Wrote by on Isnin, 31 Mei 2010
Salam Salam...
Aku hari ni naik geram giler dengan iblis laknat askar Israel.. Masa menonton berita jam buletin 1.30 tadi menyirap je darah sampai ke kepala.. eeeee... geram2.. Dalam kapal tuh terdapat 2 atau 3 orang wartawan Malaysia. Darah sana sini.. berita lanjut baca bawah nih.

petikan daripada Utusan Malaysia
16 maut komando Zionis serang kapal bantuan ke Palestin
BAITULMAQDIS 31 Mei – Jumlah korban serangan tentera laut Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan meningkat kepada 14 hingga 16 orang hari ini, selepas komando Zionis menaiki kapal-kapal bantuan menuju ke Genting Gaza, dengan tindak balas menentang daripada aktivis pro-Palestin.

Saluran televisyen Channel 10 di Israel melaporkan, enam buah kapal dalam konvoi diketuai sebuah kapal Turki dengan 600 aktivis itu belayar ke Gaza melalui perairan antarabangsa Cyprus semalam. – Reuters

P.S. aku hairan dimana keberanian tentera2 Arab? jawapannya 'no balls...'

Wrote by on Ahad, 30 Mei 2010
Entah kenapa tiba2 je aku teringatkan wajah2 sikecil yang comel lotey nih. Cutekan..


cantik sungguh bila tidak berbaju... sexy tuh.. gerammmmnya.  i luv it

aku suka gambar nih. bila lihat wajah comelnya akan terubat segala masalah..... eeeee... rasa macam nak cium2 je kan...

P.S. Kalau marah2 kena banyak istighfar.. tapi kalau sunyi sepi tengok muka baby nih pun boleh hilang. Tak caya cuba...


Wrote by on Sabtu, 29 Mei 2010
Salam guys...
Semalam adalah hari keluar berehat2 cuci mata dan tekak aku. Yalah dah lama tak keluar sorang2. Sebelum ni dengan Mr. Hubby tapi dia dah fly ke Afrika jadi tak delah teman nak bershopping.. Hehehehe... Kebetulan pun aku nak jumpa dengan teman rapat aku Puan Nor. Namanya sama dengan aku cuma ejaan je lain.. Dia pun baru sampai dari Perlis.. Cuti 3 hari je kat Kuala Lumpur till Ahad. Yalah orang bz bz bz.... Bila jumpa terperanjat giler coz still keep slim je beb. Cayo cayo..

Korang mesti suka dengan Restaurant Madam Kwans yang kat KLCC tuh.. Plan ingat nak lunch kat situ tapi ramai bebenor.. Ada yang sanggup tunggu hanya kerana nak makan kat situ. Aku dan nor tak le sampai sanggup tunggu.. Kitorang jalan2 pusing2 dan aku suggest p makan kat House of Sundanese Food. Makan kat restaurant ni kira oklah.. Masakan jawa..

credit untuk mr. google.. tak sempat aku nak snap sendiri.. dah kelaparan..

Sate ayam.. nak tau sedap ke tidak kena cuba sendiri le.. karang aku cakap sedap korang rasa tak plak kan. So kena pegi le...

Gado2 sayuran dengan kuah kacang. Bagi aku so so lah... Ada sikit2 masam. Kalau nak tau rasa gado2 sebenarnya korang kena cuba resipi aku.. hehehehe.. nanti le aku bagi listnya. Aku belajar dari Chef Indonesia Kak Era.. Tuan punya Rest di Dar Salam Tanzania.. Tapi dia dah balik Indonesia buka kat sana plak.. Miss her Gado2.. =(

Kerepek belinjau cicah dengan sambal belacan.. Kerepeknya dah habis aku makan. Tinggal sambal je lah.. ok lah tuh kan.. melelehhh je.. huhuhuhu

Percaya atau tidak cik nor kita order set kids menu? fenen2... dia kata tak ada selera nak makan.. keep slim lah tuh.. last2 dia  tak sentuh pun makanan tuh. membazir je cik nor. Kalau kat Afrika confirm aku bungkus dan sedekah bagi kat guard atau maid aku. Kenyang perut diorang..

Lepas makan2 cuci tekak, kitorang ke Parkson. Shopping time... Aku nak beli bedak asas dan base mousse di shu uemura. Semua perempuan kenal brand ni. Tidak le mahal sangat tapi bagus dan tahan lama. Lipstik brand ni juga tahan lama. Normaly make up dan cleanser set aku beli boleh tahan 1 1/2 - 2 tahun. Aku bukan selalu make up. kalau ada majlis yes aku berdandan sikit.. Tapi tidak le setebal mcm KD dan CT..

