Padah berasmara atas bumbung


Salam guys... 
Berita dari SinarHarian.. DAMANSARA DAMAI – Bimbang diri dicekup selepas kegiatan sumbang bersama tiga remaja lelaki dihidu penduduk, seorang budak perempuan berusia 12 tahun nekad bertindak ala Spiderman turun dari kawasan tangki Tingkat 7 sebuah apartmen untuk menyelamatkan diri. 

Namun, usahanya sia-sia selepas maut terjatuh dipercayai tergelincir ketika menuruni bumbung balkoni ke Tingkat 6 apartmen terbabit. 

Mangsa yang cedera parah tidak sedarkan diri kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian. Berita lanjut sila baca SINI

P.S. Macam2 sekarang perkara buruk berlaku. Nak salahkan siapa ya? Anak2 zaman sekarang semakin berani membuat perkara2 yang menyalahi agama dan memalukan nama keluarga. Umur baru cecah setahun jagung tapi dah berani tuh der buat *tuttttttt....* Difahamkan kumpulan remaja tuh sering menjadikan kawasan tangki air di blok berkenaan sebagai tempat melampiaskan menyerahkan melepaskan nafas taufu panas. Salah sape sebenarnya..???? AHHH!!! LU PKLAH SENDIRI

{ 23 comments.. read them below or add one }

Frodo Baggins Frodo Baggins Isnin, Oktober 25, 2010
cicak jer boleh romen atas siling n bumbung ... jgn coba2.
Just a random girl... Just a random girl... Isnin, Oktober 25, 2010
Aduiiiii budak2 sekarang ni... Kenapalah sampai nak buar aksi spiderman tu, kan dah gol?
Just a random girl... Just a random girl... Isnin, Oktober 25, 2010
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 25, 2010
salam brother frodo
lama tak nampak
mana tercampak?
huhuhuhuh....

apa tak ada nya
cicakman? hehehehe
dengar tuh wahai sahabatku
dah kata dah JANGAN COBA2
saya_arief saya_arief Isnin, Oktober 25, 2010
atas bumbung pown leh jadi port ea..
aduss.
meowwmania meowwmania Isnin, Oktober 25, 2010
astagfirullah...

klau smpai maut lepas buat perkara tak elok camtu berbaloi ker hurm...
white rose white rose Isnin, Oktober 25, 2010
salam kak nur...

dorang takut kena cekup dari takut dengan ALLAH...

nak salahkan siapa...
mintak remaja2 lain dijauhkan dari semua2 nih...
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 25, 2010
salam azura..
nak cuba lari
tapi terus pergi..

dah nasib mereka

.......

salam fairuz
itulah.. macam2 berlaku
kat Msia sekarang
itu sebab jika mahu beri makan
pada anak2 biarlah yang bersih dari kekotoran
duit haram..

didikan dan bimbingan juga penting
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 25, 2010
salam saya arief...
kalau dah suka
kat tepi parit pun jadi..

akal yang pendek
tanpa berfikir
jadi beginilah..

semoga dijauhkan sikap buruk ini
dari remaja2 dan anak2 yang lain
amin
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 25, 2010
salam sharinginfoz
tak pelik kan
dah makin menjadi2 remaja2 sekarang
malu dan takut tuh
dah tak ada dlm diri
yang ada 'taufu panas'
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 25, 2010
salam meoww
budak2 seperti ini
mana ler nak pk perkara tuh semua
yang ada dalam otak diorang
best, suka, enjoyed, syok dan gian
esok buat lagi...

semoga memberi pengajaran
kepada manusia yang lain
Abd Razak Abd Razak Isnin, Oktober 25, 2010
Salam Sis Nur...

Moga sister sihat hendaknya..

Keadaan semakin parah, semoga kita dijauhkan dari musibah atas kemurkaan Allah SWT..
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 25, 2010
salam BRP
budak2 macam nih
takut tuh tiada dalam diri dan akal
yang ada syok sendiri

balasan Allah mungkin bukan sekarang
tapi tetap akan kita terima
mungkin lebih dahsyat lagi
selepas itu baru pk nak taubat...

Allah itu maha PENGAMPUN
sentiasa membuka luas
taubat hambanya
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 25, 2010
salam brother Razak
Alhamdullilah sihat sejahtera..
brother juga sihat ya.

memang parah zaman tahun millenium nih
semakin moden semakin cetek iman mereka

takut pada Allah itu seperti
hilang dalam diri
tidak pernah terfikir untuk kebanhgian
ibu bapa mereka...
transformed housewife transformed housewife Selasa, Oktober 26, 2010
Takutnya bila dengar, baca berita dan tengok perkara2 yg pelik zmn skrg. Cabaran yg besar utk kita mendidik anak2 spy tak terjebak dgn perkara2 yg dilaknati Allah.
udanggalah udanggalah Selasa, Oktober 26, 2010
Itulah padahnya kalau bertuhankan nafsu...tempat sudah tidak jadi soal...atas bumbung ke,dalam semak,dalam bas atau dimana saja asal..kononnya tak dapat dilihat dan dikesan orang atau pencegah maksiat..Allah maha melihat...
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 26, 2010
salam Nur...
Dalam hal ini
aku lebih sedih dengan perasaan kedua
orang tua si mati..
bagaimana mereka hendak bersemuka dengan
jiran sekeliling
jika mereka tahu itu adalah anak mereka...

disini kita hanya mampu
memberi sedikit pesanan
agar diperhatikan dan dilihat
sikap dan perlaku anak2
baik di bilik tdo atau kawan2nya..
pantau jika ada DVD movie berunsur sex terlampau
dibuang dan bimbing mereka dgn tegas tapi penuh kasih syg
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 26, 2010
salam brother UG
umur masih muda
nafsu makin tinggi
hati dan akal tidak diguna
dah tersandung terantuk nyesal tak berguna lagi..

p.s. yang menjadi hairannya
baru usia 12 tahun
tapi sudah terfikir untuk perkara ini
semoga roh si mati
diampunkan dosanya
dan 3 remaja lelaki itu
mintak taubat pd Allah
baru lepas puasa ramadhan
dah buat hal..
Seindah.Bidadari Seindah.Bidadari Rabu, Oktober 27, 2010
Ya Allah..semoga Allah ampunkan dosanya...xsgka ye...sedihnya kanak2 pun dah pandai mcm ni =(
nurmisnan nurmisnan Rabu, Oktober 27, 2010
salam bdadari..
manusia sentiasa di ganggu oleh syaitan
syaitan pula dah berjanji padan Allah
akan menyesatkan manusia

cuma terkilan saja kerana
remaja perempuan itu baru berusia
setahun jagung... kasihan pada kedua
org tuanya..
Tanpa NamaTanpa Nama Ahad, Julai 08, 2012
Org gler pon x wat mcm 2 la