Doa pendekat jodoh.
Assalamualaikum guys.. Hari nih kita tukar topik lain sikit boleh. Bukan apa, saja jer nak share dengan korang bab JODOH. Mesti ramai yang sudah bertemu jodoh masing2. Ada plak yang masih SOLO lagi. Cinta buah hati sudah berjumpa tapi tak kesampaian ler pula dikeranakan si CINTA itu bercinta dengan orang lain atau senang cerita sudah berpunya. Ada pula malu untuk berterus terang tentang perasaannya. Sampai bila?? Karang ada plak yang menganga dek kerana MALU meluahkan perasaan. JANGAN MENYESAL!!!! Dan lagi ada pula, dah jatuh cinta pada si dia tapi cinta tidak berbalas mesra. Seksa menanggung CINTA yang tidak berbalas.
Assalamualaikum guys.. Hari nih kita tukar topik lain sikit boleh. Bukan apa, saja jer nak share dengan korang bab JODOH. Mesti ramai yang sudah bertemu jodoh masing2. Ada plak yang masih SOLO lagi. Cinta buah hati sudah berjumpa tapi tak kesampaian ler pula dikeranakan si CINTA itu bercinta dengan orang lain atau senang cerita sudah berpunya. Ada pula malu untuk berterus terang tentang perasaannya. Sampai bila?? Karang ada plak yang menganga dek kerana MALU meluahkan perasaan. JANGAN MENYESAL!!!! Dan lagi ada pula, dah jatuh cinta pada si dia tapi cinta tidak berbalas mesra. Seksa menanggung CINTA yang tidak berbalas.
Tapi ingat.. Jangan kerana cinta tidak berbalas, niat untuk membalas dendam pada si dia berlaku. DOSA namanya.. Si laknat syaitan dan jin ini akan sentiasa menyesatkan manusia yang lemah. LUPAKAN perkara untuk berdendam dendum nih. Cara paling baik adalah berdoa pada Allah SWT dan memohon pada-Nya agar segala masalah dan permintaan dapat diselesaikan dengan baik. Mana tahu malam esok ker, malam lusa ker atau minggu depan ker si Peah tuh tiba2 call mintak masuk. Who knew rite?? Senyum lebar jer.... Kalah iklan ubat gigi.. ^__^
Tapi tak pe. Ini aku ada nak share dengan korang DOA PENDEKAT JODOH.. Mudahan2 tercapai ler hajat korang nak bersatu dengan si dia.. Tapi INGAT. Jangan ler di salah gunakan pula. Sebut nama si dia tuh biarlah dengan niat yang baik. Allah itu Maha mendengar dan Maha tahu sebelum mak korang lahir kan korang lagi. Jadinya pasang niat dengan baik dan ikhlas yer....
Pertama sekali baca surah Al Fatiha dan baca doa ini.
Gantikan sebutan yang bertanda bulat (dia) kepada sebutan pada jodoh korang.
- Contoh pertama - jika yang berdoa itu perempuan untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA kepada HU (dia lelaki dan sebutkan terus nama lelaki yg ingin korang di jodohan)
- Contoh kedua - jika yang berdoa itu lelaki untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA (dia perempuan dan sebutkan nama perempuan yang ingin korang jodohkan)
- Contoh ketiga - Jika ingin doakan untuk diri sendiri atau mereka atau kami, tukarkan kepada sebutan HA mengikut sebutan2 yang telah di berikan.
NA - kami, HUM - mereka, NI - saya HU - dia (lelaki), HA - dia (perempuan)
Harapnya selepas ini semua sudah faham yer guys.. Sebaiknya lakukan doa ini selepas solat 5 waktu. InsyaAllah dengan izin-Nya akan termakbul.
P.S. Doalah demi cinta yang tulus agar dipercepatkan jodohnya. Restu kedua orang tua juga perlu dalam setiap hubungan agar jodoh kita berpanjangan dan sentiasa bahagia. Jika sebaliknya, mohon pada Allah agar dibukakan pintu hati untuk kedua2 orang tua untuk menerima pasangan hidup korang. InsyaAllah... Ehhh.. kalau sape yang sudah dapat JODOH tuh dan nak makan nasi minyak, reti2 ler email kad jemputan. Suka tengok couple bahagia. AMIN




56 komen baek punya:
Aunty Nur,
Kucing dah ada 3 tunang boleh ke amalkan? har har har purrr...meow!