Ini le bendanya 'smoothing fluid foundation' atau dalam scientifik nya bedak asas dan UV under base mousse.. Hahh.. siap ada resit from Parkson lagi. Promote ke?? itu tandanya aku beli kat Parkson KLCC 


UV under base mousse.. sangat2 le bagusnya.. Kalau nak make up tahan lebih lama, look natural dan ada sinar UV korang kena guna base mousse nih. Tengok le isi kandungan base mousse belah kanan.. dah macam teh tarik? milo tarik? apa2 jelah.. janji bagus..

Percuma set mini cleansing yang aku dapat. Banyak jugak tuh. Kalau beli more then RM350 barang shu uemura, akan dapat set mini lengkap jagaan kulit muka.. Banyak tuh. Tapi aku tak belanja sampai tahap tuh pun dah dapat nih.. OK lah tuh..

3 mini botol yang aku dapat free... from d left skin purifier, deep sea water bergamot mist dan radiance moosting lotion. benda ni korang kena pakai sebelum guna base moouse. Tapi kalau takde pun takpe.. tak penting.. cma satu je aku berpesan2 sebelum make up mesti ambil wuduk dulu baru berseri mukanya...

So guys setakat ini je ceritaku ceritamu.. acehhh cehh dah mcm movie Ogy plak.. Harapnya korang yang lelaki tak le bosan membaca cerita orang pompuan nih.. Tapi ada gunanya jugak. Yalah kan manalah tahu kalau nak beri presant besday ke, hantaran ke atau apa2 je lah kaum lelaki dah pandai nak belanja make up mana yang sesuaiii..

P.S. Jangan lupa cuba lipstik shu uemura jenis rouge unlimited creme matte... Kelas gituh.. tahan lama dan tidak kering... walaupun korang lepas makan pun bibir sentiasa ada lipstik. Tak caya cuba.. Harga cuma RM70 shj.. sedikit mahal tapi tahan lebih lama. Lipstik aku beli dari tahun lepas bulan Julai till now masih ada setengah lagi.. Jimatkan... K lah.. Selamat berbelanja dan makan2...  

Wrote by
Sallallahu ala Muhammad Sallallahu alaihi wassalam... Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w selalu agar hati sentiasa senang, tenang dan berseri kehidupan... Pahala pun banyak.

Hari ni aku berkongsi cerita perihal Pelajar Iman Muda kita. Alhamdullilah.. sejuk perut ibu2, mak2, mama2, mami2, ummi2 diluar sana yang melahirkan bakal2 peserta Imam Muda ni. Aku sendiri lhat mereka semua berkeyanian, berani, berilmu dan khusyuk mempelajari ilmu dan bakal menjadi Imam Muda Masjid WP. Insyaallah... 

Secara kebetulan aku tertukar channel Oasis Iman Muda 2010.. Yang bestnya episod kali ni mereka kena mempelajari memandikan mayat yang tidak di tuntut oleh ahli keluarga dan sedikit berisiko. Aku tengok cara mereka memandikan mayat pun sangat bagus dan lemah lembut. Jenazah of coz tidak di tunjuk wajah dan bahagian badanya. Tetapi semangat dan kerjasama mereka melakukan amat superb.

Selepas memandikan mereka khafankan dan kebumikan. Yang menarik semasa menurunkan jenazah di dalam tanah ada terdapat air bertakung tetapi tidak le sampai memudaratkan mayat itu.

Semoga kita sama2 sentiasa dan mesti mengingati MATI.. Bila dan dimana? jangan ditanya yang penting mulai sekarang bersedialah dengan bekalan kau untuk menempuh hari kematianmu dan hari akhirat kelak..

1) Kredit tinggi untuk Pelajar 'Shakir' 18 dari Kelantan. Kesungguhan, keyakinan serta keberaniannya sangat bagus. Tetapi belum tahu lagi adakah dia kekal sebagai Pelajar Imam Muda? tungguuu

2) untuk Muhammad Khairul Azahar Ghazali dari Kedah pula dia sangat khusyuk membaca talkin. Khairul amat memahami apa yang terkandung dalam talkin yang dibacanya sehinggakan beliau seperti menangis. isi kandungan talkin itu menceritakan bagaimana anggota kita di mamah cacing hingga hancur.. itu le serba sedikit terjemahannya.. nak lagi tahu baca sendiri ok..


