Nak balik raya

Salam dan selama pulang ke kampung halaman..
Waktu yang paling indah dan gembira adalah waktu masing2 pulang ke kampung. Tak sabar nak jumpa mak abah dan keluarga. Menganyam ketupat, masak rendang, sembelih ayam, masak dodol, main mecun dan candid camera.. Seronok giler. Aihhhhssskk.. tak sabarnya. Rindu sangat2 helaian ketawa dan gurauan abang2 dan adik2. Kakak? Aku tak ada kakak so aku le perempuan sulong. huhuhuhu... So bila nak raya je kakak sulong ni le yang kena buat semua. Biasalah kan.. ala kadar je asalkan meriah.. =)


Bila cerita pasal nak balik kampung, pagi tadi tengah syok melepat kain dan mengemas rumah ter ON tv2 cerita NAK BALIK KAMPUNG. Lakonan Zul Yahya, Zul Hairi dan Nasri (betul ke nama dia). Kasihan jejaka 3 orang ni. Dah jatuh di timpa tangga lagi.

Nak jadi cerita si Zul telah membeli 3 keping tiket bas untuk ke kampung di KULAI JOHOR. Datang angin si Nas, di basuhnya seluar jeans Zul. Waktu tiba nak balik kampung, si Zul baru teringat ada perkara yang dia terlupa nak bawa. Di cari merata2 seluar jeansnya. Last sekali dia tanya pada si Nas. Maka si Nas pun berilah seluar jeans yang telah di basuhnya. Menjerit si Zul macam tarzan. Rupanya tiket2 bas tuh ada dalam poket seluar jeans yang Nas basuh. Hancur der... Satu ayat apa pun dah hilang tak boleh baca..

Di station bas, konductor bas tidak menerima tiket hancur dan terpaksalah mereka naik bas transit dari KL ke Seremban. Tiba Seremban tiket bas menuju ke Kulai dah habis. SOLD OUT. Diorang punyalah bengang dan duduk termenung di tepi jalan sampai le ada satu brother bawa van ajak naik tumpangkan sampai ke MELAKA. Tapi yang bengangnya brother tuh nak charge 150 hinggit. Mahal tuh. Atas belas kasihan diorang, brother tuh cuma minta 100 hinggit je. Itu pun ikut jalan lama. Kasihankan...

Sampai di MELAKA mereka bertiga cari tiket transit lagi menuju ke KULAI. Adusss... tiket bas habis der. Merungut + geram jadinya. Masa sedang mencari teksi, mereka di rompak pula oleh 4 orang lelaki termasuk le si JOBOT (lakonan kawan aku). HAR HAR HAR... banyak betul kau berlakon tahun ni ya JOBOT. Tapi asik berlakon jadi samseng je.

Sambung lagi....

Bila dah kena rompak, duit kat tangan dah tak ada. Baju raya yang mereka beli untuk mak, abah dan kekasih hati diorang pun dah kena sapu. Nasib le si Zul ada simpan duit dalam topi. Berbekalkan 30 hinggit, diorang cuba menaiki teksi. Bila teksi guna meter maka tidak le sampai ke destinasi yang nak di tuju. Terpaksa le kena turun di tepi jalan raya. NASIB BADAN..  Sewaktu berjalan kaki dan cuba menahan kereta untuk menumpang, diorang terserempak dengan lori ayam. Kebetulan si Zul mekanik kereta makanya rezeki mereka dapat menumpang sampai ke kampung mereka. Mereka bertiga di hadiahkan ayam sorang sekor oleh apek lori tadi. Baiknya hati apek tuh kan.


Akhirnya diorang berhenti di satu masjid untuk solat subuh sehingga tertidur. Pagi raya masjid di datangi orang ramai untuk bersolat raya. Masing2 terpranjat kerana anak2 mereka ada dalam masjid dengan keadaan buat taik mata.... Mereka bertemu dan berhari raya.. 


