Tembikai termahal dan termanis di dunia


Bentuk yang kecil tetapi mahal.. macam betik je..

Salam semua

Buah tembikai yang termahal dan termanis di dunia yang dijual dengan harganya AS$57,729 (RM184,906). Mak aiii.. buah tembikai tuh tidak le besar mana pun tapi harganya sangat le mahal. Macam nak rasa juga buah tuh. Diorang kata buah yang di tanam oleh petani LU TAN ni tersangat le manis. Macam gula kah? Isi kandungan gula pada buah tembikai kebiasaannya mengandungi 20.2 gram gula bagi setiap berat 100 gram. Eeewwww..... itu baru tembikai biasa belum yang tembikai mahal nih. Perghhhhh.. manis tuh. Boleh dapat penyakit Diabetes.

Khabarnya Petani LU TAN hanya perolehi pendapatan sebanyak AS$455.76 (RM1,459) sebulan dengan hanya bertani. Boleh tahan juga gaji dia. Ni dapat habuan lagi pasal tembikai mahal dia. Kayo apek..

Cakap pasal gaji, bukan semua petani memiliki pendapatan seperti LU TAN. Ada yang gaji mereka tidak le sebesar mana tetapi membanting tulang dengan berkebun dan bertani teramatlah penat dan tidak setimpal dengan pendapatan mereka. Seperti rakyat Malaysia yang membanting tulang bercucuk tanam padi. Kerja keras mereka sangat2 aku hargai dan setiap kali aku makan nasi mesti aku habiskan walaupun tinggal sebiji nasi. Alhamdulillah 

Biarpun bertani dan berkebun memenatkan tetapi sangat sihat untuk badan kerana berpeluh dan bermatahari..

Menurut kata LU TAN "dia merancang untuk membeli lebih banyak tanah dan menjual buah tembikai yang lebih besar pada tahun depan".

P.S. Buatlah LU TAN, asalkan kau bahagia dan dapat menjamin masa depan keluarga. Apek ni memang hebat dan kuat semangat serta berkeyakinan. Kalau semua petani2 seperti dia sudah tentunya ramai petani2 menjadi kaya raya.

Tapi dengar ceta, orang cina kalau tanam tembikai diorang guna air kencing untuk jadikan buah tuh manis dan besar. Betul ke??? saksi?? aku pernah nampak sekali waktu aku pergi ke ladang tembikai di Gelang Patah Johor. Memang bau pesing (bau air kencing). Aku nampak ada pekerja menjirus air yang seakan2 warna kekuningan. mula2nya aku ingat air teh, tapi setelah kedua2 mata aku yang nampak diorang membuang air (kencing) dalam tong, aku dah suspeklah.. chooiiiiii.. najis tuh

semoga bukan semua pemborong2 dan petani2 tembikai buat mcm tu ya. Kalau tidak terbawa mimpi le bercinta dgn si apek tua.. huhuhuhu...

0 comment... add one now