3) Amiril Md Banin dari Kuala Lumpur pula selalu mengantuk dalam kelas. Tetapi yang bagusnya walaupun begitu dia amat tekun belajar dan peramah dengan masyarakat. Dia sangat dipuji oleh Ustaz.. 

Walau apa pun aku menyokong kesemua Pelajar Imam Muda. Semoga impian mereka menjadi nyata.... Good luck to all..
 
P.S. semua gambar aku bg credit kat mr. google

Wrote by on Jumaat, 28 Mei 2010
Salam adoiiilahhh... pagi2 buka blog dapat Tag dari Mr. Zoro.. Hisshhhhh.. Tapi takpe.. bagi otak yang dah suku karat nih berjalan2 merayau2 untuk berfikir... Aku sahut Tag kau ni Zoro.. So kita tengok le apa Tag yang di berinya kat aku nih...

TAG Assignment : Use the first letter of your name to answer questions.

(a) Copy to your own notes.
(b) Erase my answers.
(c) Enter yours and tag twenty (20) people.
(d) Use the first letter of your name to answer each of the following questions.
(e) They have to be real. Nothing made up.
(f) If the person before u had the same first initial, you must use different answers.
(g) You cannot use any words twice.
(h) You can't use your name for the boy / girl name question.

So.. i have to follow d rules from A - H.. Wokey.. will try babehhh..

1) What is your name : Rashidah ehem ehem ehem
2) A four letter word : Rush
3) A boy's name : Raffael Rash
4) A girl's name : Rozell Rocher
5) An occupation : radiographer
6) A colour : Roses
7) Something you wear : Red Skarf
8) A food : Rasberry cake
9) Something found in the bathroom : Rope Bathroom suite
10) A place : Republic Of The Congo
11) A reason for being late : Running 1000 meters
12) Something u shout : Rolex watches is missing
13) A movie title : Resident Evil
14) A musical group : Red Hot Chili Peppers
15) An animal :  Rhinoceros Black
16) A street name : Raja Chulan
17) A type of car : Rs 911 Turbo Porche

So so lah.. Oklah tuh daripada tak de.. Aku pun tak tahu nak bagi pada sape.. Kepada readers ku yang budiman, ceria selalu  dan ketawa tak henti2 please ambik Tag ni. Kalau yang mau aje.. kalau ngak ya udah.. Ngak ada paksaan.. =)

Selamat ber Tag N Tag heuer Wokey.... Good luck

Wrote by
Salam malam sambut pagi Jumaat... Ermmmm... Mata tak mengantuk jadi aku update le post aku yang dah nak basi ni. Esok plak ada janji temu dengan teman lama. Dah bertahun2 tak jumpa. Jangan nanti jumpa aku plak yang tertdo masa makan lunch. Parahhh...

Oklah... sambung ceta. 2  hari lepas aku ceta pasal Afrika. Kali ni aku ceta lagi pasal cuti2 mesra di Afrika. Jangan marah aahhhhh... nanti kena jual. Hehehehe... Cuti kali ni di Sadani Safari dan Mikumi National Park Tanzania.. Masa ni kitorang pegi tahun 2007.. Cuti sekolah anak.. Mr. hubby bawa bercuti kesini dulu sebelum kitorang sambung cuti di Pulau Zanzibar.. Kitorang pergi ke sana dengan menaiki kereta sendiri jenis 4x4 Toyota Rav 4. Perjalan mengambil masa selama 3 - 4 jam. Jalan jangan ceritalah beb.. Masuk kampung jalan tanah merah. Berlobang sana sini.. Dah macam naik unta. kihkihkih...

Finally kitorang tiba di Sadani Safari. Kematu jugaklah punggung aku nih. Yang si kecik sampai tertdo.. Dia kurang suka travel jauh naik kereta. Asyik tanya 'R we there yet' banyak kali, tapi mata pejam.. aku blurr... (ngeluh)

Bergambar di hadapan chalet yang betul2 berhadapan dengan pantai.. Yang bestnya chalet ni ada katil yang di letakkan dalam bilik luar. Siap kelambu lagi. Gambar atas belah kana... Kalau tdo kat situ syokkkk... angin tiup shahdu... makin lena..

