Wrote by on Ahad, 31 Oktober 2010
Salam Al Fatiha kepada mangsa2 kemalangan bas di Genting Sempah semalam semoga mereka semua ditempahkan bersama hamba2 yang bertakwa dan beriman... AMIN

Setiap yang hidup pasti menemui mati. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.. Allah itu maha mengetahui.

Wrote by on Sabtu, 30 Oktober 2010
Salam guys. Doa Kolestrol atau diet. Hari ini hari Sabtu dan esok Ahad. Mesti dah plan nak pegi cuti2 cinta, cuti2 family, cuti2 Malaysia dan ada plak cuti2 honeymoon. Huhuhuhu... baru jadi pengantin bahagia. Seronok bukan?? Mesti ler seronok.. Cik abang atau cik adik ada sebelah. Mana saja nak pergi mesti melekat macam belangkas.. Tapi kalau bercuti2 tuh ingat2 juga jaga tahap kolestrol der. Jangan kerana cuti punya pasal, plan nak diet dan jaga pemakanan terus bercuti. Nak tempah timbang dulu ke der? Tak pasal2 tambah berkilo2... Sia2 jer diet.. huhuhuhu.... =)

Wrote by
credit to mr. google
Salam guys..
Si laknatullah Zionis Israel ini tak habis2 nak buat kacau dengan orang muslim. Hanya kerana bunyi kebisingan azan di Masjid Jabaliyah yang terletak di pergunungan Selatan Kota Jaffa, polis Israel laknatullah ini menyerbu masuk dan menangkap pengurus masjid Jabaliyah dan iman masjid bernama Ahmad Abu Ajwa. 

Adakah kemungkinan suara azan yang di katanya terlalu kuat dan bising menyebabkan pihak polis si laknatullah ini bertindak sedemikian atau hanya sekadar mencari kesalahan orang Islam. Alasannya lagi kerana dari hasil pemeriksaan, bunyi suara azan dari masjid Jabaliyah itu lebih kuat 2 kali ganda dari bunyi yang telah disyaratkan

Allah SWT itu maha menjadikan. Betapa besarnya kuasa Allah sehinggakan mereka manusia yang di laknat tidak sanggup mendengar azan yang dikatanya terlalu bising itu.... KAU MAHA BESAR YA TUHANKU.. Turunkanlah bala yang amat dahsyat kepada manusia si laknat ini. AMIN3

Wrote by on Jumaat, 29 Oktober 2010
Salam guys.. percaya atau tidak perkara ini. Bill Gates kata akan bayar $241.00 setiap email yang kita fwrd. Aku rasa ramai yang sudah tahu kot perkara nih atau ada yang MASIH tak tahu. Aku mushkil tapi was was.. macam mana tuh. Sama jelah. Hishhhhh... kenapa ya Bill Gates nak bayar setiap email yang di foward? Dah banyak sangat duit ke sampai nak bersedekah macam tuh jer? Ermmmmm... maybe dia ada agenda sendiri yang kita tidak tahu atau argghhhh susah nak percaya dan tidak akan percaya. Apa2pun mari ler kita layan sama2. Mana yang tak sudi nak baca tuh sila2 ler klik tajuk lain. Huhuhuhuhu.... jangan mara aaaa...

Email yang aku dapat 
"Please do not take this for a junk letter. Bill Gates is sharing his fortune. If you ignore this you will repent later. Microsoft and AOL are now the largest Internet companies and in an effort to make sure that Internet Explorer remains the most widely used program, Microsoft and AOL are running an e-mail beta test. 

When you forward this e-mail to friends, Microsoft can and will track it (if you are a Microsoft Windows user) for a two week time period". 


For every person that you forward this e-mail to, Microsoft will pay you $245..00, for every person that you sent it to that forwards it on, Microsoft will pay you $243.00 and for every third person that receives it, you will be paid $241..00. Within two weeks!, Microsoft will contact you for your address and then send you a cheque..

Yang ini adalah mereka2 yang telah melakukan foward email tersebut dan mendapat ongkosnya.. jom baca

1) mai kita cuba ............. ramai2... ..aku dah dapat semalam...RM5, 449.00 selepas T/T ke bank akaun aku".

Norhafizah Binti Abdul Halim
Setiausaha
Pengarah MARA Negeri
Kedah
email: 
norhafizah@mara. .gov.my


2) kite try, test, tengok..... X rugi pun.... tu la masalah dia sekarang nie wan, aku baru je balik dari bank in cheque USD13k++ dlm FCY a/c kat bawah tadi. Ade 3 day float....... aku yg jadi confuse....biar betul beb duit nie........ kita tunggu dulu, kalu clear duit tu, aku habaq kat smua nooo...... 

Thanks and Regards
ROSFAN MOHD SUBBIAN 
Trade Finance Ops
03-2034 5861 



PERCAYA TIDAK MAMAT NIH BARU JER DAPAT USD13K.. DAHSYAT LER MACAM NIH. AKU PUN NAK KALAU BETUL TAPI ADAKAH DUIT ITU DI KIRA HALAL DAN ADAKAH ITU SATU PENIPUAN DAN PENYAMARAN SEBAGAI BILL GATES???  TOLONG JAWAB DER...

