berhampiran.

Para saksi mata mengatakan kepada Associated Press mereka melihat dua pesawat tempur mengebom bahagian timur kota Ajdabiya pukul 10 pagi waktu setempat Rabu ini (2/3). Mereka juga mengatakan bahawa pasukan pro-Gaddafi bergerak maju ke kota, sekitar 470 mil (750 kilometer) sebelah timur ibukota Tripoli.

Ahmad Jarksi, pengurus perusahaan minyak Sirte yang menjalankan fasiliti di kota timur Brega, mengatakan pasukan pro-Gaddafi merebut kembali kontrol fasiliti minyak di wilayah itu, di sebelah barat daya Ajdabiya.

Nota : Pengecut Gaddafi hanya berani menyerang pemberontak dengan menggunakan senjata sahaja bukan dengan akal yang bijak. Tetapi kerana si pengecut ini juga pemberontak2 sudah nak merebak ke negara Arab Saudi pula. Bagaimanakah nasib rakyat Arab Saudi pula selepas ini setelah apa yang berlaku di Libya baru2 ini. Bagaimana pula nasib kaum2 wanita dan anak2 mereka selepas ini? Harapnya semua ini berlaku tidaklah berpanjangan hingga boleh membawa kepada kesengsaraan kepada rakyat jelatan.. Semoga Allah SWT melindungi mereka dan memberi hidayah agar mereka tidak bertindak lebih jauh lagi. Amin
Gaddafi mula mengebom dengan pesawat gempur

{ 9 comments.. read them below or add one }

papabear papabear Khamis, Mac 03, 2011
jangan la sampai jadi kat Malaysia... la ni pun ramai yg tak bersyukur... ada je tak puas hati... rasa elok hantar orang2 yg tak puas hati gi Libya je la.. hehe..
white rose white rose Jumaat, Mac 04, 2011
salam kak...

aduhai, ape nak jdi ni...
semakin merebak penyakit nih...
akubiomed akubiomed Jumaat, Mac 04, 2011
Gaddafi tidak perlu ambil tindakan terburu-buru kerana 40 tahun memeritah adalah lama sepatutnya sudah lama melepaskan tampuk kepimpinan
Tuk Kiyai Tuk Kiyai Jumaat, Mac 04, 2011
Askm nur...
Masak apa mlm ni?

Itulah jadinya jika pemimpin tidak berlaku adil terhadap rakyat...kekayaan hanya berlegar dlm kelompok tertentu shj...Yg berkuasa semakin kaya, rakyat bawahan pula masih terhimpit dengan kesusahan hidup. Sekarang ini ramai manusia yang menjadi pemimpin untuk mengumpul kekayaan peribadi bukan utk melaksanakan amanah...
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mac 06, 2011
salam papa..
itulah.. kita nih kira dah bersyukur sgt
jadi rakyat Malaysia
walaupun ada sesetengah manusia
dalam Malaysia buat huru hara
dan gila kuasa dan duit
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mac 06, 2011
salam cik putih...
namapun manusia
masing2 inginkan keadilan
untuk rakyat.. tetapi
yang dah bertahun2 berkuasa
masih lagi di takuk lama..
tiada perubahan...
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mac 06, 2011
salam brother biomed..
memang betul.. lepaskan saja
kepimpinan dia. Tiada apa
pun perubahan ketara jika
dia masih lagi menjadi pemimpin..

berilah peluang kepada orang lain
nurmisnan nurmisnan Ahad, Mac 06, 2011
salam tok..
semalam masak tempoyak
hari nih buat ayam percik jer..

gaddafi ada kata
dia tak ada harta dan duit yang banyak
pun, jadi buat apa nak bekukan
hartanya yang tak seberapa..
well... we don't knw lah..
 Lee Lee Ahad, Mac 06, 2011
Hi Nur, I don't read the papers anymore, but seen on TV whats going on there.
That fellow Gaddafi sure have unhappy people in his country.
Hope everything turns out okay for the people.
Have a nice day.
Lee.