Gambar dalam bilik kitorang tak berapa elok nak share kat sini.. ada sikit seksi.. ini aku pinjam gambar dari page diorang.. klik sadani disini.. 

Yang ni plak ruang rehat + tempat makan. Monyet2 kat sini nakal2. Jangan le lepa makanan atas meja. Memang dia tunggu je nak ngap. Tapi masa kitorang stay tak ada plak monyet2 ni kacau.. Dia tau orang Malaysia kot.. Hehehehe... 

Alamak.. gajah tengah berehat.. shhhhh... jgn bising.

Aku suka tengok dinding pagar diorang yang diperbuat dari buluh. Unik sehh..... 


Dinding pagar dari buluh. Sangat kuat. Dan yang tergantung tuh Humpback Dolphin. Menurut cerita tuan punya lodge diorang jumpa tulang ni dan terus di gantung ke dinding.

Ini rumah rehat tiga segi.. syok rehat kat atas ni. Walaupun masa ni panas giler tapi angin kat sini kuat.. angin sepoi melintang.. kihkihkih..

Lagi gambar pinjam dari page Sadani. Ini adalah tempat rehat Mkadi bar. Tapi masa kitorang datang tak ada pun minah/mamat saleh lepak minum bear.. Banyak minum coke dan coffee je.. Ada lagi satu bilik perpustakaan... cantikkk bangat. Kreatif sungguh decoration diorang. Lupa nak snap coz terpegun dan kusyuk baca buku...

Apa yang bestnya Mkadi bar ni pasal tempatnya yang so relaxing.. ngeteh, kopi + borak2 kat sini memang bestt.. Nak2 yang tengah syok bercinta.. Romantik gituh...
Lepas pusing2 dalam lodge diorang sediakan dessert buah2an. D lodge ni semua perabot di perbuat dari kayu pokok. Pokok apa?? ahhh.. ini yang kita tak tau nih.. Aku tanya gak tapi lupa coz dah 3 tahun der.. lupa nak catit.. hehehehe

Ni anak kawan aku si kembar siam 3.. Zura, Zara dan Zira.. Tapi yang nampak cerdik si Zara sebab dia yang sulung. Teringat masa mereka datang ketuk pintu ajak Syarah main sama2. Kebetulan kitorang baru je nak keluar b'fast.
Mr. Hubby : 'How r u'.. 
Zara : im fine (pertama jawab)
Zura : fine (kedua jawab)
Zira : fine (ketiga jawab)  jawapan tidak serentak tapi berturut2 (comey) kitorang senyum je..

Syarah depan bilik kitorang....

Bergambar dengan salah seorang tuan punya Lodge Sadani ni. Namanya Mr. John Labu.. hehehehe.. gurau. labunya tak de.. aku tambah.

Sedang menunggu geng2 yang lain untuk memburu menaiki Land rover... Masa ni kitorang pegi sekitar jun - julai. memang tengah banyak Hipo dan Crocodile..

Atas bot.. tengok le mr. hippo sedang berdating... Kalau dengar diorang bunyi.. mak aiii.. dah macam motor bot.. kuat sehhhh..

Salah satu babak dalam drama 'tilamku beralas pasir' Shahdu bunyinya....

Ungka.. Tinggi betul dia panjat.. Gambar tak berapa nampak. Aku zoom sikit dah jadi kelabu. Yalahkan.. guna camera kecik... Ungka ni cantik warnanya. perang2 putih.

Lepas balik dari tengok mr. hippo, mr. crocodile, mr . ungka dan lain2 kitorang di bawa ke tempat buat garam... disinilah mereka memproses garam halus...

Ini adalah rumah orang swahili.. Kampung swahili.. rumah mereka diperbuat dari tanah yang bercampur batu berangkakan kayu pokok..

Sewaktu kitorang singgah sekejap untuk mengambil gambar, mereka terus menuju ke arah kitorang. aku berilah 2 - 3 pek biskut pada mereka. Kesian tengok..

Ni le rupa dinding rumah yang diperbuat dari tanah dan batu berantingkan kayu pokok. Aku pernah tanya tahan ke dinding ni.. Diorang cakap tahan... iyalah kot.

Kanak2 sekolah kampung swahili bermain bola. Tahan lasak betul diorang nih.. Tengah2 panas tuh... itu sebab stamina diorang kuat... bagus bagus...