Wrote by
Salam guys... Seronok bukan dapat bersolat jemaah beramai2. Terutama apabila tiba hari yang paling indah dan mulia iaitu Hari Raya Aidilfitri. Jadi jom kita lihat umat islam di CHINA DONGGUAN bersolat jemaah Hari Raya Aidifitri tahun 2010 ini.




P.S. Suka tengok orang bersolat jemaah tidak kira di rumah, masjid, surau atau dimana2 pun. Sejuk jer bukan. Tenang jer hati.. Lapang jer fikiran. Terasa bahawa Allah itu dekat sangat dengan kita. Thank you Allah =)

Wrote by on Khamis, 28 Oktober 2010
Salam guys.. Mesti terperanjat bukan jika ada  cell phone pada zaman 1928. Tentunya semua orang terperanjat. Seakan2 TIME MACHINE ini wujud dari tahun hadapan. Wow... korang surprise?? Aku lagi ler surprise. Jika di lihat dari video klip ini memang si lelaki wanita ini sedang bercakap melaui cell phone nya. Tapi adakah ini sekadar gimik atau ??? Jom layan sekali klip2 dari Yahoo.tv nih...  Tapi kalau korang tak boleh buka klip video nih, korang klik sini LAYANN....



P.S. Tapikan kalau benar perkara ini berlaku, maknanya kita juga ada time machine macam cerita BACK TO THE FUTURE... Bayangkan kalau kita jumpa manusia yang datang dari tahun 2050. Ohhhhh.... macam mana ya pakaian mereka? Hanya DIA yang maha tahu, Maha Menjadikan...

Wrote by on Rabu, 27 Oktober 2010


Berita dari Sinar Harapan : DUNGUN – Lantaran nipisnya iman dan terdorong hasutan syaitan seorang wanita berstatus ibu tunggal sanggup menjual kehormatan diri dengan menjadi perempuan simpanan seorang pemilik pusat hiburan. 

Dengan pendapatan mencecah RM6,000 sebulan, dia dipercayai menjadi hamba seks tauke terbabit. Malah janda yang difahamkan pernah menjadi mak andam itu dipercayai pernah mengandung anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan tauke, 31 yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu.


Perbuatan tidak bermoral janda terbabit sudah mula dihidu pihak berkuasa, bagaimanapun tindakan licik wanita berasal dari kawasan Tanah Rancangan Felda Kerteh Satu yang dipercayai sering menukar modus operandi itu menyebabkan lokasi maksiatnya sukar dikesan

P.S. Bukan memandang hina pada perempua ini tapi kerana sikap dan tidak malu dialah boleh memalukan orang FELDA dan si lelaki pulak memalukan orang JOHOR. Apa nak jadi der. Banyak kerja lain boleh buat tapi kerja ni juga yang di pilih. Biarlah bergaji kecil asalkan HALAL dan diberkati. 





Wrote by on Selasa, 26 Oktober 2010
Salam guys.. Hari tuh dah janji dengan korang pasal topik cuci2 muka dengan Skin11 kan. Jadinya hari nih aku free kan diri buat temujanji jam 12 tengahari untuk facial FREE aku dengan SKIN11. Agak lewat untuk sampai kesana dikeranakan sedikit Jam di jalanan. Tapi yang bagusnya si amoi nih siap call tanya bila nak sampai. Ok.. ini ada sedikit gambar yang tidak banyak aku snap. Hanya sekadar memperkenalkan SKIN11 kepada korang jer. Ada free datang wokey. Pasal service?? memang SUPERB..  Gambar sebelah ni adalah salon SKIN11.. cantik bukan?

2) Masuk jer salon SKIN11 dah terpacak 2 orang amoi. Cantik.. bersih jer kulit muka muka diorang. Yalah kan orang kerja salon. Hari2 cuci muka free. Mula2 kena bagi kad pengenalan dulu dan sign apa yang patut untuk catatan dioranglah kan. Lepas tuh amoi lagi sorang sedang serve aku secawan teh ROSE + LAICI. Wow.. memang sedap minum tanpa gula.  Sangat segar. 
3) Lepas minum teh segar, aku dibawa si amoi nih yang namanya CELINE ke bilik pesalinan. Aku saja jer gurau dengan dia sambil panggil nama CELINE DEON. Hahahaha.. ketawa si amoi nih. Celine perkenalkan produk2 SKIN11 seperti cleanser, toner dan pelembap muka + pencerah. Semua produk ini datangnya dari Singapore. Itu yang si Celine katalah. Well.. actually aku JAKI sikit bab dengar nama SINGAPORE. Dari sekolah der aku memang kureng banyak dengan warga SINGAPORE. Manusia2 yang sombong dan berlagak bila masuk JB. Tapi itu dulu beb. Zaman budak nakal + ada sikit action ini budak bernama NUR Misnan. Tapi sekarang OK dah. 


