Biar anak2 membuat keputusan

Assalamualaikum guys.. Semua ada baik? Alhamdulillah2.. Sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada Allah SWT kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat kepada-Nya. Esok adalah hari yang paling aku tunggu2 sekali iaitu sambutan Maulidul Rasul. MasyaAllah sekejap sahaja sudah masuk bulan Rabiulawal 1432H yer. Jom kita ramai2 perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW kerana banyak hikmah dan ganjarannya. InsyaAllah

Ok guys.. sebenarnya n3 kali nih aku nak sangat kongsi2 dengan korang tentang ceceta ceceta bertajuk TIGA BERADIK DIBERI PILIHAN dari akhbar Kosmo. Aku rasa ramai kaum ibu bapa yang sudah bercerai dan mempunya anak2 keliru atau mungkin tidak tahu bahawa anak2 yang sudah mumayyiz boleh membuat keputusan  untuk tinggal dengan siapa asalkan kes tuntutan hak penjagaan anak harus difailkan dan meminta Tuan Hakim Syariah untuk membenarkan anak2 membuat pilihan mereka sendiri. Tidak perlu ada pertelingkahan atau pergaduhan hak siapa paling layak untuk mereka tinggal. Sebagai tanggungjawab ibu bapa perlulah memikirkan kehendak anak2 dahulu. Jangan kerana ego masing2 kehendak anak2 diabaikan.

Pertengkaran tidak dapat membaiki masalah sebaliknya elakkan dari bertelingkah
dihadapan anak2. Bawa berbincang dengan sebaik mungkin antara kedua belah
pihak dan fikirkan masa depan dan kehendak anak2 itu lebih baik
Anak2 akan dipanggil kebilik Tuan Hakim dan beliau sendiri akan bertanya beberapa soalan kepada anak2 tersebut agar Tuan Hakim boleh membuat keputusan yang terbaik untuk mereka. Salah satu soalan yang Tuan hakim akan tanyakan adalah "dengan siapa anak2 tersebut ingin tinggal bersama?" Jika jawapan anak2 itu adalah IBUNYA maka peluang si IBU amat cerah. Jika anak2 menjawab ingin tinggal bersama BAPANYA maka si BAPA pula mempunyai peluang yang cerah juga. Tetapi harus ingat Tuan Hakim akan bertanyakan soalan2 lain juga agar keputusan Tuan Hakim adalah tepat dan adil untuk kebaikan anak2 tersebut. 

Jika keputusan Tuntuan Hak Penjagaan Anak sudah di beritahu maka sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras, haruslah terima dengan sebaiknya. Ini adalah keputusan anak2 tersebut dan bukan dari keputusan yang dibuat2 oleh Tuan Hakim.

Nota: semoga kes Tiga Beradik di Kuala Terengganu yang di hakimkan oleh Tuan Hakim Rosdi Harun berjalan dengan sebaiknya. Dan keputusan yang mereka buat haruslah si ibu bapa terima dengan tenang. Berlakulah adil dan terbaik untuk mereka. Buangkanlah sikap ego dan suka menunding jari mencari kesilapan masing2. Anak2 adalah amanah Allah SWT dan jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. 

P.S. Kehidupan ini terlalu pendek dan singkat untuk kita jalani. Bila2 masa saja kita di jemput oleh-Nya. Selagi kita bernyawa perbanyakkanlah amalan dan tanggungjawab sebagai umat Muslimin yang sejati agar tidak menyesal kemudian hari. Amanah Allah SWT untuk menjaga anak2 kita sangat besar tanggungjawabnya. Jangan sesekali mengajar anak2 perbuatan memburuk2kan sikap ibubapa sendiri kerana itu boleh membuatkan anak2 keliru dengan keputusan mereka. Ingat bahawa Allah SWT sentiasa MAHA TAHU dan MAHA ADIL pada hambanya... Wassalam 

2 comments.. read them below or add one

akubiomed akubiomed Khamis, Februari 17, 2011
Memang susah apabila berlaku cerai-berai yang kesian anak-anak kehilangan kasih sayang salah seorang ibu atau ayah
Bellezza Bunga Matahari Bellezza Bunga Matahari Rabu, Februari 22, 2012
memang susah nasib anak2 jika ibu bapa dah tak sehaluan lagi...