Depan pintu masuk Mikumi National Park.. Atau aku kata zoo ternganga... (kidding) Cik adik kasut merah nih... sampai terkangkang kau bergambar ya.. ishkk ishkkk... 

Aku dan mr hubby ketawa lihat gelagat syarah.. Kitorang suruh bergambar dengan rusa hidup nih, dia percaya betul.. itu yang muka seposen.. takuttt...lepas dapat tahu running kudu tuh patung dia cool plak...

Cantik burung ni.. Nama dia 'aku terlupa'.. nanti le aku cari buku Afrika aku balik k.Warna bulu bahagian belakang burung ni cantik... berwarna warni...

Running Kudu : Apa yang kau buat tuh ha labu...tanduk aku ni standby je nak sondol punggung korang..

tengoklah lubang hidung dia... besarrr punya..

Running kudu denga kuncu2nya... 'Alamak posing sikit' banyak plak yang interframe..

Giraff 1 2 & 3 : 'shot cantik2 ok'
Giraff 4 : oppss.. sorry. aku tengah lapar.. tak kuasa nak layan photo kau.. boleh blah...

Gajah dengan kuncu2nya.. Waktu semakin gelap menunjukkan gajah semakin hilang.. singa pun kitorang tak dapat jumpa.. Tapak adalah... nak buat apa. citttt!!

Zebra a.k.a kuda belang... cute sangat. Rasa macam nak tunggang je.. teringat cerita Madagascar... Apapun kalau nak tengok binatang paling banyak dan paling famous tempatnya adalah di Ngoronggoro Tanzania.

Dulunya menurut cerita lagenda budak setan ..opppss tersasul.. bukan lagenda tuh ya... ada taik bintang jatuh di Ngoronggoro. Kesan taik bintang tuh sangat le besarrrr... Lebar dan lebar besarnya tidak pula aku ingat, nanti carilah. Tetapi kesan taik bintang jatuh tuh berbentuk bulat dan dalam seperti ceruman bukit.. Sejak itu binatang2 tinggal di situ.. 

Soalan : berapa banyakkah binatang2 ada di situ??
Jawapan: tersangatlah banyaknya.. berjuta2 lemon..

Cukuplah aku cerita pasal cuti2 mesra alam kitorang di Sadani Safari dan Mikumi.

P.S. Kalau korang rasa2 nak tengok zoo terbuka dan bermacam2 binatang, korang pegilah ke Ngoronggoro Tanzania.. Paling famous dan cukup puas hati... Ok.. selamat beristirehat dan enjoyed ceta aku ya.... Salam

Wrote by on Selasa, 25 Mei 2010
Salam guys.. Setiap kali bila aku dan mr. hubby fly dari Nairobi - Dar Salam mesti tertido.. Ntah kenapa. Agaknya pelayan kapal kasi ubat tdo kot. Huhuhuhu.. Bukan apa bila kitorang fly dari Nairobi  kapal terbang ni akan lalu atas Gunung Kilimanjaro. Tapi bila mr. hubby fly sorang2 tidak pula dia rasa mengantuk. Hmmmm.... Agaknya tak ada geng tdo kot. (sengeh).. Itu yang dia dapat snap gambar Gunung Kilimanjaro. Maybe not my luck lah kot... (keluh).. ok sambung.


Gunung Kilimanjaro iaitu gunung paling tinggi di negara Afrika dengan ketinggian 5,895 meter atau 19,341 kaki. Gunung Kilimanjaro juga adalah antara gunung-ganang bebas paling tertinggi di dunia dan meningkat 4600 meter atau 15,100 kaki dari asas.




Permandangan Gunung Kilimanjaro dari arah bawah... mr. hubby kata kalau lihat depan2 mata tersangat le cantik dan udaranya tersangat le segar, nyaman dan bersih... sejukkk je. Gambar tidak berapa jelas kerana hari semakin gelap.. gambar ni sudah 5 tahun disimpan since 2005. Kebetulan aku nak cerita pasal Gunung ni makanya aku mengimbas balik folder2 lama yang ada di HD.



Gambar terbaru dari mr. hubby yang baru di ambil semalamnya. Permandangan Gunung Kilimanjaro dari atas.. cantik bukann... tertarik d bom..


