Cerita Komuter tergelincir jun lalu

Gambar kredit untuk mr. google

Salam guys..
Masa buat blog walking  tadi tiba2 terjumpa pula blog nuomaliza. Bila terbaca blog beliau tentang insiden ini baru aku teringat yang Mr. Hubby pernah bercerita kes yang sama berlaku pada isteri sahabat mr. hubby. Rasa2nya korang ada atau pernah dengar tidak tentang insiden train komuter tergelincir dan terbalik yang berlaku di area Bangsar pada jun lalu? Aku rasa kalau nak di korek2 ingatan aku, tidak ler pula terdengar atau terbaca di paper.

Ianya berlaku pada 24 Jun 2010 lebih kurang jam 7.00 malam. Tren yang dinaiki beliau ke Seremban tiba2 tergelincir dan terbalik. Semua penumpang menjerit2 dan mencari pintu untuk keluar termasuk beliau. Kebetulan beliau terlihat tingkap kaca yang telah pun sedikit retak dan menendang2 hingga pecah. Akhirnya semuanya penumpang telah selamat keluar. Ada yang kata mereka ternampak cahaya di dalam tren tersebut. Ada kemungkinan itu adalah litar pintas. Don't know tapi insiden itu berlaku gara2 terlebih muatan penuh. Kerana train satu lagi delay ler, mereka2 semua menjadi mangsa. Iyalah kan, masing2 tak sabar nak balik kerumah berjumpa keluarga tercinta.

Tapi Alhamdullilah, apa yang penting semua penumpang selamat dan beliau telah pun dijemput oleh suami dan terus pulang tanpa membuat sebarang aduan di mana2. Kasihan beliau. Rasa lemah longlai segala badan. Jadi fobia nak naik komuter lagi. 

P.S. Aku rasa memang tidak ada berita ini tersiar di akhbar2. Kenapa ya? Nyawa penumpang2 yang berada di train tersebut terlalu ramai. Beliau sendiri terperanjat kenapa insiden ini tidak pula disebarkan atau disiarkan di akhbar. Adakah kerana ingin menutup KEMALUAN malu atau takut nama KTM tercemar. QUESTION????

6 comments.. read them below or add one

Abd Razak Abd Razak Isnin, Oktober 18, 2010
Salam Sis Nur,

Moga sis sihat hendaknya..

Saya tak pernah pulak dengar atau terbaca cerita ni..
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 18, 2010
salam brother Razak..
memang tidak ada. selepas insiden itu pun
beliau cuba menyelak2 akhbar2 tempatan
tapi ternyata memang tiada..

kenapa ya?
Syida Shu Syida Shu Isnin, Oktober 18, 2010
memang ada berlaku insiden ni . sebab ada sorang kawan yang kebetulan dalam tren .
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 18, 2010
salam syida
alhamdulillah... semuanya selamat

kes ini boleh membunuh ramai nyawa jika tidak diambil tegas
kasihan pada seorang mangsa yang mengandung,
nasib beliau ok..
eiman eiman Selasa, Oktober 19, 2010
sekarang nak baca berita yang betul2 dan benar boleh didapati di internet, tv dengan suratkhabar susah nak percaya dah..
nurmisnan nurmisnan Selasa, Oktober 19, 2010
salam eiman...
bukan semua berita dalam paper itu benar..
di internet juga kadang2 ada yang beri berita yang tidak tepat..

thanks for droppd by here mr. eiman..
dtg lagi.. =)