390 pelajar Malaysia di New Zealand berlindung di Christchurch

Assalamualaikum guys.. Semalam berita dari BERNAMA lagi tentang kes gempa bumi yang kuat yang melanda di bandar raya New Zealeand.  SubhanAllah...  Kuasa Allah SWT bila2 boleh terjadi. Tetapi mujurlah semuanya selamat termasuk Difahamkan ramai yang terbunuh tetapi 390 pelajar2 Malaysia semuanya selamat. Alhamdulillah...  Baca berita lanjut dibawah...

KUALA LUMPUR: Kesemua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar yang berada di Christchurch, New Zealand dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi kuat melanda bandar raya itu hari ini.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay ketika dihubungi berkata, pegawai di kedutaan Malaysia di Wellington telah diarahkan ke Christchurch untuk memantau keadaan di sana.


Usaha menghubungi para pelajar Malaysia di sana gagal kerana bandar raya itu dilaporkan mengalami gangguan telefon dan bekalan elektrik akibat gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter.


Ini adalah kali kedua bandar raya itu dilanda gempa bumi dalam tempoh enam bulan, selepas kali pertama pada September lalu di mana gempa berukuran 7.1 pada skala Richter mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan jambatan
390 pelajar Malaysia di New Zealand berlindung di Christchurch

{ 13 comments.. read them below or add one }

Tuk Kiyai Tuk Kiyai Rabu, Februari 23, 2011
Assalamualaikum nur, cucu tuk..
Sihat ke? Minum apa tu? Kopi kak limah ke?

Itulah antara tanda-tanda awal akan berakhirnya dunia aka kiamat....Lihat tanda lain seperti peperangan, pembunuhan, zina, wanita lbh ramai drp lelaki, manusia berlumba2 membina rumah batu yg besar2, dan sebagainya. cuma tanda2 besar shj belum kelihatan spt munculnya Imam Mahdi dan Nabi Isa....
meowwmania meowwmania Rabu, Februari 23, 2011
mudah-mudahan semua pelajar malaysia kita selamat dan dilindungi oleh-Nya..
Abd Razak Abd Razak Rabu, Februari 23, 2011
السلم عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah...ingin juga nak dengar khabar kawan saya di sana..
white rose white rose Rabu, Februari 23, 2011
assalamualaikum kak nora...
alhamdulillah, semoga rakyat malaysia sentiasa dirahmati & dilindungi Allah...
BisnesMeng BisnesMeng Khamis, Februari 24, 2011
kiamat kecil sudah pun berlaku...
heran jugak...nampak manusia rileks jer...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Februari 24, 2011
salam tuk kiyai..
peperangan ecil atau besar
sudah menjadi lauk pada bumi Allah
ini.. Manusia yang mudah lupa
dan terlupa siapa yang lebih berkuasa
masing2 mahu mengejar harta yang
bukan milik kita...

bila dah terjadi kiamat kecil sebegini pun
manusia masih tidak sedar...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Februari 24, 2011
salam tuk kiyai..
peperangan ecil atau besar
sudah menjadi lauk pada bumi Allah
ini.. Manusia yang mudah lupa
dan terlupa siapa yang lebih berkuasa
masing2 mahu mengejar harta yang
bukan milik kita...

bila dah terjadi kiamat kecil sebegini pun
manusia masih tidak sedar...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Februari 24, 2011
amin ya rabbal alamin cik meoww
kita doakan untuk semua
penduduk New Zealand agar mereka
yang terperangkap selamat
keluar dari runtuhan...

p.s masih ada lagi korban gegaran
yang harapan mereka tipis..
mudah2an Allah meringankan bebean mereka
nurmisnan nurmisnan Khamis, Februari 24, 2011
waalaikumsalam brother Razak
mudah2an... sekarang pun tidak bisa
berhubung dengan internet atau phone
kerana talian terputus...

mudah2an dengan bersolat hajat dan tahjud
dapat bertemu dan bertanya khabar
dalam mimpi.. dengan izin Allah SWT
nurmisnan nurmisnan Khamis, Februari 24, 2011
Waalaikumsalam cik putih..
mudah2an yer.. doakan yang mereka semua
selamat dan dapat perlindungan
yang sempurna... InsyaAllah

semoga Allah SWT meringankan masalah mereka disana
nurmisnan nurmisnan Khamis, Februari 24, 2011
salam tokeh besar...
manusia mudah lupa
dan tak serik lagi...
rasanya manusia yang belum terkena
seperti mereka yang ditimpa bencana
akan masih leka dan khayal tentang duniawi
Solihin Zubir Solihin Zubir Khamis, Februari 24, 2011
mudah-mudahan tiada yg buruk berlaku..
nurmisnan nurmisnan Khamis, Februari 24, 2011
solihin.. insyaAllah..
doakan semoga mereka semua selamat
keluar dari runtuhan
dan pada pelajar Malaysia
agar banyakkan berdoa
Allah SWT itu maha mengetahui
apa yang berlaku...