Mr. hubby bergambar di bawah permukaan masuk menuju ke Gunung Kilimanjaro.. Gambar tahun 2005.. Handsome bukannn... Rambut pun ala2 Alleycat gituhh. Hehehe


Ramai yang tidak pernah tengok orang Masai Afrika. Ini adalah salah satu keluarga masai yang tinggal di sekitar pergunungan Kilimanjaro.. Tongkat kayu yang orang masai tu pegang harganya cuma USD7 shj. Lagi panjang lagi mahal harganya. Banyak kegunaan tongkat ni... Tak sempat nak beli coz susah nak bawak naik flight... Next time aku pegi Dar Salam lagi aku akan membelinya buat senjata perlindungan aku.


Dan lagi di sekitar Gunung Kilimanjaro ni mempunyai lombong batu Tanzanite. Batu ni sangat popular dikalangan penggemar batu perhiasan wanita. Aku memang suka dengan batu ni.. Bermacam2 warna dan nama ada. Paling cantik dan mahal adalah batu berwarna biru ala2 tua gitu.. Tetapi sewaktu aku berborak dengan teman yang juga tuan punya kedai barang kemas di Dar Salam Mr. Hamid, dia juga kata biru dan ungu adalah batu yang paling bermutu... Iyalah kot. Nak tengok macam mana Tanzanite ni.. Ini le batunya.. Salah satu koleksi barang kemas aku. Hadiah besday dari Mr. Hubby.. Aku suka warnanya.. Khabarnya batu Tanzanite ni akan hapus pupus. Hapus Pupus mcm mana.. Haaa ini yang kita tak tahu ni.... Hehehehe... Nanti aku tanyalah kenapa. Sebabnya diorang kata batu ni semakin lama makin kurang. Iyalah kan kalau asik di gali je tak ke habis. Ok... sambung ceta..


Yang ini pula Pulau Prison atau orang Zanzibar gelar pulau Changuu... Korang nampak bentuk kecil belah kanan. Bukan yang atas kanan tuh. Yang tengah kekanan. Aku tak tahu le macam mana diorang boleh bagi nama Prison. adakah kerana banyak prison di pulau ini atau...?? Bukan.. sebenarnya masa dulu pulau ni di jajah oleh orang bangsa Arab dan mereka menggunakan pulau ini untuk menyimpan hamba2 abdi yang tahan panas untuk dijual.. Sampai sekarang masih ada orang2 Afrika menjadi kuli hamba2 orang India dan Arab. Termasuk le orang luar... Gaji mereka tidak le sehebat jika dibandingkan dengan orang gaji di Malaysia. Sebulan mereka hanya mendapat RM180 - 200 shj. (sedih) .. Cuma apa yang menarik orang Afrika ni mereka kuat dan tahan panas serta lasak.. Tengok le badan2 mereka..  Makan ugali dan gandum. Kalau tarik batu guna kayu 3 roda macam kereta lembu tarik tuh.. pergghhhh kuat sehhh.. Upahhh.. hmmm tarik batu sekali round cuma RM2 shj. Tak berbaloi.... Kasihan (sedih) u guys boleh baca pasal hamba abdi Afrika ni dalam post aku yang sebelum ni.




Ni dia gambar paling dekat. Perghhh.. cantik bukan..Kalau buat snorkeling best gilerr nih. Lagi2 bila banyak terdapat terumbu karang di sekeliling pulau ini. Air yang biru kehijauan dan tersangat le jernihnya. Banyak kura2 gergasi tau.... Tak caya??


Kura2 gergasi yang berada di Pulau Prison Zanzibar.. Wowww.. story about Zanzibar aku masih terngiang2 bunyi ombak, dolphin, burung berkicau dan udara segar nyaman disana (ngeluh).. Apa2 pun Maldives still d best.. hehehehe.... Tapi kalau nak buat diving di Afrika korang kena cuba ke Pulau Mafia. Not badlah...  Itu kata kawan aku. Aku tak cuba lagi. Maybe soon...

 
salah satu video youtube yang aku sertakan disini from sunsetafricasafari...


So guys... lepas ni ada le orang Malaysia yang kenal dan tahu Gunung Kilimanjaro Afrika. Aku suka2 je kongsi2 kat sini. Mana yang tahu tuh baguslah.. mana yang tak pernah tahu dan tengok Gunung tertinggi lebar ni, tentunya dah ada kat blog aku. Nak tengok klik je.. Insyaallah lain hari aku cerita plak percutian aku di Sadani Safari Afrika.. Orang panggil zoo terbuka... hahahaha... Enjoyed ok... Salam

Dikuasakan oleh Blogger.
Nur Misnan