4) Ok sambung.. di pendekkan cerita wajah aku di layan bagai tuan puteri. Syok giler muka berkedut nih dapat massage. Tertidurlah sekejap. Sebelum di tempel dengan masker atau topeng muka, aku pesan pada Celine supaya kejutkan aku kalau aku tertidur sebab aku nak tengok kulit wajah yang sebelum di cuci dan selepas di cuci + menggunakan collagen gel dengan mesin penyejuk. Wow... memang nampak bezanya. Korang tengok sendiri kulit kanan yang belum di collagen dengan mesin penyejuk. Sedikit suram dan sedikit kendur di bahagian pipi rahang. TUA DAAA. Dan gambar di pipi kiri yang sudah di collagen dengan mesin penyejuk. Nampak cerah dan tegang terutama bahagian pipi rahang. Kalau lihat wajah penuh memang nampak jelas. Tapiiii... segan nak show kat korang. Tak cun macam si amoi nih. Lebih baik tak payah. 


5) Rawatan cuci2 muka berjalan selama lebih kurang 2 jam. Tu dia.. lama sungguh. Naik kematu jugak ler aku berbaring di atas katil yang kecik nih tapi nasib ler si Celine nih bagi service bagus. Makanya tidak ler rasa boring. Tapi bab nak terkucil tahap gaban memang rasa dah tak tahan. Nak bangun macam mana. Muka penuh dengan masker keras nih. Jadinya aku tahan ler sekejap untuk 30 minit lagi. Adusss... seksa tuh der... Huhuhuhu.. ini ler maskernya yang telah pun di cabut dari muka aku. Senyum jer topeng tuh kan. Lubang hidung pun lebar semacam jer. hehehehe... Amacam.. boleh buat cerita MUMMY THE MOVIE tak?. Tapi yang kelakarnya aku boleh ler plak nak bawak balik. Saja jer nak tunjuk kat anak aku. Tapikan.. lepas habis cuci2 muka, aku terus melepaskan kewajipan kecil ku yang ku tahan2 tadi. LEGAAA...

Well.. macam tur ler story short hand aku semasa membuat cuci2 muka di SKIN11 Tingkat 2 BERJAYA TIMES SQUARE. Daftar dan dapatkan free facial percuma disini dan jadi member di SKIN11 FB. Ehhhh.. tapi korang mesti nak tengok rupa amoi yang merawat muka aku tadi bukan.

Inilah filem kita wajah kita. hahahaha... gurau. Si amoi cantik CELINE. Cantik bukan?? Berkilat jer muka dia... LAYANnnnn. Wokey guys.. Selamat berhari RABU... Salam ^__^

Wrote by on Isnin, 25 Oktober 2010

Salam guys... 
Berita dari SinarHarian.. DAMANSARA DAMAI – Bimbang diri dicekup selepas kegiatan sumbang bersama tiga remaja lelaki dihidu penduduk, seorang budak perempuan berusia 12 tahun nekad bertindak ala Spiderman turun dari kawasan tangki Tingkat 7 sebuah apartmen untuk menyelamatkan diri. 

Namun, usahanya sia-sia selepas maut terjatuh dipercayai tergelincir ketika menuruni bumbung balkoni ke Tingkat 6 apartmen terbabit. 

Mangsa yang cedera parah tidak sedarkan diri kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian. Berita lanjut sila baca SINI

P.S. Macam2 sekarang perkara buruk berlaku. Nak salahkan siapa ya? Anak2 zaman sekarang semakin berani membuat perkara2 yang menyalahi agama dan memalukan nama keluarga. Umur baru cecah setahun jagung tapi dah berani tuh der buat *tuttttttt....* Difahamkan kumpulan remaja tuh sering menjadikan kawasan tangki air di blok berkenaan sebagai tempat melampiaskan menyerahkan melepaskan nafas taufu panas. Salah sape sebenarnya..???? AHHH!!! LU PKLAH SENDIRI

Wrote by on Ahad, 24 Oktober 2010
Salam malam guys..

Geram dengan sang semut yang sibuk nak kongsi coffee Brazil aku, akhirnya aku terpaksa ler lakukan kezaliman ini. Huhuhuhuhu... Kau asik berkeliaran di mulut MUG aku sehingga aku tidak dapat menikmati coffee aku yang lazat lagi kerana diri kau yang terjerumus dan terjun ke dalam kopi aku. Kerana geram, aku tempelkan sekeping daun sireh agar kau tidak dapat berkongsi lagi dengan aku. HI HI BYE BYE SANG SEMUT....

P.S. For sure tak ada rasa pedas punya. Jangan risau ler. Yang penting sang semut tidak berani hampir lagi ke MUG korang.. Selamat mencuba


Wrote by on Jumaat, 22 Oktober 2010
Salam guys.. Selalunya setiap pagi apa yang korang selalu cari untuk sarapan pagi? Roti? Mee goreng? Nasi lemak? Roti Canai? Tetttttt.... yehhh confirm ramai dikalangan kita akan mencari sarapan yang cukup2 powerrrr sedap gituh iaitu roti canai. Apa yang bestnya ya? Tentulah rasanya yang lemak, manis, rangup dan sedap di cicah dengan kuah kari ikan, kambing, ayam, daging dan yang bestnya kuah dall dengan sambal. Wow... superbbb beb. 