P.S. Hah korang.. jangan le last minit beli tiket bas atau flight.. Karang raya kat jalan raya.. Menangis dengar takbir raya der... Orang makan ketupat rendang,
kita makan biskut kering... huhuhuhu... Selamat Hari Raya dan
MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA

{ 15 comments.. read them below or add one }

sahromnasrudin sahromnasrudin Selasa, September 07, 2010
selamat hari raya..maaf zahir batin ya..selamat balik kampong
udanggalah udanggalah Selasa, September 07, 2010
Salam..Selamat Hari Raya..Ku hulur tangan mohon keampunan..
white rose white rose Selasa, September 07, 2010
salam kak...sy dah tengok cite ni tahun lepas...
memang kelakar laa jugak...

sy xpenah alami masalah xde tiket atau lambat beli tiket...
sebab sy duk kampung dgn mak ayah sy...

hahahaha...
sedihhhhh...xde rasa nak balik kampung pun...

ape2 pun,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
AMPUN MAAF DIPINTA DIATAS SEGALANYA...

semoga bulan kemenangan ini memberikan seribu kemenangan buat kita semua...

hati2 dijalan raya...
nurmisnan nurmisnan Selasa, September 07, 2010
salam shahrom..
Salam Lebaran juga
Semoga kita semua selamat menuju ke destinasi dan selamat pulang kerumah..

Jangan lupa baca doa kenderaan da doa elakkan kemalangan.. InsyaAllah.. Allah selalu bersama hambanya.. =)
nurmisnan nurmisnan Selasa, September 07, 2010
salam UdangGalah..
Salam Lebaran juga..
Banyak beli kuih raya?
Semoga gembira berhari raya bersama keluarga tercinta

Mohon ampun maaf jika ada penulisan aku yang tersilap..

Salam Lebaran dan hati2 memandu =)
nurmisnan nurmisnan Selasa, September 07, 2010
salam BRP
Huhuhuhu... kelakar + kasihan dengan nasib mereka bertigakan..

Manusia ni pun kadang2 suka mengambil kesempatan di atas kelemahan
orang lain.. Bulan puasa pun masih lagi nak merompak dan cekik darah duit orang..

Seronoklah.. tak payah beli tiket bas atau flight utk pulang ke kampung

Kirim salam kedua orang tua.. Makan lemang ketupat renang ingat aku ya.. =)
norish norish Selasa, September 07, 2010
Hey nur, How r u doing?
Selamat Hari Raya Maaf Lahir Batin
Semoga kepulangan di kampung halaman akan menjadi lebih meriah
transformed housewife transformed housewife Rabu, September 08, 2010
kg kat mana? Sy balik KB nanti dgn anak2 je sbb cik abg di luar negara. huhu
Abd Razak Abd Razak Rabu, September 08, 2010
Salam..

Seiring datangnya Syawal yang mulia..
Dengan segala kerendahan hati..
Izinkan saya memohon maaf zahir dan batin..
Atas segala kata bicara yang kurang berkenan di hati..
Moga tiada tersisa khilaf dosa...
nurmisnan nurmisnan Khamis, September 09, 2010
salam meoww..
salam lebaran dan mohon kemaafan
jika ada terasa hati dan jiwa..
moga gembira berya tahun ini..
jumpa lagi seleps cuti raya.


salam norish
doin well.. thanks for asking
tahun ni raya mesti bestkan

salam lebaran dan maaf zahir dan batin =)
nurmisnan nurmisnan Khamis, September 09, 2010
salam nur tranform
alhamdulillah.. raya pertama di rumah mak mertua..

petang raya baru bergerak balik ke johor.. jemput snggah ke rumah
jika ada masa..

cik abang beraya di negara mana?
tahun ni cik abg kita dapat raya kat Msia. salam lebaran dan maaf zahir batin ya. =)
nurmisnan nurmisnan Khamis, September 09, 2010
salam ustaz Razak
Alhamdullilah pantu raya pembuka kata
berseri2 di pagi hari raya
salah dan silap bermaafan lah kita
agar persahabatan kekal selamanya

Salam lebaran dan dimaafkan segala terkata dan terasa hati..
akan diupdate blog jika free.. =)
 Lee Lee Jumaat, September 10, 2010
Hello Nur, salam aidilfitri and selamat hari raya to you and all at home. Happy holidays and keep a song in your heart, Lee.
nurmisnan nurmisnan Ahad, September 19, 2010
hello UNCLE LEE
NI HOW? wish u alway happy ever after

thanks for d wishes.. selamat hari raya n sila datang kerumah.. selalu tunggu UL tau. huhuhu =)