DHC idep Tonic vs Aloe Vera

DHC Eyelash Tonic

Salam my ladies.. Satu lagi produk high nyata dibangunkan dan dihasilkan di Jepun dan berada di pasaran Sweden. DHC dicipta untuk sesiapa sahaja baik lelaki atau perempuan yang memiliki bulu mata rapuh, tipis atau pendek.


DHC idep Tonic adalah serum inovatif yang menguatkan bulu mata dan menyumbang untuk sihat, bulu mata tampak lebih cantik. Serum berfungsi melindungi faktor keausan dan membantu meningkatkan bulu mata menjadi kuat. DHC idep Tonic memberikan protein yang diperlukan dan vitamin serta bahan melembabkan, meremajakan, meningkatkan pertumbuhan baru, bulu mata lebih berkilau dan menjadi lebih elastik.


Dengan penggunaan DHC idep tonic, bulu mata yang pendek, rapuh dan bulu tipis akan lebih tajam dan lebih sihat dalam masa 30 hari.

Bahan DHC
Aqua, butylene glycol, Buaya Leaf Juice, Phenoxyethanol, Carbomer, Aminomethyl propanol, plasenta Protein, Xanthan Gum, Allantoin, Swertia japonica ekstrak, Salix alba (willow) ekstrak kulit, ekstrak daun Symphytum officinale, Nasturtium officinale Bunga / Ekstrak Daun, Olea europaea (zaitun) ekstrak daun, akar Panax ginseng ekstrak.

P.S. Sekarang macam2 dah ada termasuklah cara amalan traditional. Untuk lebatkan bulu mata kita boleh guna badam dengan minyak, guna lendir daun lidah buaya dan macam2 ler petua ada.. Aku plak hanya guna cara traditional jer. 

caranya : Ambil sebatang aloe vera. Berus maskara yang tidak digunakan lagi di cucuk2 kedalam isi daun aloe vera untuk diambil lendir dan berus pada bulu mata seperti menggunakan maskara sebelum tidur. Buat setiap malam.. Jika ada rasa gatal jangan di basuh. Itu menunjukkan tanda yang baik. Teruskan amalan ini setiap malam. InsyaAllah... lebat dan panjang bulu mata tuh dan selamat tanpa rasa was-was.. Selamat mencuba. gambar kredit untuk mr. google

{ 8 comments.. read them below or add one }

white rose white rose Khamis, November 25, 2010
salam kak nur...

siapakah mr.google itu?
majestrik? loyar? ahli muzik???

hahahaha...

akak, mane senari pemenang contest akak tu...dah umumkan belum???
meowwmania meowwmania Jumaat, November 26, 2010
wahh bole la cuba tips kak nur nih, tengs for sharing =)
faraulah faraulah Jumaat, November 26, 2010
tak tahan dengan gatal...biasa letak kat muka Aloe Vera ni..tak tahu pula boleh letak kat bulu mata
Ogy Ogy Jumaat, November 26, 2010
bulu mata dh panjang dan lebat..tp tak lentik je....huhuhhuhu
nurmisnan nurmisnan Sabtu, November 27, 2010
salam cik putih..
mr google yang baik hatilah.. hu3

senarai pemenang belum lagi
kes tutup pun dah mention 30hb Nov
jadinya kena ler SABARRRRr....
nurmisnan nurmisnan Sabtu, November 27, 2010
salam cik meoww...
masa muda2 dulu, kawan2 tanya
hari2 ker pakai maskara..
aku kata tak pernah pun beli
but diorang tak caya.. =)
tapi sejak kahwin nih dah lama aku tak amalkan
coz tak ada masa nak ambik
daun lidah buaya.. hu3
terkadang2 jer buat..

tapi seriously memang menjadi
amalkan selalu.. tapi ingat
kalau gatal jgn basuh..
gosok sikit2 jer utk hilangkan
kegatalan tuh..
nurmisnan nurmisnan Sabtu, November 27, 2010
salam faraula..
selalunya bukan muka sajer
tapi bulu mata, kening dan juga rambut
kalau nak lebat dan hitamkan rambut
boleh guna lendir alow vera nih
ratakan pada rambut dan balut
dengan towel..
biarkan 1 jam.. bilas...

nanti ada free aku beri
tips untuk lebatkan rambut..
nurmisnan nurmisnan Sabtu, November 27, 2010
salam OGY
hu3... oklah tuh
dah panjang cuma tak lentik
itu aku tak boleh nak tulun lah
cuma kena rajin jer lentikkan sendiri
guna gunting pelentik bulu mata..

tapi jika selalu amalkan
insyaAllah.. lama2 lentiklah tuh
lebih bagus dibuat semasa
mata diberus dgn alow vera