TAPIIII... Ada korang tahu akan merbahayanya bahan2 roti canai tuh? Hahhhh..Tentunya kandungan tepung yang si mamak tuh uli. Mari kita ambik tahu sedikit berkenaan tepung. Walaupun perkara ini sudah lama di sebarkan namun rakyat Malaysia masih lagi menggunakan tepung tersebut. Jika boleh kita elakkan ya tak. Untuk keluarga tercinta dan kita juga. Di Singapore dah lama Kastam diorang tak benarkan tepung yang mengandungi bahan BP dimasukkan ke sana. Betapa bagusnya mereka bukan. Prihatin untuk rakyat. Malaysia?? asalkan duit masuk sudah... Rakyat diketepikan.. Harapnya pihak2 berkuasa mengambil berat akan soal ini.

Bahan2 di dalam tepung mempunyai oksida nitrogen, klorin, klorida, benzoil peroksida nitrosyl dan dicampur dengan garam pelbagai reaksi kimia. Ada sesiapa pernah tahu akan bahan Benzoil Peroksida atau BENZOIL PEROXIDE? Bagi mereka pengilang2 tepung, sangat penting untuk menggunakan BP ini kerana ia dapat memutihkan tepung dari berwarna kekuningan. Jika kita perhatikan tepung2 di pasaran sekarang semuanya berwarna putih gebus bukan. Jadi sebelum memilih tepung keputihan tuh, lebih baik dilihat dahulu bahan2nya. Jika bahan2 tepung mempunya isi kandungan Benzoil Peroksida, makanya JANGAN di beli. Yang masih ada di rumah, buang terus ke dalam tong sampah. Jika masih jumpa label seperti gambar diatas ini "mengandung bahan BP yang dibenarkan".. Korang rasa masih nak guna jugak ke? Hahhh... lu fikirlah sendiri..



Dan kepada penyakit2 seperti diabetis, gout dan arthritis perlu fokus kepada masalah ini. Ia akan menjadikan penyakit mereka lebih parah kerana kandungan asid borik yang terdapat di dalamnya dan nutrisi gandum yang telah hilang akibat penggunaan Benzoyl Peroxide. Kesan bahan kimia ini tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat. Sebaliknya, ia mengambil masa lama 20 hingga 30 tahun untuk kesan buruknya kelihatan. Pesakit gout, diabetes dan arthritis tidak digalakkan meneruskan pengambilan makanan yang mempunyai tepung gandum yang tinggi. Jadi jika boleh dielakkan. Cuba gunakan tepung gandum berwarna coklat seperti brown flour atau tepung organic atau mana2 tepung yang tidak mempunyai bahan BP.


P.S. Well... terpulang kepada hak individu. Yang penting aku yang dah tahu hal ini hanya nak share pada korang agar berhati2 saja lah.. Coz di Singapore diorang memang tidak membenarkan tepung mengandungi bahan BP ini masuk kesana. Jadi kepada pihak berkuasa di Malaysia agar perihatin tentang masalah ini. Malaysia perlu lebih sihat


gambar roti canai kredit dari mr. cnergyfitness







Wrote by on Rabu, 20 Oktober 2010
Salam guys..
Hari nih hati kata nak join contest plak. Saja tukar angin kus kus.. huhuhuhu.. Jom join "Contest Gambar Percutian Menarik lagi tertarik" dengan KOJAH Cuma sertakan sekeping gambar yang korang rasa percutian itu sangat menarik dan paling penting korang mesti ada sekali dalam gambar tuh. Lepas tuh cerita ler dengan ringkas tentang percutian itu. Senang bukan. Jadi jom lah kita baca syarat2 si KOJAH nih... 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini adalah salah satu gambar percutian kami di Paris. Aku memang peminat Kota Paris kerana keunikan bangunan dan sejarah2 mereka. Di belakang kami adalah salah satu bangunan Muzium Du Louvreu atau dalam bahasa mereka Musee Du Louvre. Tentunya muzium ini menjadi tarikan kerana sebuah lukisan yang sangat terkenal bernama Potret Mona Lisa (Juga dikenali sebagai La Gioconda atau La Joconde) yang dilukis oleh pelukis terkenal bernama Leonardo Di Ser Piero Da Vinci. Bagi belau wajah Monal Lisa menggambarkan perbagai watak dan misteri. Sukar untuk difahami.


Aku dan mr. hubby memang suka giler dengan gambar ini. Nampak happening. Cantik bukan?? Macam perasan itu makcik bergambar sambil mengangkat kakinya.... huhuhuhuhu... ^__^

Oklah guys.. ini saja ler cerita pendek cuti2 gambar menarik. Hanya suka2 saja... support contest yang sihat dari sahabat blogger KOJAH


Wrote by
Salam my dear bloggers..
Hari ini jam 12 tengahari waktu time aku punya lunch, aku dapat satu call dari no Digi. Bila call masuk tak ada nama. Bila dah tak ada nama makanya idok ler aku nak jawab pasal aku tak kenal.  Tapi bila pk punya pk makanya aku call ler balik nombor tadi. Bukan apa, takut ada emergency call dari keluarga JOHOR. Tukar phone kot...

