Juara Imam Muda 2010 milik Imam Muhammad Asyraf

Salam

Alhamdullilah.. Siaran langsung Imam Muda 2010 di Astro Oasis akhirnya telah terjawab sudah. Juara Imam Muda 2010 ialah Imam Muhammad Asyraf Mohd Ridzhuan dari Kampung Sungai Gelugor Pulau Pinang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fiqh.
IMAM MUDA MUHAMMAD ASYRAF

Kata2 hujahnya, salasiahnya dan bacaan Al Qurannya sangat merdu dan shahdu. Imam Muda Aysraf telah pun menerima Anugerah yang sangat tertinggi dan di sanjung oleh kita semua umat islam.

IMAM HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI


Naib Johan jatuh milik Imam Muda Hizbur seorang guru Tahfiz dan berpendidikan Sarjana (Tahun Akhir) Universiti Al Azhar Mesir.

Masing2 menunjukkan kehebatan dan kemerduan suara serta alunan hafalan Al Quran dari surah Al Taubat secara bersambung. Sungguh shahdu

Berita yang mengejutkan semua adalah kesemua bekas calon imam 8 juga telah diberi penghargaan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Mesir. Alhamdullilah... ini sangat2 menggembirakan hati mereka walaupun tidak dapat menjadi Imam Muda 2010. Sekurang2nya mereka terubat dengan penghargaan ini. 

Hadiah untuk Imam Muda 2010 tersangat le banyak. Tak sempat aku nak selitkan disini. Sorry ya sahabat..

P.S. Tahniah untuk Imam Muda Asyraf dan juga naib juara Imam Muda Hizbul. Semoga selepas ini anda berdua dan juga calon2 Imam Muda 8 dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah anda pelajari dan amalkan selama berada di bawah bimbingan pihak Astro Oasis Imam Muda 2010.

{ 9 comments.. read them below or add one }

MR.Z MR.Z Jumaat, Julai 30, 2010
tahniah kepada yang berjaya, harap ilmu yang mereka peroleh dapat diaplikasikan pada masyarakat.. :)
edy edy Sabtu, Julai 31, 2010
tahniah kepada imam muda
TaufikTaufik Sabtu, Julai 31, 2010
Tahniah untuk Juara Imam Muda Asyraf dan Imam Hizbul.

Anda berdua memang layak sebenarnya, tetapi Juara Imam Muda hanya untuk seorang saja. Tahniah sekali lagi kepada mereka berdua
transformed housewife transformed housewife Ahad, Ogos 01, 2010
mlm smlm sy terlepas utk menonton peringkat akhir imam muda ni. rasa rugi pula. tapi nak buat mcmmana dah ada majlis jamuan yg dianjurkan oleh keluarga mertua di Kafetaria Tabung Hj, KJ.
nurmisnan nurmisnan Ahad, Ogos 01, 2010
salam Mr.Z

Insyaallah.. mudah2an mereka berdua dan juga kesemua calon2 imam muda 2010 dapat menjalankan tanggungjawab mereka dan menyampaikan ilmu2 yang berguna terutama kepada belia2 yang masih muda.. amin
nurmisnan nurmisnan Ahad, Ogos 01, 2010
salam edy dan taufik

terima kasih komen disini..
mudahan2 ya.. kita diakan yang terbagus utk mereka semua.

harapan agar belia2 di Msia dapat mencontohi mereka.. insyaallah
nurmisnan nurmisnan Ahad, Ogos 01, 2010
salam cik nur..

Oh ya ke tak dapat tonton? tak pe,
mungkin pihak Astro Oasis akan membuat tayangan ulangan.

selalunya insyaallah ada. Memang rugi tak saksikan kedua2 imam ini menghafal surah Al Taubat.. sungguh merdu dan indah..
Admin Admin Isnin, Ogos 02, 2010
tahniah ,tak pernah tgok imam muda 2 sebab rumah xde astro :)
nurmisnan nurmisnan Selasa, Ogos 03, 2010
salam mifh @ Hadi

Alhamdullilah.. semuanya dah selesai. Imam Asyraf memang layak
dicalonkan sebagai Imam Muda thn ni

Hadi.. kalau tak dapat tgk kat astro, you tube ada. tonton ya, tak rugi. byk kita dapat pelajari dari Imam Muda 2010.. enjoyed n gd day.. =)