Final Mentor musim 4, Mohamad Juara..

Tahniah untuk protege Mohamad Izwan Mohamad Noor (Mohd) dan mentor Ziana Zain kerana muncul juara Mentor musim ke 4 tadi.. Lagu yang disampaikan mohamad memang cun dan lagu terbarunya juga pun cun.. kelantangan suaranya memang cantik... Begitu juga dengan Nani dan Adi... Korang pun not bad... Nani ada punya suara yang garau dan lantang. Lain dari yang lain. Adi punya kelunakan tersendiri dan bukan semua lagu dia boleh bawa dengan baik but dia tetap best.

Markah keseluruhan;
1) Mohamad - 71 markah
2  Adi - 61 or 62
3) Nani - 54
hahaha.. aku ni banyak ingat untuk yang juara je.. sorry k kalau tersilap.. minta mangap.. Tapi yang best juara bawa pulang duit RM100k, trofi dan menjadi recording artis dengan syarikat Monkey.. Wahhh betul ke?..... baru jadi artis terus buat recording... gd gd gd... Adi bawa pulang RM30k + trofi dan Nani RM10k + trofi.. oklah tuh.. sape nak kasikan. Boleh buat raya.. =)

Mohd membawakan lagu: Tragedi Oktober dan Itu Kamu, Cinta (lagu baru) dan berduet dengan juara Mentor musim kedua (Fiq) menerusi lagu '3 Malam Tanpa Bintang' dan 'Bujang Senang'

Yang bestnya mentor musim 4 malam ni, ada persembahan dari ujibakat yang pernah di reject oleh mentor2 musim 4 dan dipilih atas permintaan ramai. Mereka adalah Merah dan Saiful. Merah membawa lagu 'langit dan bumi' dan Saiful membawa lagu 'Pulangkan'. Memang cute Saiful punya suara dengan bunyian 2 tone.. Merah plak memang rock beb.. selamba je.. Tahniah untuk Merah kerana terpilih sebagai pemenang dan membawa pulang RM1k.. Oklah tuh abang Halim.. sape nak kasikan.. Untuk Saiful cuba lagi.


Apa pun lagu2 terbaru mentor musim 4, semuanya sedap didengar... Tahniah sekali lagi..

Wokeyy selamat malam semua.. n3 pendek lagi.. jangan mara aaaa...
Final Mentor musim 4, Mohamad Juara..

0 comment... add one now