Ini ler iklan tur... klik klik klik dan tunggu call, senang bukan. Hanya 100 orang bertuah saja tau. cepat2



Diolog spontan aku call that fuller back..
"Hello yes, may i know who's on d line?" (cehhhh... control cun)
"Hello, whom i speaking too?" (dia tanya aku balik.. hampehhh)
"Nora here.. u call me just now" ( tanya aku sampai ternaik kening)
"Yes cik Nora.. i call from SKIN11. U sudah terpilih untuk mendapat rawatan free di SKIN11"
"Sorry come again?.. Free facial from?" tanya aku hairan. bila masa aku masuk contest"
"U pernah isi form online untuk SKIN11 kan? So u sudah terpilih. Bila mau datang?" 
"ohhh yes.. baru ingat. Sorrylah.. memory sudah nak luput lohhh.." gurau aku
"hahahaha... kelakarlah u. Ok how bout 26th Oct? ikut u lah what time mau datang but let me know b4"
"for sure i datang. will call u. thanks errrrr (sape nama dia ntah.. lupa). see u then"
"ok ok.. jumpa nanti. Jangan lupa bagi tau i ok" pesan amoi tuh then... tuttttttttttttttttttttttttttttttt. phone letak ler.

So.. sape tak nak facial free der. Harga RM229 tur der... Huhuhuhu... Orang bagi free kita sambar ler.. Pada sape2 yang nak free facial, sila2 ler rajin2 klik nuffnang. Terhad untuk 100 orang yang terpantas. Jom cepat join or regret 11 times. Kalau dapat iklan nih please fill up ler. For sure if ur lucky, tunggu jer call. Ok dear... gd luck n gd nite.. ^__^


P.S. by d way lupa ler plak dialog si amoi tuh bagi tau kat mana.. takpe ler. aku kasi tau itu tempat ya guys. Event Facial SKIN11 tuh diorang buat di BERJAYA TIMES Square.... Rasanya dah dekat 5 tahun kot aku tak jejak kaki ke BTS.. Perghhhhh..lama tuh.

Wrote by on Selasa, 19 Oktober 2010
Salam guys..
Cuba kita lihat kemesraan dan kasih sayang seekor ibu kera nih. Sungguh erat dakapan si ibu pada anaknya. Jom layan......


Look at this cute kera.. Hanya berkerusikan sebatang besi dan tangan di pegang ke jaring, mampu bertahan untuk menyusukan anaknya hingga dua2 tertidur... touching2.. huhuhuhu

P.S. Sedangkan haiwan boleh menjaga anaknya dengan baik, inikan pula manusia yang berakal dan punya perasaan tidak reti2 hendak menjaga anak sendiri dengan sebaik mungkin. Allah SWT telah memberi kamu amanah, maka tunaikanlah amanah itu. Didiklah mereka agar menjadi manusia yang dicintai-NYA dan membesar penuh didikan dan bimbingan agama dan ilmu yang tinggi agar dapat melindungi umat2 ISLAM dari di tindas oleh si laknatullah YAHUDI dan si KAFIR

Wrote by on Ahad, 17 Oktober 2010
Gambar kredit untuk mr. google

Salam guys..
Masa buat blog walking  tadi tiba2 terjumpa pula blog nuomaliza. Bila terbaca blog beliau tentang insiden ini baru aku teringat yang Mr. Hubby pernah bercerita kes yang sama berlaku pada isteri sahabat mr. hubby. Rasa2nya korang ada atau pernah dengar tidak tentang insiden train komuter tergelincir dan terbalik yang berlaku di area Bangsar pada jun lalu? Aku rasa kalau nak di korek2 ingatan aku, tidak ler pula terdengar atau terbaca di paper.

Ianya berlaku pada 24 Jun 2010 lebih kurang jam 7.00 malam. Tren yang dinaiki beliau ke Seremban tiba2 tergelincir dan terbalik. Semua penumpang menjerit2 dan mencari pintu untuk keluar termasuk beliau. Kebetulan beliau terlihat tingkap kaca yang telah pun sedikit retak dan menendang2 hingga pecah. Akhirnya semuanya penumpang telah selamat keluar. Ada yang kata mereka ternampak cahaya di dalam tren tersebut. Ada kemungkinan itu adalah litar pintas. Don't know tapi insiden itu berlaku gara2 terlebih muatan penuh. Kerana train satu lagi delay ler, mereka2 semua menjadi mangsa. Iyalah kan, masing2 tak sabar nak balik kerumah berjumpa keluarga tercinta.

Tapi Alhamdullilah, apa yang penting semua penumpang selamat dan beliau telah pun dijemput oleh suami dan terus pulang tanpa membuat sebarang aduan di mana2. Kasihan beliau. Rasa lemah longlai segala badan. Jadi fobia nak naik komuter lagi. 