Salam sis nur..
Kita memang digalakkan sangat berdoa memohon apa yang dihajat, namun tidak semestinya hajat kita semua akan diperkenankan Allah kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Oleh itu jangan hendaknya kita merasa hampa jika doa kita tidak dimakbulkan Allah
Salam kak nur...
Weeeeeee...malu i...
Masalahnye xde sape yang sy naj sebutkan dalam doa tu...
Sy doakan dengan jodoh yg baik saje..
Insy'Allah...
salam Cat..
ohhh.. u r so naughty u.. huhuhuhuh
i liked.. ^__^
apa salahnya.. baru bertunang
belum bernikah bukan
mana tau dapat yang lebih superb complete..
bahagia dunia akhirat.. AMIN
salam brother Razak
Doa itu amalan mulia
Allah suka dan cinta pada hambanya yang meminta pada-Nya
Tetapi jangan lah pula bila dah dapat apa yg dihajati
lupa pada-Nya
brother benar.. bukan semua doa kita dimakbulkan
yang penting kita sudah berusaha
dan dont' give up beb.. DOA lagi
sampai kita menangis untuk sesuatu yg kita mahu...
Dia MAHA MENDENGAR... =)
salam BRP....
Huhuhuhu... apa nak malukan
biasalah.. single solo simple..
tak banyak kerenah bukan
syok apa hidup membujang..
tapi tu lah kadang2 boring..
insyaAllah.. adalah tuh
nani orang datang masuk mintak..
AKU TERIMA LAMARANNYA... weeeeee
bagus amalkan doa nie, tapi jangan amalkan untuk tambah jodoh pulak yea..heheh
Allah bagi apa yg kita perlukan..
hai ezz.. hehehehe
kalau mampu apa salahnya
asalkan adil.. tgk abg saleh yakob kita...
hai blog tips...
insyaAllah semoga apa
yang ditentukan oleh-Nya
mendapat rahmat dan berkekalan..
Salam,
nak tanya, ada sesape pernsh cuba tak? bole citerkan pengalaman?
@ fara.. itu semua ketentuan dari Allah
jika inginkan ianya menjadi benar
harus ada YAKIN dan DOA pada-Nya... Jgn menyerah saja... itu salah...
@ puteri Norhazali
assalamualaikum...mohon share ya....sgt brguna..
Waalaikumsalam puteri... boleh silakan..
Salam...err, nk tanya sebut nama dlm doa tu, nama kita ke atau nama org yg kita nk sebagai jodoh kita??
as salam akk..just nk infom...if yg muntak doa nih perempuan..mesti dia berdoa utk lelaki idaman kan??
so..yg "allahummaj'alha" jadi "allahummaj'alhu".."wabasshirha" jadi "wabasshirhu" dan "waballigha" jadi "waballighu"..
baru sampai maksudnya..=))
wallahua'lam..
Waalaikumsalam tanpa nama..
kita sebutkan nama org yang diinginkan.. niatkan dlm hati
namun harus juga di serta solat sunat hajat agar jodoh
kita tepat dan benar utk kita... insyaAlah itu semua atas
izin dari-Nya.
Waalaikumsalam HUSNA...
terima kasih singgah kesini dan ingatkan aku..
maaf kpd semua kerana tertinggal pula satu baris yg harus ditukarkan ayat berbaris kepada yg sesuai..
skrg sudah ada dan tukarkan kpd yg memerlukan
assalammualaikum . nak tanya kompius la pulak sebab saya tak tau nak sebut nama siapa heheh tak de pakwe jadi saya sebut nama saya sendiri sbb saya yang nak kan jodoh boleh kan.
salam zila.. hik3.. ketawa kecil aku baca komen cute nih
Boleh aje asalkan pasang niat untuk mendapatkan jodoh
yg baik, sempurna di mata hati kita.. lakukan juger solat2
sunat dan berdoa selepas solat 5 waktu... insyaAllah DIA
maha mendengar...
