Dua lelaki ini berbasikal tunai HAJI

Lelaki ini : IMTIYAZ (kiri) dan Nathim bergambar dengan basikal yang mereka naiki dari Cape Town semasa tiba Mekah. - Agensi

Salam Aidil Adha... Jika hati kata mahu, redahlah apa saja asalkan dapat menunaikan segala impian. Begitulah yang terjadi kepada 2 lelaki ini Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Februari lalu dan tiba di Mekah untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama sembilan bulan. 

"Jika saya bekerja keras untuk mencapai sesuatu, di penghujungnya ia adalah lebih manis dan lebih dihargai. Selepas sembilan bulan berbasikal merentasi Afrika dan Asia Barat, saya sangat menghargai pengalaman ini," kata Nathim kepada wartawan Al-Jazeera.

P.S. Dahsyat sungguh kekuatan, keberanian dan semangat lelaki2 ini. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan lelaki2 ini agar sempurna menunaikan haji dan selamat pulang merentasi 12 negara untuk sampai ke Cape Town Afrika Selatan. Amin.... Sumber Utusan Msia






{ 9 comments.. read them below or add one }

nurmisnan nurmisnan Khamis, November 18, 2010
salam meow..
wish aku jugak nak berbasikal seperti mereka
tapi aku tiada kekuatan pengayuh itu...
tapi hati aku kuat untuk ke MEKAH..
nurmisnan nurmisnan Khamis, November 18, 2010
salam gnesop
inilah org kata kekuatan iman
dan hati..
jika hati sudah jatuh cinta
kelautan api pin sanggup di redah
untuk menunaikan HAJI

tapi ada ker lautan berapi?? huhuhu
white rose white rose Khamis, November 18, 2010
salam ziarah kak nur...
SALAM AIDIL ADHA...

rindunye kat akak...
sy busy laa...

nak la semangat mcm mereka berdua nih...semangat untuk beribadah kepada Allah...
Berto Berto Jumaat, November 19, 2010
semoga mereka mendapat haji yg mabrur
nurmisnan nurmisnan Sabtu, November 20, 2010
salam cik putih..
aiseymannn... miss me kaa??
miss u 23456.... huhuhuh

Allah itu Maha mendengar
dan Penyayang..
segala niat dan doa hambanya
untuk memnunaikan HAJI MAMRUR
insyaAllah akan terlaksana
walaupun dengan berbasikal
Khairy Khairy Sabtu, November 20, 2010
kagum la dengan diorang....sanggup bt apa saja demi agama. Susah gak nak ikut...
nurmisnan nurmisnan Sabtu, November 20, 2010
salam khairy..
bestkan dengan semangat dan kekuatan mereka
kuat pada stamina, jasmani, rohani
dan semangat mereka

dengarnya ada sudah orang Msia
pergi HAJI dgn berbasikal
tapi tak ada khabar pula...
cuba2 ler google mereka...