P.S. Aku rasa memang tidak ada berita ini tersiar di akhbar2. Kenapa ya? Nyawa penumpang2 yang berada di train tersebut terlalu ramai. Beliau sendiri terperanjat kenapa insiden ini tidak pula disebarkan atau disiarkan di akhbar. Adakah kerana ingin menutup KEMALUAN malu atau takut nama KTM tercemar. QUESTION????

Wrote by
Salam guys..
Waktu berborak dengan sahabat suami dan isteri beliau, mereka telah bercerita tentang 

Semalam (24hb Jun 2010) tepat pukul 7.30 malam, tren komuter tergelincir di Bangasar. Kebetulan kawan aku si apan a.k.a Siti ada kat dalam tu. Pastu lak si agon pon ada sama. Masa kejadian, minah tu sempat tepon aku n bagitau yang tren terbalik. Aku yang tak bape paham sbb aku dgr suara orang bising. Aku ingatkan kawan aku ni tersepit di antara manusia-manusia yang nak naik komuter. Rupa2nye mmg minah tu tersepit di antara manusia yang nak melarikan diri keluar dari komuter.


Wrote by on Jumaat, 15 Oktober 2010
Salam my dear brother and sisters..


Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketuan Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) di Surau Alamanda 5 tahun dulu pd Jumaat 6 Mei 2005, seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat.

Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya , restoran dan sebagainya. Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan bila masuk waktu. Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.

Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air soya di luar perkarangan masjid. Ketika azan pertama dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli sedang sibuk berjual beli. Ini adalah haram kalau mengikut penjelasan Us Arshad. Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati makan tengahari jam 1:20 tgh di KFC sementara menunggu solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang yang hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang langsung tak solat Jumaat.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. :
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
 ~ Surah Al-Jumu'ah, ayat 9 ~

Hanya sekadar menyampaikan apa yang didengar melalui Kuliah Feqah. Untuk pertanyaan lanjut boleh berjumpa Tn Hj Arshad Imam Masjid Bandar Baru Senawang.

Jadi lepas ni kenalah beringat ya wahai kaum adam semua.... =)

Wrote by on Khamis, 14 Oktober 2010
Salam guys...
Finally 33 lelaki2 itu yang telah terperangkap di bawah tanah lombong telah selamat keluar.. Lebih kurang 2 hari (22 jam)  masa diambil untuk mengeluarkan mangsa2 tersebut. 


Sewaktu melihat wajah2 kegembira isteri2 si mangsa terperangkap, aku plak yang toching. Terbayang bagaimana jika kita di tempat mereka. 2 bulan lebih tak dapat jumpa suami tercinta. Ishhhkkkk macam kes aku jer. Huhuhuhuhu.... Mr. hubby travel jauh nun di Afrika. 3 bulan sekali baru dapat jumpa =(.. What to do, rezeki di luar negara. 





News from Al Jazeerah

Wrote by on Rabu, 13 Oktober 2010
Salam guys.. Ada tak rakyat Malaysia yang boleh buat aksi melekat macam nih? Macam getah.. huhuhuhuu.. Kalau ler ada confirm boleh bergabung dengan diorang.. Jom kita tonton video nih. Tapi ada malu sikit ler coz diorang pakai seluar kecik jer.. Warna orange lagi. Malu tuh.. Jom layan =)



    


Wrote by
Salam guys.. Ada tak rakyat Malaysia yang boleh buat aksi melekat macam nih? Ma
Wrote by
Salam guys...

After 69 days, the deep Chilean tomb has given up two of its captives. Delirious celebration erupted across "Camp Hope," the encampment of waiting families and media, as Florencio Avalos emerged from 622 metres below the earth, where 33 men have been trapped for more than two months. About an hour later, Mario Sepulveda became the second miner rescued.

The operation to rescue the workers is expected to take at least 48 hours

P.S. Thanks to Allah, 33 men are still alive
News from AlJazeerah n theglobeandmail

Wrote by on Isnin, 11 Oktober 2010
"Assalamualaikum.. Abah ok ker? Tak ada apa2 ker? Mak macam mana?" tanya aku gabrah


"W'salam..OK. Baru bangun tidur nih, Diorang kejut kata ada kemalangan maut kat depan. Katanya 11 orang maut" jawabnya kepenatan


"Alhamdullilah (lega mereka semua selamat sambil mengucap panjang tentang kematian dlm kemalangan itu) Mak buat apa? Tidur ker?" tanya aku panik


"Iyalah.. penat sangat. Dari pagi sampai petang tak duduk diam. Sibuk kena temuramah dengan wartawan" jawab abah melawak


"huhuhuhu.. syukurlah. risau sangat. Tadi kat berita kata ada kemalangan maut di lebuhraya selatan simpang Ampat. Bila sebut kemalangan membabitkan 2 bas, kereta dan van, itu yg terus call abah. Risau2"... jawabku


"InsyaAllah.. rombongan SRIKANDI semua OK cuma ada satu bas SRIKANDI terbabit dengan kemalangan tuh tapi semua penumpang alhamdullilah selamat"


"Ok tak pe abah. Yang penting abah mak dan semuanya selamat. Tiba rumah sms ok. Mesti sms tau. No xcuses" kataku macam beri amaran keras.. cehhhhh!!!


