Selasa, 2 Ogos 2011

Khasiat buah dan daun durian belanda

Khasiat durian belanda
Salam my dear brothers and sisters.. Hari ini aku ingin sekali berkongsi kepada semua tentang khasiat buah dan daun durian belanda. Selama ini kita tidak menyedari akan kehebatan buah durian belanda. Yang kita tahu nak makan, tanam, dan kalau buah tuh busuk kita buang.


Durian belanda menjadi penawar kepada beberapa penyakit. Sekarang ramai orang Malaysia mencari buah durian belanda untuk mengubati penyakit. Penyakit apa? Mari kita baca khasiatnya. Artikel ini aku kongsi disini kerana tuan punya blog En. Rafee mahu dikongsikan di blog aku untuk pengetahuan semua. Ada masa klik dan baca di blog En. Rafee.. Info sedikit sebanyak diambil dari blog beliau.


Buah durian belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuhsemulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuanpenyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.


Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.


Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buah ini :
  • Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo
  • Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan
  • Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan
  • Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola atau sour sop telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah

  • Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas
  • Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
  • Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.


Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masa lah berkaitan hati dan rematik. 

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !


Jus daun durian belanda. Diamalkan minum 1/4 suku gelas setiap 2 jam sehari selama 42 hari.


Bahan2
  • Daun durian belanda - 36 helai
  • Air masak atau mineral - i liter
  • Blend kesemua dan di tapis. Simpan di tempat yang sejuk.
Jus durian belanda

Jus daun durian belanda yang sudah di blend. Rasaya kelat mcm makan daun mentah tapi khasiatnya sungguh baik. Pejam mata jer. InsyaAllah dengan izin-Nya.

Nota
Pelbagai daun2 dan buah2an yang boleh menjadi penawar penyakit terutama kanser. Kita cubalah mana yang terbaik. Ikhtiar saja...

P.S. Perkara yang baik harus kita kongsikan bersama2 agar saling dapat membantu yang lain. Kisah selanjutnya korang boleh baca di blog En. Rafee kerana dia adalah pakar Nutrition Consultan. Salah satu keluarga aku mendapat consult dari beliau dan mengamalkan makanan B17 dari bekalan beliau.. InsyaAllah.. kita hanya berusaha untuk memulihkan penyakit, tapi keizinan dan kesembuhan itu hanya datang dari Allah SWT. 

35 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam Sis Nur..

Apa kabar, moga sihat hendaknya..:)

Saya ada tanam pokok durian belanda ni kat rumah dan dah berbuah. Saya memang suka buah ni, kadang sebiji tu saya makan sorang hehehe...

udanggalah berkata...

Salam..Durian kita Belanda yang dapat nama..apapun info sihat ini sangat baik..Nasihat koi kalau nak makan durian belanda jangan tunggu sampai ia gugur macam buah durian.

ummiluqman@azma berkata...

salam..wah dah berwajah baru blog ni..bagusnya banyak mende yang dikongsi bersama

pakmat berkata...

..yes, they called it soursop..and Ilove it..

Nur Misnan berkata...

salam brother Razak
Alhamdullilah.. taib2 jiddan..

wahh... brother.. makan sorang2 tak ingat orang belakang ker?
huhuhuhu.. kalau dah start mkn sour soup nih, memang tak pandang kiri kanan
bedal jer..

p.s. jika ada sesiapa yang mempunya kanser, cuba amalkan durian dan daun nya sekali. insyaAllah sihat dgn izin Allah

Nur Misnan berkata...

opppsyy.. tersalah spelling der.. soursop bukan soursoup..
sendiri mau ingat daaaa

white rose berkata...

salam kak nur...

wah...khusyuk sy baca artikel ni...
sy ade dengar kebaikan durian belanda ni...

sy suke makan durian belanda, rasanya sedap...

usaha sungguh org2 yg mengkaji kebaikan & fungsi durian belanda ni...

insya'Allah, berkat sgala usaha kita mudah2an ia berkesan...

white rose berkata...

salam kak nur...

wah...khusyuk sy baca artikel ni...
sy ade dengar kebaikan durian belanda ni...

sy suke makan durian belanda, rasanya sedap...

usaha sungguh org2 yg mengkaji kebaikan & fungsi durian belanda ni...

insya'Allah, berkat sgala usaha kita mudah2an ia berkesan...

Nur Misnan berkata...

salam brother UG
itulah kan.. mcm mana ler Belanda yang dapat nama
tapi sebenarnya bukan Malaysia jer yang ada tanam buah nih
banyak terdapat di negara seperti
Sepanyol, Brazil, Indonesia, Thailand dll..

Masih mencari cerita tentang darimana munculnya nama DURIAN BELANDA nih..

Nur Misnan berkata...

salam Ummiluqman
lama ya tak dengar berita..
bagaimana sekarang? Hopefully Malaysia still d best dari Abu Dhabi ya.. heeeeeee..

Rumah lama tapi cat baru. ni dah keberapa kali ler asik di tukar wall papernya...

Hope info ni dapat membantu semua.. cubalah.. insyaAllah..

