Halal atau haram login FB dapat 100 hari2? sendiri mau ingat der...

Salam blogger2 semua



Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang hal ini dan mungkin juga ada yang belum tahu. Tapi hari ni aku nak juga kongsikan kepada korang semua kerana aku lihat semakin ramai yang nak jadi kaya cepat. Pada mulanya aku juga termakan kata dengan salah satu sahabat yang mengajak dan telah pun berdaftar cuma belum buat pembayaran saja. Tiba2 niat aku terhenti kerana aku berfikir sejenak macam mana ya duit yang tiba2 kita laburkan RM100 boleh jadi berlipat ganda. Terus aku batalkan niat untuk join skim ini kerana hasilnya  t idak halal.

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya aku amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, aku tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.

Untuk keterangan dan memuaskan hati masing2 sila baca web site ini. Segala  persoalan akan terjawab DISINI

P.S. Guys.. ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut berzikir tapi ada fikiran guna dan selamilah sedalam2nya. Selamat mambaca dan mudah2an hati kita terbuka luas dan sedar akan kesilapan kita sendiri

{ 12 comments.. read them below or add one }

meowwmania meowwmania Khamis, Ogos 05, 2010
oh baru tahu adanya skim ini, sy mmg lemau bab2 fb ni dan smpai skrg lgsg xphm camana ia berfungsi setakat menyampuk perbualan org aje yg aku reti huhuu..
sahromnasrudin sahromnasrudin Khamis, Ogos 05, 2010
salam ziarah..dpt tahu blog ini dr nuffnang..nice and simpel blog..selamat berblogging & jemput ke blog sy :-)
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 05, 2010
salam meoww...

dah lama ada skim ini cuma kita orang msia terlalu terpedaya dgn helah mereka...

sampuk ckp yg berguna takpe cik meoww oiii.. jgn sampuk ckp tepi selak kain.. huhuhu.. parah
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 05, 2010
salam sahrom..

terima kasih sudi singgah dan komen kesini..

alhamdullilah. thanks puji blog aku ni nice n simple. (blushing)..

will do visit ur blog soon.. =)
udanggalah udanggalah Khamis, Ogos 05, 2010
Salam...Dah lama pelbagai skim cepat kaya menipu masyarakat kita..tapi tu la melayu memang mudah lupa..bila ada yang baru mereka masuk lagi..kena lagi..hai entahlah bila agaknya masyarakat kita boleh jadi
pandai menilai dan buang sifat tamak.Sesungguhnya hasil usaha dari titik peluh sendiri lebih bererti nilainya...
white rose white rose Khamis, Ogos 05, 2010
btul tu kak...
dah bermacam2 jenis skim ni...
sy dah naik rimas tengoknye...

makin menjadi2 tau...
menguntungkan org diatas, org dibawah teruk bekerja keras mencari pelanggan...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 05, 2010
salam udanggalah..

itulah ... makin banyak mcm cendawan merebak kena petir..

rezeki yang kita cari dari titik peluh kita sendiri juga yang lebih afdal dan berkat..
insyallah.. sentiasa berdoa dan solat dduha setiap pagi, Allah akan bukakan pintu rezeki luas2.. amin
nurmisnan nurmisnan Khamis, Ogos 05, 2010
salam white rose

menguntungkan itu saja hal tapi menyerongkan kita umat islam ini yg membawa dosa.

jika haram hasil duit yg kita terima, mcm mana nak beri mkn pd anak isteri dan keluarga terutama ibu bapa kita.

seksa menanggung di akhirat nanti..
Nik Nik Ahad, Ogos 08, 2010
sama ngan nik..tak suka gak ngan mlm or seangakatan ngan mlm..

nak untung tp tak fikir yg duit tu haram
nurmisnan nurmisnan Ahad, Ogos 08, 2010
salam nik rosmawati

sebenarnya tidak salah kalau mahu masuk MLM seperti jualan langsung makanan kesihatan, power impian atau sebagainya asalkan HALAL

Lagin FB dapat 100 nih sudah confirm memang haram. untung berlipat ganda. orang kalau dah nampak duit masyukkk je dah tak ingat HARAM atau HALAL....
NoraHash NoraHash Isnin, Ogos 09, 2010
Salam Nur ,saya baru terbaca komen Nur dalam blog saya yang saya fikir tak ada sesiapa ingin menjengah kerana belum begitu MENARIK` harap maaf kerana terlepas pandang atas alasan tidak ada moderator ` harapan saya jangan serik untuk singgah lagi` sekian salam hurmat.
nurmisnan nurmisnan Isnin, Ogos 09, 2010
salam NAHA
tak mengapa.. mungkin sibuk dgn kerja..

blog menarik atau tidak itu tidak perlu dibiacarakan. yang penting kita dapat eratkan silaturahim dgn berblog.

insyaallah akan singgah lg ke blog kau.. take care