Tenang dan sejuk hati ini memandang wajah bersih dia

Salam Alhamdulillahi rabbil alamin.... Hati terasa tenang dan sejuk bila memandang wajah bersih sahabat baik aku yang sudah pun selamat pulang ke tanah air tercinta dari TANAH SUCI MEKAH menunaikan rukun yang ke lima. Bersyukur sesangat2 kehadrat ilahi kerana niat beliau untuk menunaikan HAJI tercapai jua. Sebelum ini hasrat beliau tertunda kerana belum bersedia. Namun Allah itu sentiasa mendengar doa hambanya. 

Doa aku kepada kau Kak Shida semoga ISLAM sentiasa menggembirakan dan penenang hati agar tahun2 dan rezeki akan datang terlaksana lagi impian kau untuk menunaikan RUKUN KE LIMA yang kedua kali. AMIN.. 

nota
Seorang yang Mualaf telah pun melengkapkan RUKUN ISLAM. Kita yang sudah pun beragama ISLAM sejak dilahirkan bila lagi nak tunaikan IMPIAN ini? Aku sentiasa berdoa agar kita semua dapat menunaikan RUKUN YANG KE LIMA sebelum mata kita tertutup rapat mengadap ILAHI. AMIN YA RABBAL ALAMIN
Tenang dan sejuk hati ini memandang wajah bersih dia

2 comments.. read them below or add one

white rose white rose Jumaat, Disember 24, 2010
assalamualaikum kak nora...

alhamdulillah syukur kpd semua peserta2 haji dpt melaksanakan rukun islam ke 5 tu...

mudah2an kita semua dpt mnunaikannya...
nurmisnan nurmisnan Jumaat, Disember 24, 2010
salam cik putih..
alhamdulillah.. memang seronok berjumpa
dengan sahabat2 yang pulang dari HAJI
bersih jer wajah mereka...

insyaAllah... mudah2an yer