Nur Misnan berkata...

salam dear Pak Mat
Thanks dropped my n comment here

Wahhh.. suka makan soursop ker Pak Mat? Good for u.. =)

Nur Misnan berkata...

salam BRP..
khasiat buah durian belanda nih ramai yang tidak ketahui
sampailah ada yang menyebarkan kebaikan yg blh memulihkan penyakit kanser

lepas nih boleh ler tanam pokok durian belanda ya
kita buat projek tanam semula nak. huhuhu

darkbatman berkata...

aie xmkn durian belanda.hhee.
jd x minum air dia..he

EzzEddin berkata...

khasiat durian belanda nie mmg bagus.. tp sayang isteriku x makan durian huhuu :(

Nur Misnan berkata...

salam aie..
alamak.. cuba ler makan
good for u brother

jika ada penyakit yang paling baik utk diubati
mkn durian belanda ler..
tak payah pegi BELANDA jauh2kan.. huhuhuu.... =)

Nur Misnan berkata...

salam EzzEddin
Kalau isteri tak makan
maka kau pun tak makan juga ker?

hmmmmm... bagus utk kesihatan
better cuba ler amalkan makan dgn sedikit2
insyaAllah.. lama2 suka ler tuh

EzzEddin berkata...

heheh xdela sampai camtu, hantu durian nie tau.. pantang bau mesti nak terkam..
tapi makan kat luar ler..kat rumah dah kire kategori HARAM bawak balik hikihkihk

akubiomed berkata...

Belum pernah merasai Durian Belanda selain Durian biasa :-)

Nur Misnan berkata...

ezzdin.. kesian yer
tak pasal2 kena mkn durian kat luar...
berkorban utk isteri... bagusss

Nur Misnan berkata...

bro biomed.. cubalah
sangat2 bagus dan sedap
tapi itu kalau tahan masam ler...
pejam mata jer. yg penting khasiatnya tinggi

shahril berkata...

salam semua… betul tu sabah snake grass (daun belalai gajah) nie adalah ubat anti kanser... tp utk merawat kanser kena ambil B17 + graviola + bromilin + sabah snake grass, baru berkesan & efektif.. boleh sembuh dlm masa 2 bulan.. sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’

jebengotai berkata...

gula dari buah-buahan ialah gula ringkas..

tp x sangka durian belanda boleh cegah kanser juga..tq for info..

Nazri berkata...

memang betul buah durian belanda ada effect pada pesakit kanser.. baru ja dapat free testimoni di KPJ Kajang tadi

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Daun durian tu kena bagi kering dulu @ boleh dikisar begitu saja??

Nur Misnan berkata...

@jebeng...
Durian belanda mempunyai banyak khasiat dan kelebihan tersendiri + antioksida.. sbb itu dia boleh melawan penyakit kanser.

@nazri
Benar tuh brother.. itu sbb dari daun + buahnya memang baik utk pesakit kanser..

@tanpa nama
tak perlu dijemur.. ambil daun yang sederhana muda tanpa ada sedikit warna karat. basuh bersih dan koyakan + 1 liter air. Tapis dan simpan dalam botol kaca. Minum 3 sudu besar sahaja selepas sarapan setiap pagi + ptg + mlm..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih

zubir berkata...

Salam,

Artikel yang menarik dibaca. Musykil, sekarang kita dah tahu kebaikan buah ni, tapi kenapa x ramai yang tanam dan tiada usaha dibuat oleh syarikat2 swasta memajukan buah ni?

Dah berabad kajian dibuat tapi belum ada tanda2 buah ni dikomersilkan. Muskil sungguh...

saya cadangkan namanya ditukar kepada buah kanser. hhehehe

amieda berkata...

salam..
ada kawan bg tahu : Tp nasihat pakar dr hospital Ampang kepada pengidap kanser yg masih dlm rawatan, agar tidak memakan buah ini kerana di kuatiri mengaktifkan sel yg dibunuh oleh ubat kimo.betul ke ?

Nur Misnan berkata...

@Zubir
Salam brother..
Kes begini terjadi juga dengan pelajar UTM Skudai yang terkena demam denggi berdarah dan pulih 3 hari shj dgn memakan sup ketam. Beliau memberi cadangan utk kpd pihak perubatan Msia utk membuat pil ketamnamun tidak diendahkan..

Nur Misnan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Misnan berkata...

@amieda

Menurut pakar nutrisi sahabat saya, tiada effect pada kimo therap jika mengambil buah durian belanda. Makin membantu ada. Tetapi jangan ambil daun durian belanda..

Namun jika dikuatiri memudaratkan adalah lebih baik dengar nasihat doktor..

Md Hafiz berkata...

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada menjual pes durian belanda. Sekiranya berminat boleh dapatkannya.

Email ke mhbpower@yahoo.com atau tel 0197074660

Layari http://www.meletopbiz.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut

Terima kasih

Adynan berkata...

Khasiat buah durian belanda, di mana nak dapat bekalan dan kesan kimoterapi pada manusia.. maklumat lanjut di sini http://soursop-fruit.blogspot.com/

Hanafi berkata...

Sebuah infomasi ringkat

1. Daun durian belanda 1 kg
2. Air mineral 8 kg

Masak sehingga mendidih.
Kecilkan api (reneh )dengan api pelahan sehingga Air menjadi 1kg
1kg rebusan bersamaan dengan 1kg nilai bahan mentah

maka kita mendapat 100% nilai extract ( Air rebusan daun Durian belanda )

Cara penyediaanya:

Extract Daun Durian belanda 30%/ Air meniral70%
di bahagi kepada 4 bahagian
amalkan setiap 4 jam
lihat hasilnya

Tanpa Nama berkata...

menurut cerita orang melaka dulu2 orang belanda yg bawa benih soursop ke malaya..jdi org tempatan namakan buah ni durian belanda sampai la sekarang...sekian

Followers

Follow The Author

Hubungi NurMisnan

Nama

E-mel *

Mesej *