Jangan dibenci pelaku maksiat

Asslamualaikum guys... Sebelum nak tdo memang kewajipan aku membaca buku, majalah dan internet dahulu baru mata boleh lelap. Orang kata banyak bagusnya membaca sebelum tdo kerana setiap bacaan yang kita baca akan melekat dlm ingatan kita.
Kali ini aku berkongsi cerita mengisahkan ketika zaman Nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba2 seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikut mereka dari belakang

Murid Nabi Isa a.s. itu menoleh ke arah orang itu dengan perasaan penuh kebencian. Lalu dia mengangkat tangan dan berdoa di dalam hati;
'Ya Allah. janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini'

Nabi Isa a.s. tiba2 menoleh kepada muridnya dan berkata;
'Doamu telah dikabulkan. Allah s.w.t. telah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku'

Sememangnya manusia yang beriman sangat membenci perbuatan maksiat. Tetapi kebencian kita kepada maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Bila sudah terjadi seperti ini, manusia disekeling akan memandang rendah dan mengutuk orang yang melakukan maksiat itu. Dan kerana sikap layanan inilah mereka semakin jauh daripada agama. Sebagai insan yang perihatin dan beriman kepada Allah kita harus membuka hati kita mengasihi dan memberi nasihat yang sangat berguna kepada mereka yang pernah melakukan jahat.

Allah s.w.t. maha pengampun.. Kita yang hina disisi Allah ini tidak rasa malukah tidak mahu memaafkan dan menerima insan seperti mereka??? Besar sangatkah kita? Bagus sangatkah kita? Baik sangatkah kita? Semuanya akan terjawab bila kita duduk menadah tangan memohon ampun pada Allah... Masa itu juga kita akan tahu siapa yang lebih berhak menilai dan menghukum mereka... 
source majalah SOLUSI
Jangan dibenci pelaku maksiat

5 comments.. read them below or add one

meowwmania meowwmania Khamis, Julai 29, 2010
setuju sangat2...

syukran di atas penulisan yg sgt terkesan ini
nurmisnan nurmisnan Khamis, Julai 29, 2010
salam meoww

Ala kazalik atau taib (jawapan dari syurkran)

terima kasih atas pujian itu (blushing)

sekadar memberi penjelasan utk kita tahu siapa diri kita dgn Allah s.w.t dan juga hamba2nya..
white rose white rose Khamis, Julai 29, 2010
(afwan ~ sama2) ~ jawapan syukran...

kita kongsi bersama ya kak nora...

btul tuh...spnjg hidup ni dah mcm2 sy tempuh...bgaimana kluarga sy dicaci dhina yg tiada ape2 punca pun...

tapi Allah Maha Berkuasa, Allah memberikan kami sekeluarga petunjuk...
alhamdulillah, khidupan kami bertambah2 baik...
nurmisnan nurmisnan Khamis, Julai 29, 2010
alhamdullilah...

syukran jazilan kasiran ya roses..
Masyaallah.. sampai begitu sekali manusia memandang kamu sekeluarga

sesungguhnya Allah tu maha Agung dan Maha Adil.. Setiap perbuatan yg mereka lakukan kepada keluarga
kau akan dibalas lebih teruk lagi.

Alhamdullilah.. semuanya dah selamat. =) take care
nurmisnan nurmisnan Khamis, Julai 29, 2010
Dan semoga mereka dapat pengampunan dari-NYA..