Salam kak, tak faham la doa tu macam mana baca dia? Yang macam Husna kata 'Ha' tu tuka jadi 'Hu' eh kalau kita nk doakan untuk lelaki supaya jatuh kasih pada kita? Pastu yang kata (sebutkan nama orang yang diinginkan jodoh) tu sambung doa terus ke? Atau yang itu niat dalam hati je? Tolong reply kak. Salam.
Hai Najihah... ini dah di olah semula agar semua pembaca
memahami cara sebenarn membaca doa pendekat jodoh.
Moga2 Najihah faham yer.. Tapi kalau masih tak faham
tak dapek ler den nak tulun... hik3..
Sebaiknya berdoa selepas solat 5 waktu..
Salam Kak,
Saya pun confuse nak baca doa ni macam mana. hehe.
Saya dah bertunang, tapi macam perhubungan sedang dilanda badai. Jadi nak baca doa ni macam mana ye kak? (Sebut nama orang yang inginkan jodoh) maksudnya nak sebut nama saya ke nama tunang saya?
Dan huruf bulat tu nak ditukar ikut jantina orang yang berdoa (saya; perempuan) atau orang yang ingin didoakan? (tunang saya; lelaki).
Maaf kak banyak tanya. tapi saya betul2 susah hati skg. berusaha ape yang termampu. Terima kasih sangat kalau akak sudi bantu :)
AA.
Waalaikumsalam AA..
Hmmm... dlm kes kamu nih kena kuatkan semangat + solat
istikharah.. Berdoa dan minta petunjuk adakah jodoh kamu
masih kuat dgn dia atau tidak. Allah itu sentiasa menguji
hamba-Nya. Kekuatan dalaman harus ada utk menempuh
badai ini.
Jika kamu mendapat alamat dia masih jodoh kamu tak perlu
risau. InsyaAllah dia tetap jodoh kamu tapi kalau Allah sudah
beri alamat bahawa dia bukan jodoh kamu maka kamu harus
redha. Itu yg terbaek buat masa depan kamu.. Percaya itu...
Doa itu harus kamu sebutkan nama tunang kamu dan pasangkan niat agar Allah membantu... insyaAllah.. jgn sedih2.
Baca Quran utk tenangkan kegelisahan... OK AA...
bolehlah doakan daku!!!hahahaha. thanks for sharing ;)
Lizz... Amin. Aku doakan agar kau dapatkan lelaki
hancem mcm Tom Kurus... hik3
Org2 yg dah kawin, kalu selalu baca doa ni, apakah kesannya pula? adehhh... :D
Brother mail, kalau yg dah berkahwin amalkan lg bagus.
Pasangannya murah rejeki, panjang umur, panjang jodohnya
Mcm2 lg dpt. Bak kata org tua2 bahagia dunia akhirat.
Ehhhh. Ada niat nak pasang lg ekkkk. Hik3
Ingat nak jawab yg kat atas gitew.. tapi tak jumpa butang REPLY..
Aik... hilang balik intense debate?.. kojap ada kojap tiada :D
sye copy ye..ten q
hik3.. brother Mail, post lama nih tak der ID,,
Ini review balik jer..
hai frieza... silakan
alah emak kwinkan aku hee..kata lirik lagu..
semoga liat dpt jodoh akan dpt segera.amin
harap dgn brkat amalan doa ni & keredhaan Nya ,dpt mgmblikan cnta #capital S# pda aku ..amin
Semoga kita semua berjaya kehendaknyaa ~ aminn :)
saya pernah gunakan doa ni, digabung bersama surah al-fatihah kemudian disertakan selawat Nabi. Tidak menunggu sahaja tapi saya usaha cari jodoh. Akhirnya jumpa, kini kami bertunang selepas 8 bulan berkenalan. Insha Allah Syawal ini menjadi pengantin baru. Usah pandangan ringan kuasa sebuah doa.
@iAwaniDotCom
@iAwani
Alhamdulillah3.. doa itu memang sangat2 dituntut untuk diamalkan agar kita berdoa kpd-Nya.
sy penah baca doa ni
tapi mungkin Allah takdirkan dgn orang lain
tengok dari maknanya nak baca untuk suami / siteri mak ayah pun boleh kan
@Taufik
Itu maknanya Allah SWT telah memberi jodoh yang lebih baik utk kamu..