"Iya.. insyaAllah abah sms" 


"Ok abah. Taking care. Kiss for mak. Love u"
telefon diputuskan dengan perasaan gumbira.. End d call

Pagi tadi jam 5.25 aku terima sms dari mak dan abah. tu dia... dua2 sms.
sms dari mak "Salam No, mak dah sampai dan selamat semuanya"
sms dari abah "No, mak abah baru sampai ni"
Bila dapat je sms dari mereka berdua, hati jadi gumbira + sedih. Sebab apa bersedih.. Pasal diorang dari waktu petang bergerak dari Stadium Bukit Jalil hingga jam 5.25 pagi baru tiba rumah. Dekat 12 jam dalam bas. Penat tuh... Kesian mak abah. Mesti letih bebenor. Tak pe2.. hari nih tdo puas2.. Next time kalau ada perhimpunan atau meeting SRIKANDI (bekas tentera) jangan naik bas lagi. Aku belikan tiket flight lagi selamat. Tak perlu duduk lama2.. Inilah dia tarikh 10.10.10 buat aku sakit jantung.

Wrote by on Ahad, 10 Oktober 2010

Badam adalah salah satu kacang paling berkhasiat. Kaya dengan protein, lemak sihat, vitamin, dan mineral. 

Biji badam sebenarnya adalah biji buah pohon badam. Badam adalah ahli dari keluarga buah batu, yang juga termasuk persik, plum dan nectarine. Almond ini diyakini awalnya telah ditanamkan di Asia dan Afrika Utara. Telah menjadi adat pada orang Rom bahawa buah badam dijadikan mandian untuk pengantin baru sebagai berkat kesuburan. Di Mesir, almond digunakan dalam roti yang disajikan secara eksklusif untuk silaknatullah Firaun. Tetapi zaman sekarang roti badam dan manisan dari badam sudah menjadi tradisi bagi mereka di Mesir.

Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan yang luar biasa yang ada pada biji almond;
  • mengurangkan risiko penyakit jantung dan hati
  • boleh mengurangkan kolestrol sehingga 12%
  • meningkatkan peredaran darah
  • memperkuatkan tulang
  • membantu menurunkan berat badan
  • bagus utk diabetes
  • mengurangkan risiko kanser
  • membantu sembelit
  • baik utk rambut - minyak badam utk rambut
  • baik utk kulit - halus dan lembut
  • baik utk daya otak
  • sumber protein yang banyak




cara untuk meningkatkan daya ingatan yang baik terutama kepada pelajar2
- rendam 5 biji badam dalam segelas air masak semalaman sebelum tidur
- keesokkan paginya badam itu akan kembang
- makan badam kembang itu saja. amalkan setiap hari.. InsyaAllah daya ingatan semakin baik dan ingatan semakin kuat


cara kedua untuk mengubati penyakit pelupa atau menguatkan ingatan
- sebelum tidur amalkan surah Al Baqarah ayat 1 - 4
- Al Baqarah ayat kursi - 1 kali
- 2 ayat sesudahnya surah Al Baqarah - ayat 256 -257
- 3 ayat akhir surah Al Baqarah - ayat 284 - 286
Bacalah sebelum tidur. InsyaAllah.. ingatan lebih tajam dan mudah untuk mengahafal Al Quran

Wrote by
Salam guys.. jom cuci mata lihat keunikan shelf design by Maria Yasko.. Rak buku yang sungguh unik dan canggih


One of my favorate shelf.. nice and greeeeennnnn.. =)

 Love d colours.. Orange and brown... beautiful huh

 Bentuk yang unik dan menarik.. NICE

 Oh dear.. i love red n white.. jika masuk hitam lagi mearik.. cantik shelf tu kan. Superb

 Cute dan menarik

 suka dengan bentuk salji tuh.. wonderful

 Wow... kepada peminat burung.. cantik dan unik

 cool n clean.. nampak bersihkan

cantik dan menarik. Cool huh


P.S. Di kepala, aku sedang terfikir nak buat satu shelf designs yang berbentuk pokok kehijauan tu. Amacam ok tak? Wonderful and awesome... 

Wrote by on Jumaat, 8 Oktober 2010
Salam my dear brothers dan sisters..
Rasanya jika sebut nama buah ini mesti ramai yang kenal dan tahu. Ada ke sesiapa yang masih tidak mengenali buah Durian Belanda Malaysia? S
Wrote by
Salam sahabatku sekelian...
Semalam aku kongsikan tentang sayur beet root yang sangat berkhasiat untuk kita amalkan. Menurut Dr. Breuss Rudolf sayur2an seperti beet root, carot, lobak putih, kentang dan batang saderi dapat memberikan kita berat badan yang seimbang dan berkhasiat serta dapat mengubati penyakit terutamanya kanser dan leukemia. 
   




