Eksklusif: Bayi RM21,000

KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket menjual bayi di sebuah hospital swasta di sini terbongkar selepas polis menahan enam suspek sebaik saja selesai urusan jual beli seorang bayi perempuan berharga RM21,000, semalam. Suspek terbabit termasuk pemilik hospital, isterinya dan anak perempuan mereka serta tiga kakitangan ditahan dalam Ops Pintas Sayang yang dilancarkan Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman, kira-kira jam 4.30 petang.


Dalam serbuan di hospital itu yang diketuai Asisten Superintendan Nordin Ibrahim bersama lebih 20 anggota hasil maklumat awam, polis juga merampas sijil lahir bayi perempuan berusia seminggu itu dan wang tunai RM21,000 dipercayai yang dibayar suami isteri terbabit.


Menurut sumber, siasatan awal polis mendapati pasangan terbabit membeli bayi perempuan itu selepas berurusan dengan hospital berkenaan sejak sebulan lalu dan mereka sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.


“Ibu kandung bayi itu dipercayai keturunan Melayu, manakala bapanya seorang warga Pakistan,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, hospital berkenaan yang dikatakan dimiliki seorang doktor bergelar Datuk, dipercayai menjalankan kegiatan menjual bayi sejak lebih 10 tahun lalu.



Hospital itu dipercayai memalsukan maklumat ibu bapa kandung bayi terbabit bagi membolehkan pasangan suami isteri terbabit mendapatkan sijil kelahiran bayi itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Seorang wanita yang juga kakitangan hospital berkenaan, turut mengiringi pasangan terbabit ke JPN di Putrajaya sejurus selepas urusan jual beli bagi membantu mendaftarkan kelahiran bayi itu dengan menamakan suami isteri terbabit sebagai ibu dan bapa kandung yang sah.


“Wanita itu kemudian ditahan polis di JPN Putrajaya selepas selesai menjalankan urusan berkenaan,” katanya.


Difahamkan, harga bayi yang dijual sindiket itu boleh mencecah lebih RM30,000 mengikut bangsa dan jantina. Harga bayi lelaki dikatakan lebih mahal yang biasanya dijual antara antara RM15,000 ke RM20,000.


Bayi berbangsa Cina pula paling mahal dan dijual mengikut berat, iaitu RM10,000 sekilogram berikutan permintaannya tinggi dan sukar diperoleh.


“Jika bayi itu beratnya tiga kilogram, maknanya harga bayi itu adalah RM30,000, berbeza dengan bangsa lain,” katanya.


Beliau berkata, kebanyakan wanita menjual bayi itu kerana tidak mampu menanggung kos bersalin dan perubatan yang mencecah sehingga RM5,000.


“Selalunya yang datang ke situ adalah wanita warga asing yang mengandung anak luar nikah selepas menjalin hubungan dengan lelaki senegara atau tempatan.


“Oleh kerana tidak mampu menanggung kos bersalin dan tidak mahukan bayi itu, mereka datang ke hospital berkenaan yang sememangnya diketahui menjalankan kegiatan menjual bayi.


“Si ibu akan bersalin di hospital itu dengan kos bersalin serta rawatan ketika pantang ditanggung hospital berkenaan, selain turut : sumber Berita Harian
Eksklusif: Bayi RM21,000

{ 8 comments.. read them below or add one }

meowwmania meowwmania Selasa, November 02, 2010
astagfirullah...

hsptl milik datuk?? datuk hape camtuh, sengal!
Cat-in-Sydney Cat-in-Sydney Selasa, November 02, 2010
Aunty Nur,
Apa ni orang jual orang? Jadi kucing lagi baik, kan? purrr....meow!
Abd Razak Abd Razak Selasa, November 02, 2010
Salam...

Manusia terlalu memandang dunia hingga sanggup jual bayi...
white rose white rose Selasa, November 02, 2010
salam kak nur...

SAYA DATANG MENJENGUK AKAK DISINI...
SEHAT KE???

dah makan???

kes jual bayi ni dah lama sangat ade...
cume tak dapat dikesan je...

ramai je remaja2 kolej jual bayi mereka...demi nak tanggung kos pembelajaran...
cume xde pendedahan cerita je...
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, November 02, 2010
salam cik meoww..
ini latuk separat parang sekeper..
dalam kepala dia hanya $$$$$$

risau masalah ini akan semakin menjadi2
kepada remaja2 sekarang...
fahamkan kalau dah ada hospital seperti ini
makin ramai ler orang nak jual bayi...
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, November 02, 2010
salam CAT..
manusia semakin tipis iman..
selalu orang kata
binatang lebih sygkan anaknya
manusia yg berakal???
seperti hilang kewarasan
dan sanggup tanggung DOSA

bg mereka
DOSA DOSA belakang kira
yang penting lepas dari MALU
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, November 02, 2010
salam brother Razak..
nama pun manusia
sentiasa sesat dan dengar bisikan syaitan..
syaitan lah yang paling suka
dan gembira kerana berjaya
menyesatkan manusia.. itu janji syaitan

manusia yg berakal
letak otak kat tapak kaki
di pijak2 sampai penyek.. itu pasal
tak boleh pk..
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, November 02, 2010
salam cik Putih..
wahh.. kenapa tidak di banteras ya
kes begini..
sedih benar dengar kes pelajar2 kita
yang sepatutnya menunaikan hasrat mak bapak untuk berjaya

sedarlah sebelum terlambat..
jika bukan kita mendapat balasan dari Allah sekarang
DIA akan membalas pada anak2, atau cucu atau mungkin cicit2 kita atau
mungkin pada mereka yang kau syg...