Mr. Hakim Tinggi Syariah ditangkap khalwat dan bersekedudukan

Salam... Apa nak.. apa nak jadi.. Mr. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di cekup dan bersekedudukan. Haishhhh... malulah banyak Mr. Hakim.. Kata berpelajaran tinggi sampai Azhar. Hukum islam Quran Hadis semua dalam kepala. Apa kessss.... Iman sudah cair bak planta di atas kuali.. Tak takut dah pada Tuhan. Dah tuh nak main ugut2 plak dengan pegawai penyiasat tuh. 

Kuala Lumpur : Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu. Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi. “Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota. 

Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu. 

“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya. METRO

P.S. Halo Mr. Hakim.. Walau tinggi atau kenal rapat mana pun orang atasan yang kau katakan, keadilan tetap akan menang. Ingat der... Tuhan itu lagi NUN ATAS SANA dari orang atasan yang kau kenal... huhuhuhu
Mr. Hakim Tinggi Syariah ditangkap khalwat dan bersekedudukan

{ 11 comments.. read them below or add one }

* MissYaniAbdullah * * MissYaniAbdullah * Khamis, Disember 09, 2010
padia ni buat malu org penang ja..haihh...

cheq oii pasai cheq buat lagu tu..cheq tu org besaq org ada pangkat..

hadehh ..
nidanida Khamis, Disember 09, 2010
salam..
pembetulan sikit.. Mr.Hakim tu tak study sampai Azhar pun.. cuma kat malaysia ni shj.. kesilapan dia adalah tidak mewar-warkan perkahwinan keduanya.. itu sahaja.. sudah 2 bulan menikah sorang lagi, cuma org sekeliling yg tak tahu.. sy saudara rapatnya..
sekian, wassalam..
mila.ibunajihah mila.ibunajihah Khamis, Disember 09, 2010
MasyaAllah..apa nak jadi.. cemaner nak mengadili kes org camni..wat2 muka tak bersalah la dpn pesalah..hmm..
white rose white rose Khamis, Disember 09, 2010
assalamualaikum kak nur...

Ya Allah, terkzut membaca berita ni...

apa nak jadi laaaaa...
ni siap la...
habis semua orang memaki beliau...

pandai mengadili orang lain,
orang lain pun bakal mengadili dia...

ALLAH MAHA MENGETAHUI...
meowwmania meowwmania Khamis, Disember 09, 2010
shame shame...buat malu jer ish ish
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, Disember 09, 2010
salam nadia..
baguslah kalau dia bukan pelajar Azhar cuma hairan yer pelajar syariah Msia senang benar dapat jadi HAKIM MAHKAMAH TINGGI..
Maybe luck dia kot.. Rezeki masing2

Pada pendapat aku sepatutnya pernikahan ini tidak perlu di sembunyikan..
Biar bergaduh awal jgn bergaduh kemudian...
dah jadi seperti ini tidak ker
memalukan diri sendiri...

harapnya cerita yang kau sampaikan ini
adalah benar dan aku tutup kes nih dari memaparkan cerita ini dari
sumber METRO...

p.s. mr. Hakim Syariah TINGGI..
sebagai Hakim Syariah.. haruslah
memberi tauladan yg baik kepada rakyat ISLAM Msia
kerana kes cerai berai ini
akan dirujuk dan dihakimi oleh pihak Mr. HAKIM
jika Mr. HAKIM sendiri bersikap
tidak adil kepada isteri sendiri
bagaimanakah org2 ISLAM kita mahu
percaya lagi kepada Mr. HAKIM??

TEPUK DADA TANYA SEDAWA...
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, Disember 09, 2010
sambung sikit.. tapi jika sudah berkahwin
kenapa semasa di tangkap bersekedudukan
tidak menunjukkan surat pernikahan
kepada pegawai penyiasat itu??

takpe2 kita tunggu siasatan selanjutnya.. Haru betul..
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, Disember 09, 2010
salam cik mila, cik putih, cik meoww, cik yanie yang sweet choc...
thanks singgah dan tinggalkan
tapak kaki... hu3..

sekarang kita tunggu siasatan ini selesai...
mcm cik nadia yang mengaku saudara
kepada Mr. Hakim itu...
dia sudah bernikah 2.
jadi... kita tungguuuuuuu
NidaNida Jumaat, Disember 10, 2010
marah? sy lagi marah berjuta kali ganda bile baca paper.. apalagi his parent, wife & kids, memalukuan!

pg tu sy sendiri yg call dia.. menurut katanya surat nikah disimpan dirumah isteri keduanya di****** bukan dipenang.. mmg sepatutnya isterinya tahu.. sudah dinasihati tp dia ada alasan tersendiri.. mmg alasan la dia tu! dulu lawyer skrg hakim la katakan. menjawab bijak!

emm tentang utk jadi hakim tu.. sapa2 yg ada kelayakan pun boleh.. kalu civil court cuma hadiri bbrp course & exam sesion pun dh blh jd majistret.. the same thing goes to hakim syariah.. dia start dgn lawyer cabuk je, then hakim syariah mhkmh rendah, pendaftar kehakiman, sampailah akhir sekali jd mahkamah tinggi.. all those things adalah proses kenaikan pangkat biasa & thru few exams..

mmg tak dinafikan dia mmg silap, as a family sy malu.. puas dinasihati.. apapun kite tunggu je kes dia apa kesudahannya.. ingat tak? Bung mokhtar & zizie pun tak terlepas kan.. depa tu pun bermula dgn kene tangkap khalwat gak.. tp rupanya dah nikah.. so we'll wait & see.. :)
Nur Misnan Nur Misnan Jumaat, Disember 10, 2010
salam Nida...
ohhhh gitu rupanya.. rasanya dulu memang senang
untuk apply Majistret..
tak tahu pula sekarang seang yer...

dilanjutkan cerita kau tadi
rasanya supaya dia bertindak lebih cepat
dan bersihkan nama baiknya...
manusia tak lepas dari mengutuk dan berkata
adat resam dunia...

by d way... lepas nih jgn ler lupa
tukar sijil nikah berbentuk kad.. kan senang
tak ler nanti kena cekup lagi
maluuuu tauu... dia pun ada kemaluan. oppsss malu... hu3.. gurau

P.S. satu kesilapan yang dia harus belajar
kerana kesilapan pada alasan sendiri
seluruh keluarga menanggung malu..
insyaAllah... aku rasa jika dia dipihak yg benar
dia tak perlu rasa malu... berkahwin 2 tidak salah
tapi jika tertangkap sebegini rupa
susah untuk manusia disekeliling melupakan...
sabar dan tunggu kes ini selanjutnya...
thanks for sharing here NIDA.. =)
Gd day
Tanpa NamaTanpa Nama Selasa, Disember 28, 2010
Cik Nida... u tak tahu apa yang terjadi pada malam Mr. Hakim tuh ditangkap... u cuba tanya dia... kalau dah kahwin naper perlu menyembah2 merengek sehingga minta diubah fakta supaya dilepaskan... kononnya malu sebagai hakim syariah tinggi....... sbb tuh ler ALLAH buka aib dia mlm tuh....