Jom kita baca tentang bagaimana formula diet Dr. Breuss ini bekerja dengan cara menghalang segala sumber protin dan gula yang menjadi makanan kepada sel kanser. Sel kanser di biar mengalami kelaparan sehingga mati. Tetapi ia tidak menjejaskan normal sel sebab system metabolisme sel normal sangat berbeza dari sel kanser. Walaupun asas sel adalah sama, tapi dengan system metabolisme yang berbeza membuatkan sel kanser mudah di bunuh dengan cara-cara tertentu. Sel normal akan berkembang seperti biasa.

Cara pengurusan gula di dalam sel normal sangat berbeza dengan sel kanser. Sebab itu anda melihat normal sel masih dapat bertahan dalam keadaan non gula. Sedangkan kanser sel merupakan sel yang baru hidup dalam kehidupan anda. Maka sel kanser tidak mempunyai data lengkap untuk menguruskan gula dalam system memori simpanan maklumat . Sel normal sudah hidup 30 tahun dalam diri anda (jika usia anda 30 tahun).


Bahan2 jus untuk pesakit kanser dan leukemia
Beet root - 300gm
batang saderi - 100gm
Carot - 100gm
lobak putih - 30gm
kentang - 30gm

Blend kesemuanya dengan 1 liter air masak. Di Tapis dan di minum 4 kali sehari selama 42 hari. InsyaAllah penyakit kanser akan mula pulih sedikit demi sedikit jika dimakan bersama2 biji aprikot B17. Sila ke

Wrote by on Khamis, 7 Oktober 2010


Beet Root boleh didapati di pasaraya2 terkemuka termasuk di Cold Storage

Salam sahabat aku semua.. Hari ini aku saja je nak kongsikan khasiat beet root bersama tips  + diet + jus pemakanan yang sungguh sihat dan mujarab. Tak perlu makan pil sana pil sini atau brand2 lain. Minum dan makan yang ORIGINAL fresh lagi baik kan.. So.. Jom kita cuba.. InsyaAllah, berkesan

Wrote by on Rabu, 6 Oktober 2010
Salam my dear brothers n sisters.. Hati2 ya kepada sesiapa yang sudah atau ingin menghantarkan anak2 ke Taska kerana kebanyakkannya tidak berdaftar dan beroperasi secara haram. Salah satu taska yang telah beroperasi secara haram adalah di Bandar Sri Mahkota Cheras.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zaitol Salleh berkata, 12 kes kematian kanak-kanak di taska haram dalam tempoh hampir dua tahun kebelakangan ini membuktikan kewujudan taska haram tidak boleh dibiarkan.
Beliau berkata, antara punca kematian mangsa ialah tercekik susu atau makanan, kurang pengawasan pengasuh, terjerut atau terjatuh dari buaian serta mengambil kanak-kanak dalam nisbah yang terlalu ramai. KOSMO
P.S. diharapkan ibu bapa memantau dahulu sebelum menghantar anak2 ke Taska tersebut.  Risau jika taska yang haram, pelatih2 tidak menepati piawaian JKM. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian menangis tak berlagu.. Anak adalah harta yang paling bernilai. Utamakanlah mereka..

Wrote by on Ahad, 3 Oktober 2010
Salam my brothers and sisters

Jom kita serang MAHER ZAIN.. Tiket dah SOLD OUT. Tak dapat aku nak tolong. Even aku pun tak dapat tiket.. Sob sob sob....

P.S. Mana yang tak dapat tiket tuh, sabar je ler. InsyaAllah2... Maher Zain akan datang lagi buat show di masa akan datang. AKU?? Sedih der.. since last year tunggu dia datang Malaysia. =(

Wrote by
Salam my brothers and sisters

Jom kita serang MAHER ZAIN.. Tiket dah SOLD OUT. Tak dapat aku nak tolong. Even aku pun tak dapat tiket.. Sob sob sob....


Wrote by
Salam my brothers and sisters

Jom kita serang Maher Zain di...

Wrote by on Sabtu, 2 Oktober 2010


Salam my dear brothers n sis.. Ada sape2 yang hendak berjumpa MAHER ZAIN di Brunei Darulsalam? Tunggu je concert dia nanti di MBSA soon... Tiket dah sold out daa... =) touching.. touching...


P.S. Pada sape2 yang tak jadi nak pegi tonton concert Maher, sila2 ler jual tiket tuh kat aku ya.. Tak DAN nak belikan untuk peminat setia Maher (mak aku).. Thanks guys

Wrote by on Jumaat, 1 Oktober 2010
sumber dari 1Umat dan eraMuslim
Sebuah organisasi hak asasi manusia Ansar Al Asra, melaporkan pada Khamis 30hb Sept lalu bahawa setiap tahun silaknatullah Israel telah menculik rakyat Palestin seramai 500 orang di bawah usia 18 tahun dan 310 rakyat palestin masih ada lagi di penjara2 silaknatullah ini. 


P.S. Sampai bila ya nasib rakyat Palestin harus ditindas dan tiada pembelaan yang adil untuk mereka. Silaknatullah zalim dan tamak haloba rejim zionis Israel ini semakin menjadi2. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala perbuatan zalim mereka. AMIN

Dikuasakan oleh Blogger.
Nur Misnan