kemunculan 2 bulan pada bulan Ogos..benarkah?

Salam blogger semua

Wokey... hari ini n3 pasal bulan. Bukan pungguk rindukan bulan dan bukannya cerita pasal movie 'BULAN'. Ini cerita pasal kemunculan 2 bulan yang akan berlaku pada bulan Ogos tahun ni.. Iaitu bulan depan. Percaya atau tidak? Aku? Wallahualam....

Sebenarnya ia boleh berlaku dengan izin Allah s.w.t.. Kita nantikan saja tarikhnya pada 27hb Ogos 2010 tepat 12.30 pagi hari Jumaat. Ahhhh.. jangan keliru plak.. Karang ada yang tunggu pada pagi 28hb. Isshkkkk.. silap tuh. Aku dulu selalu keliru tarikh macam ni tapi ok dah.. opppssyy... pecah malu. huhuhuhu (blushing)

Mengenai kemunculan 2 bulan ni dengarnya seluruh dunia akan menantikan tarikh ini.....

"Sedikit cerita dari kejadian dua bulan ini berpunca dari Planet Mars akan menjadi terang benderang di angkasa bermula pada bulan Ogos. Ia akan menjadi sebesar bulan yang penuh (macam bulan mengambang).. Perkara ini akan berlaku pd Ogos 27 apabila Planet Mars menghampiri bumi sejauh 34.63 batu. Kerana kemunculan Planet inilah maka kita dapat melihat seperti bumi mempunyai 2 bulan..

"Planet Mars akan muncul seperti ini kembali pada tahun 2287.."

Pergghhh.. lama tuh nak tunggukan. Jadi korang kena masukkan dalam diari atau alarm korang dalam HP supaya boleh alert masa untuk korang tengok sendiri adakah perkara ini benar2 terjadi2 atau sekadar ramalan sahaja.. Why not kan kita tunggu dan lihat kebesaran Allah s.w.t.. Sekali seumur hidup.. Bukan senang nak lihat perkara pelik berlaku..  
P.S. Aku hebahkan cerita ni awal2.. mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin ada yang tidak jadi hebahkan berita ini kepada teman2 dan blogger2 yang lain. Tidak ada manusia yang hidup atau masih bernyawa dapat melihat ini lagi.. Jadi apa tunggu lagi.. buat reminder Ok

2 comments.. read them below or add one

Kak TIe Kak TIe Ahad, Julai 11, 2010
Salam Nur.. ish.. kak tie baru tahu ni. Nanti nak siap sediakan kiddy camera kak tie tu, mana tau boleh snap gambor masa tu, hihi..

Thanks kerana kongsi berita di sini.
nurmisnan nurmisnan Ahad, Julai 11, 2010
salam kak tie

no mention kak tie. kongsi sama2 apa yang aku tahu..

hmmmm... kita tunggu jelah kehdiran tarikhnya. jika tidak
ada maka kak tie jgn le marahkan aku. huhuhu nangis nanti kena marah

baguslah tuh, siapkan awal2 camera utk shot jauh.. boleh simpan tunjuk kat blogger kan.. gd day