Pejuang ISLAM Sultan Muhammad Al Fatih

Assalamualaikum dan selawat ke atas junjungan kita Rasulullah SAW. Tak lama lagi kita akan menyambut Maulidul Rasul minggu depan. Perbanyakkan selawat dan salam keatas Nabi Muhammad SAW walau apapun yang kita sedang lakukan. Banyak kebaikkan dan besar ganjarannya. InsyaAllah.. 

Kali ini aku nak kongsi2 ceceta tentang pejuang Islam terhebat iaitu Sultan Muhammad Al Fatih. Pasti ramai dikalangan kita yang mengenali pejuang hebat ini. Sultan Muhammad Al-Fatih kata terbitan dari fath (الفاتح) seperti surah al fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Wajah Sultan Muhammad Al Fatih. Kredit gambar untuk WIKI WIKI
Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum. Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk 


Sedikit sedutan cerita tentang Sultan Muhammad Al Fatih. Superb movie like KINGDOM OF HEAVEN

Kelebihan Sultan Muhammad Al Fatih
Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."


Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya. Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.


Masjid Al-Fatih (juga dikenali sebagai Al-Fatih Islamic Center & Masjid Agung Al-Fatih) (Bahasa Arab: مسجد الفاتح; transliterasi: Masjid al-Fatih) adalah salah satu masjid yang terbesar di dunia, dengan kapasiti untuk menampung lebih dari 7.000 jemaah pada suatu masa. [1] Masjid adalah tempat ibadah yang terbesar di Bahrain. Hal ini terletak di sebelah King Faisal Highway di Juffair, yang merupakan sebuah bandar yang terletak di ibu kota Manama. Masjid ini sangat dekat dengan Royal Bahraini Palace, kediaman raja Bahrain Hamad bin Isa Al Khalifa. Kubah besar dibina di atas Masjid Al-Fatih terbuat dari fiberglass murni. Bobot lebih dari 60 t (60.000 kg), kubah saat ini terbesar di dunia fiberglass kubah. Al-Fateh sekarang termasuk Perpustakaan Nasional yang baru yang dibuka untuk umum pada tahun 2006. Masjid tersebut dibina oleh Isa bin Allahyarham Syeh Salman Al Khalifa pada tahun 1987. Hal ini dinamakan Ahmed Al Fatih, penakluk Bahrain.

P.S. Terlalu kagum dengan Pejuang2 ISLAM seperti Sultan Salahuddin Al Ayubbi, Sultan Muhammad Al Fatih dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al Qutuz. Walaubagaimanapun Baginda Rasulullah SAW adalah pejuang ISLAM yang paling disegani dan dikagumi oleh seluruh Umat ISLAM sedunia termasuklah orang2 yang bukan beragama ISLAM. Sumber ilmu ini aku ambil dan kongsikan utk semua dari WIKI WIKI.  Selamat membaca dan selamat menambah ilmu baru.. Pengetahuan yang baik tak salah untuk kita kongsi2kan bersama.. Wassalam

{ 15 comments.. read them below or add one }

Tuk Kiyai Tuk Kiyai Isnin, Februari 07, 2011
Salam nur...
Info yg menarik!!
Ezal R Ezal R Isnin, Februari 07, 2011
Salam.. lama sudah tak singgah sini..
nice info!!
thanx dan selamat menyambut Maulidul Rasul...
Abd Razak Abd Razak Isnin, Februari 07, 2011
السلم عليكم ورحمة الله

Moga sis nur sihat hendaknya..

Terima kasih berkongsi matlumat..
mila.ibunajihah mila.ibunajihah Selasa, Februari 08, 2011
tu trailer movie nak kuar ke or filem lama? apa pun pkongsian yg bagus..terharu baca sejarah orang2 hebat macam ni. tima kasih ye.
white rose white rose Selasa, Februari 08, 2011
assalamualaikum kak nora...
terima kasih berkongsi ilmu...
nurmisnan nurmisnan Selasa, Februari 08, 2011
salam tok.. arigato asante
insyaAllah moga2 ada bangsa kita
sehebat dan seberani seperti baginda
nurmisnan nurmisnan Selasa, Februari 08, 2011
salam ezal...
itulah kan... masing2 bebzzz.. hu3

takpe2 yang penting sempat jugak
jenguk aku nih.. touching2
nurmisnan nurmisnan Selasa, Februari 08, 2011
waalaikumsalam brother razak
alhamdulillah.... info sebegini
harus di teladani kerana
semangat dan keberanian baginda..
nurmisnan nurmisnan Selasa, Februari 08, 2011
salam mama...
memang touching bila membaca pejuangan
islam seperti baginda..
jika menonton Kingdom Of Heaven
pun aku dapat merasakan
betapa berani dan kuatnya iman
Sultan Salahuddin...

admire dengan beliau
nurmisnan nurmisnan Selasa, Februari 08, 2011
salam rasp.. hey no mention beb
sama2 kongsi ceta dan info yg baik.. =)
nurmisnan nurmisnan Selasa, Februari 08, 2011
waalaikumsalam cik putih
sama2 kasih diterima
u baling kasih u sambut sayang.. hu3
akubiomed akubiomed Selasa, Februari 08, 2011
Apa bila membaca terasa malu sebab kalau nak ikutkan pada zaman tersebut serba kekurangan masih berkesempatan beribadat tekun kalau hendak dibandingkan zaman sekarang banyak kemudahan
nurmisnan nurmisnan Khamis, Februari 10, 2011
salam brother biomed..
benar itu.. zaman dahulu hanya
menggunakan pedang, lembing, bola api, peralatan tajam bezi shj

yang penting dlm medan peperangan
semangat, kekuatan fizikal mental
serta fisabilillah

p.s. terasa seperti mahu berjuang
dengan baginda saat2 itu...
qouratul ainnaziahqouratul ainnaziah Isnin, Ogos 01, 2011
assalammualaikum...pendedahan yg sgt baik....sedih mengimbau perjuangan pemimpin2 islam..tp skg ank2 muda islam sendiri yg merosakkannye...berdoalah agar islam dpt naik suatu hari nnti...