@Puan Bee..
Boleh jer Bee.. asalkan pasang niat dgn betul dan tawakkal.. insyaAllah...
Bolehkah doa ini di baca dalam bahasa melayu..?
Assalamualaikum,
Saya ingin kongsi pengalaman saya.
Saya berubat dgn ustaz dan dia ajar amal doa ini utk diri sendiri . Alhamdulillah saya rasa mujarab selepas 4 bulan bila baru baru ni ada lelaki nak berkenalan dan kami dah jumpa pertama kali dan cukup serasi.
Cuma skrg nak amalkan doa spesifik sebut nama dia sbb ustaz ada kata kalau rasa ada org yg dah suka kat kita tukar plak sebut nama lelaki itu supaya insyaAllah dirapatkan lagi .
Jgn putus asa dan percayalah dengan kemujaraban doa. Jgn pernah pandang rendah pada ayat Al Quran.
Selamat mencuba. Semoga jodoh saya memang dgn lelaki ini sebab saya rasakan satu perasaan yang begitu berlainan bila jumpa dia. Insya Allah. Amin
ya allah,berikan lah hambamu ini kemudahan dlam mendapatkan j0doh & rejeki ya allah.
@anonymous
Doa boleh dibaca pada mana2 bahasa.
Allah SWT itu MAHA BIJAK SANA dan MAHA AGUNG..
@idam
Amin insyaAllah.. Mudah2an doa2 kami dimakbulkan.. sama2 saya doakan juga..
saya mahu amalkan doa ini kepada bekas suami..kerana saya masih sayangkan dia..semoga berhasil.insyaAllah.terima kasih utk doa ini
sy just nak tanya, nama dalam kurungan 2 kena sebut nama lelaki yg kita nak 2 kan..bukan ape, kadang2 rs konfius sikit..thanksss
ok great pos
Good article
hmm tgah berusaha lg...wlupn mak dy xske..nk jgk dgn calon menntu pilihan same negeri...sgt xphm
Moga Allah tunjukkan jalan y benar...
@emma = Yup.. yang penting niatkan dalam hati + lakukanlah solat hajat juga..
@norameza = InsyaAllah.. jika niat kita baik untuk kembali dgn bekas suami, insyaAllah DIA akan membantu menyatukan semula
@tanpa nama = Allah SWT itu MAHA MENJADIKAN. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan berhenti berdoa pada-Nya. Mudah2an semuanya akan kembali baik
salam. ade sorang muslimin ni dia cakap dia sayang saye. lalu kami agak rapat. dan saye pun sayang kat dia. dia memang seorang yang baik, bijak, berkaliber dan agak hebat jugak lah soal hukum hakam agama. then, dia cakap kami patut jaga jarak, kami dah tak rapat sangat sebab dia taknak rasa sayang tu terbina terlampau dalam tanpa nikah. kami pulak masih belajar. dia ada 3 tahun lagi untuk habiskan pengajian. keluarga dia pun bukan sembarangan. kalau dia nak kawin, mestilah mak ayah dia carikan yg terbaik. saya ni biase2 je. saya nak kawin dengan dia. dalam masa yang sama saya rase tak layak. jadi, wajarkah saya solat hajat untuk dijodohkan dengan dia dan amalkan doa pendekat jodoh ni? sebab saye takot consequences yg bakal berlaku. saye sedih dia dah tak nak rapat sgt dengan saye walaupun saya tau memang sepatutnye kami jaga jarak.
Maaf, doa ini ada sumber tak dari quran atau hadis atau pun ulamak muktamar ?
@payong
Utk kepastian = adakah payong bukan beragama islam?
Dalam islam sebenarnya jodoh adalah ketentuan dari Tuhan. biar bagaimana pun kita susun, jika Allah sudah tetapkan sesuatu itu adalah hak mereka maka itulah yang akan berlaku
namun tidak salah kita berusaha dgn doa. Mudah2an Allah mendengar permintaan hamba-Nya. Islam itu indah dan mudah. Mintalah pada-Nya.
Catat Ulasan